Link Copiedcheck_circle
Teknologi

Laporan: Ciri ACC Boleh Sebabkan Lebih Banyak Kemalangan

Suhana Veru

12-2-2025

Kongsi melalui

image.png

Ciri tahap pemanduan semi autonomi yang kini sudah ada pada kebanyakan kereta baharu termasuk pada kereta mampu milik seperti Perodua Ativa AV dan varian Flagship Proton S70 dikatakan boleh menyebabkan lebih banyak kemalangan.

Biarpun, ia sebenarnya berfungsi untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan, namun  Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dikatakan boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu.

Malah, kajian terbaru yang diterbitkan di ScienceDirect.com turut mendedahkan bahawa ciri seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) sebenarnya lebih banyak mendatangkan bahaya daripada kebaikan.

Kajian tersebut yang dijalankan di Netherlands menyatakan para penyelidik ada mengumpulkan data pemanduan sejauh mana keberkesanan ciri ADAS dalam mengurangkan kemalangan.

Penyelidikan itu memfokuskan kepada 28 fungsi kereta seperti berikut:

Screenshot-2025-02-12-110737.png

Kajian itu mendapati bahawa fungsi ADAS dikelaskan di bawah tiga kategori sama ada ia tidak memberi kesan atau berekmungkianan  mengurangkan kemalangan.

Misalnya, pemantau tekanan tayar tidak memberi sebarang perbezaan berbanding dengan Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKA) yang dilihat sebenarnya boleh mengurangkan kemalangan sebanyak 19.1%.

image.pngimage.png

Sebaliknya, ACC, dianggap sebagai sistem meningkatkan keselesaan dan merupakan satu-satunya ciri yang meningkatkan risiko dan menyebabkan kemalangan. Kajian itu juga menyatakan bahawa kawalan pelayaran pasif biasa menyumbang pula  kepada peningkatan risiko kemalangan sebanyak 12%, manakala ACC meningkatkan peluang yang sama sebanyak 1.8%.

Ada satu data lagi kajian menunjukkan  bahawa ACC meningkatkan risiko sebanyak 8% namun ada juga beberapa laporan lain mengatakan bahawa ACC sebenarnya boleh mengurangkan sedikit risiko kemalangan.

image.png

Untuk makluman, ACC ialah sistem kawalan kelajuan selain daripada dapat menetapkan kelajuan kenderaan pada kelajuan tertentu dengan tanpa perlu menekan pedal pemecut, sistem ACC  berupaya untuk mengubah kelajuan kenderaan mengikut keadaan trafik semasa.

Jika kenderaan hadapan bergerak perlahan, sistem ACC akan memperlahankan kenderaan dan mengawal jarak kelegaan atau jarak masa di antara kenderaan ACC dan kenderaan hadapan. 

image.pngimage.png

Apabila sistem mendapati tiada sebarang kenderaan di dalam laluan kenderaan ACC, sistem ACC akan mengembalikan semula kelajuan kenderaan kepada kelajuan yang telah ditetapkan oleh sistem ACC. 

Sebaliknya, kajian itu  mengakui bahawa tidak semua sistem ACC boleh mengesan objek perlahan atau objek statik.

Difahamkan, Brek Kecemasan Autonomi (AEB) sebenarnya boleh mengurangkan perkara tersebut tetapi tidak semua kenderaan  dilengkapi ACC dengan AEB. 

Jadi, pemandu boleh  terbuai dengan rasa keyakinan palsu yang diberi memandangkan mereka akan berharap sistem tersebut akan membuatkan kenderaan berhenti sebaliknya tidak.

Sebagai pengajaran, apa jua sistem canggih dalam kereta, namun adalah tanggungjawab pemandu untuk memastika keselamatan anda dan penumpang. 

Gallery

Tag:

Adaptive Cruise Control (ACC)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Terkini

Teknologi
ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV

ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV

ZF memperkenalkan sistem range extender yang baharu dan canggih untuk kenderaan elektrik (EV).

29-04-2025
Teknologi
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.

05-03-2025
Teknologi
Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah

Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah

Toyota memperkenalkan sistem sel bahan api hidrogen generasi ketiga yang menawarkan peningkatan ketara dari segi jarak perjalanan dan penjimatan kos.

18-02-2025
Teknologi
Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD

Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD

‘Mata’ yang dimaksudkan ialah sistem bantuan pemanduan pintar (ADAS) terbaru BYD yang dinamakan “God’s Eye.”

15-02-2025
Teknologi
Laporan: Ciri ACC Boleh Sebabkan Lebih Banyak Kemalangan

Laporan: Ciri ACC Boleh Sebabkan Lebih Banyak Kemalangan

Ciri tahap pemanduan semi autonomi yang kini sudah ada pada kebanyakan kereta baharu dikatakan boleh menyebabkan lebih banyak kemalangan.

12-02-2025
Teknologi
Bola Golf Jadi Inspirasi Tayar Terbaru Continental, EcoContact 7 & EcoContact 7 S

Bola Golf Jadi Inspirasi Tayar Terbaru Continental, EcoContact 7 & EcoContact 7 S

Continental, telah memperkenalkan produk terbaru mereka, EcoContact 7 dan EcoContact 7 S.

06-02-2025
Teknologi
Leapmotor C10: Tanpa Apple CarPlay & Android Auto, Berbaloi Atau Tidak

Leapmotor C10: Tanpa Apple CarPlay & Android Auto, Berbaloi Atau Tidak

Sedang mempertimbangkan untuk membeli Leapmotor C10? Baca artikel ini dulu...

28-01-2025
Teknologi
Baki Tak Cukup Masih Boleh Lalu Tol Dengan TNG eWallet SOS Balance

Baki Tak Cukup Masih Boleh Lalu Tol Dengan TNG eWallet SOS Balance

Touch ‘n Go (TNG) eWallet kini memperkenalkan ciri baharu yang dinamakan ‘SOS Balance’.

23-01-2025