Link Copiedcheck_circle
EV

BYD Atto 2 Tiba Di Eropah, Rantau ASEAN Seterusnya?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BYD-Atto2-Europe-1.jpg


Selepas hampir setahun diperkenalkan di China, BYD Yuan Up kini secara rasmi memasuki pasaran Eropah dengan nama baharu, BYD Atto 2. Model crossover elektrik kompak ini ditawarkan dalam dua varian, dan dibangunkan di atas e-Platform 3.0, sama seperti model lebih besar, BYD Atto 3.


Bahasa Rekaan ‘Dragon Face’


BYD-Atto2-Europe-2.jpg


Dari segi dimensi, ia masih mengekalkan ukuran 4,310 mm panjang, 1,830 mm lebar, 1,675 mm tinggi, serta jarak roda 2,620 mm, sama seperti Yuan Up.


Untuk reka bentuknya pula, Atto 2 versi Eropah tidak banyak berbeza dengan model asal di pasaran domestiknya di China, namun terdapat sedikit kemas kini pada rekaannya. Model ini menggunakan bahasa rekaan ‘Dragon Face’ dengan lampu depan LED lebih halus, bampar tanpa gril yang lebih moden dan komponen ambilan udara bawah lebih besar untuk meningkatkan aerodinamik


Di bahagian belakang, lampu belakang LED model ini menampilkan corak ‘Chinese Knot’ dengan rekaan lampu jalur melintang berkelebaran penuh. 


Kabin Luas Dengan Ciri Premium


BYD-Atto2-Europe-4.jpgBYD-Atto2-Europe-7.jpgBYD-Atto2-Europe-5.jpgBYD-Atto2-Europe-6.jpg


Walaupun bersaiz kompak, Atto 2 menawarkan ruang kabin yang luas serta sarat dengan pelbagai ciri teknologi moden. Versi asas model ini didatangkan dengan ciri seperti skrin infotainmen 10.1 inci, sistem hiburan dengan enam pembesar suara dan kamera undur. 


Varian lebih tinggi, Boost, didatangkan dengan ciri lebih menarik seperti skrin infotainmen yang lebih besar, 12.8 inci, lapan pembesar suara untuk pengalaman audio lebih imersif, kluster instrumen digital 8.8 inci dan bumbung panoramik besar untuk pencahayaan semula jadi. Varian lebih tinggi ini juga diberikan tempat duduk dalam balutan kulit vegan, dan hadir dengan ciri pemanas. 


BYD-Atto2-Europe-9.jpgBYD-Atto2-Europe-10.jpg


Bagi ruang kargo, Atto 2 menawarkan kapasiti standard 400 liter, tetapi boleh diperluaskan hingga 1,340 liter dengan tempat duduk belakang dilipat.


Capai Jarak EV 312 KM


BYD-Atto2-Europe-8.jpg


Berbeza dengan versi China, Atto 2 spesifikasi Eropah hanya ditawarkan dengan satu pilihan trenkuasa. Model ini menggunakan bateri LFP ‘Blade’ 45.12 kWj yang apabila dicas penuh mampu mencapai jarak 312 km (WLTP). Bateri ini boleh dicas dengan pengecas AC 11 kW dan DC 65 kW. Menggunakan pengecas pantas DC, masa yang diambil untuk dicas dari 10% ke 80% hanya 37 minit. 


Dari segi prestasi, motor elektrik tunggal pacuan hadapan (FWD) menghasilkan 174 hp (130 kW) dan tork 290 Nm. Ini membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 7.9 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 160 km/j.


Harga & Pelancaran Di Rantau ASEAN?


BYD-Atto2-Europe-3.jpg


Setakat ini, BYD masih belum mendedahkan harga rasmi untuk pasaran Eropah. Namun, ia dijangka akan dijual pada harga lebih murah daripada BYD Atto 3, yang kini ditawarkan pada €37,990 (~RM175,000).


Dengan pasaran Eropah sudah mengesahkan kemasukan model ini, tidak mustahil Atto 2 turut akan memasuki pasaran ASEAN tidak lama lagi. Jika ia tiba di Malaysia, kemungkinan besar ia akan mengekalkan nama Atto 2, selari dengan Atto 3.

Baca: BYD Atto 3 Facelift Dikesan Sedang Diuji – ADAS Lebih Canggih, Lancar Tidak Lama Lagi

Tag:

BYD
BYD Atto 2
BYD Atto 2 Eropah
BYD Atto
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

21-09-2025
Global

08-09-2025
Global

03-09-2025
EV

27-08-2025
Global

13-08-2025
EV

11-08-2025
Berita Auto

06-08-2025
EV

25-07-2025

Berita Terkini

EV

PRO-NET Lancar Pengecas DC Pertama Di Proton City, Tanjung Malim – Serendah RM0.40/kWj Sepanjang Oktober

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) kini memperluas jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran stesen pengecas pantas DC pertama di Proton City, Tanjung Malim.

30-09-2025
EV

Struktur Cukai Baharu Lebih Adil Untuk Pemilik Kenderaan Elektrik

Sebaik tempoh pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) ditamatkan sehingga akhir 2025, pengguna EV di Malaysia akan mula dikenakan cukai dengan struktur baharu yang dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2026.

30-09-2025
EV

Ini Dia Satu Lagi EV Mampu Milik Daripada Proton, Proton e.MAS 5, Tempahan Dibuka 4 Okt Ini, Harga Mungkin BAWAH RM100,000?

PRO-NET mengumumkan bahawa tempahan Proton e.MAS 5 akan dibuka pada 4 Oktober ini secara siaran langsung di media sosialnya.

29-09-2025
EV

Ini Dia SUV GWM Ora 5 Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia

GWM mendedahhkan SUV elektrik terbaharunya, GWM Ora 5 di China, baru-baru ini.

29-09-2025
EV

Proton e.MAS 5 Bakal Tiba Dengan Kabin Hitam?

Nampaknya, Proton e.MAS 5 bakal ditawarkan dalam versi kabin berwarna hitam. Pilihan warna kabin yang gelap ini dipamerkan ‘dalam diam’ oleh Proton di beberapa lokasi roadshow Jelajah MISI 5 yang kini sedang berlangsung.

25-09-2025
EV

Charge+ & XPeng Bekerjasama Bangunkan Pengecas Pantas Rentas Sempadan

Charge+, penyedia stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Asia Tenggara, telah menjalin kerjasama strategik dengan pengeluar EV dari China, XPeng, untuk membina rangkaian pengecasan pengecas pantas rentas sempadan.

25-09-2025
EV

smart Rancang Bangunkan Pengganti Forfour, EV Kecil Yang Praktikal

smart mempertimbangkan penghasilan smart #2 versi empat tempat duduk yang lebih praktikal, menggantikan model kompak smart Forfour.

25-09-2025