Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Masih Ramai Rakyat Malaysia Pilih Proton, Patutlah Jualan Proton Mencanak Lebih 152K Tahun Lepas

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton melabuhkan tirai pada tahun lepas dengan mencatatkan jualan kereta sebanyak 152,352 unit bagi pasaran domestik dan eksport.

Maka, tidak hairanlah jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk 2024 mencapai 813,521 unit dan ini adalah atahun keenam berturut-turut syarikat mencapai kedudukan kedua dalam carta.

Screenshot-2025-01-07-101221.png

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah turut mengakui tahun 2024 merupakan tahun yang cemerlang bagi PROTON, di mana pihaknya berusaha mengharungi persaingan pasaran yang sengit.

“Dengan TIV yang melepasi 800,000 unit untuk pertama kali, kami berbangga dapat mengekalkan kedudukan sebagai jenama automotif kedua paling popular di Malaysia, selain berjaya  melancarkan model EV pertama kami pada 2024.

Dengan jualan yang cukup cemerlang itu, Proton  sekali lagi menduduki tempat kedua dalam carta jualan.

Di sebalik jualan itu, Proton Saga menjadi model paling laris Proton pada tahun lepas dengan  jualan sebanyak 72,769 unit.

image.png

Selain Proton Saga, Proton S70 juga berjaya menawan hati rakyat Malaysia apabila  19,182 unit sudah dihantar kepada pelanggan  pada tahun 2024, sekali gus menjadikannya sedan segmen-C paling popular di negara ini.

Tidak ketinggalan, Proton X50 2024 dan Proton X70 2025 juga menerima sambutan luar biasa dengan jumlah tempahan masing-masing 8,000 unit manakala Proton X70 ( 8,992 unit).

Sementara itu, model utama dalam rangkaian, Proton X90, menamatkan tahun pertama jualannya sebagai peneraju jualan SUV D-segmen dengan 3,553 unit terjual.

Dua model PROTON yang lain, sedan segmen-B Proton Persona dan Proton Iriz, turut mencatatkan peningkatan jualan pada hujung 2024. 

Persona mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 9.6% pada bulan Disember dengan 1,528 unit terjual, menjadikan jumlah keseluruhan jualan untuk tahun tersebut sebanyak 18,853 unit. 

PASARAN EKSPORT

Dalam perkembangan lain, PROTON mengeksport kenderaan ke 18 negara dan mencatatkan peningkatan jualan eksport sebanyak 31% berbanding 2023. 

image.png

Peningkatan pesanan dari Mesir telah mendorong jumlah eksport pada bulan Disember kepada 1,113 unit, menjadikan jumlah keseluruhan eksport untuk tahun tersebut sebanyak 4,765 unit.

Mesir juga muncul sebagai destinasi eksport utama dengan 1,748 unit pada tahun 2024.

Brunei muncul sebagai destinasi kedua paling popular, dengan prestasi jualan PROTON di Sultanate, salah satu pasaran eksport pertama, mencatatkan pencapaian yang mengagumkan. 

Sebanyak 1,200 unit dieksport, mencipta rekod baru untuk negara tersebut. Bagi pecahan model, Saga mendahului dengan 2,906 unit, menyumbang sebanyak 61% kepada jumlah eksport keseluruhan, diikuti rapat oleh Proton X50 dan Proton S70.

Proton Iriz pula menjual 351 unit, mencatatkan peningkatan 10% berbanding bulan sebelumnya, dengan jumlah jualan keseluruhan untuk 2024 mencapai 5,113 unit.


Gallery

Tag:

Proton X50
proton saga
Proton X70
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Berita Auto

Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026

PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.

10-04-2026
Berita Auto

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026
Berita Auto

Nahas Berantai SUV Terbakar

Sebuah Chery Tiggo musnah hampir 60 peratus dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan lima kenderaan di Changkat Cermin, Ayer Tawar, semalam.

07-04-2026
Berita Auto

Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja

Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.

30-03-2026
Berita Auto

Proton X50 'Ganas' Di Pasaran: 161,000 Unit Terjual

Raja SUV Masih Tak Tergugat! 161,000 unit Proton X50 terjual.

18-03-2026
Berita Auto

Proton Laku Keras! Dalam 2 Bulan, 33,399 Unit Terjual, Pesaing Lain Mula Terasa Bahang

Nampaknya 2026 bakal menjadi tahun keramat buat PROTON selepas memecahkan rekod jualan 15 tahun pada Januari lalu dan terbaharu sebanyak 13,566 unit terjual pada Februari sahaja!

04-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026