Link Copiedcheck_circle
EV

Tesla Takeover Asia 2025 Bakal Berlangsung Di Malaysia 22-23 Feb Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tesla+Takeover+Asia+(Web+Banner)+v2.png


Hanya dua tahun selepas Tesla memasuki pasaran Malaysia secara rasmi, negara ini kini diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi acara sulung Tesla Takeover Asia 2025. Perhimpunan komuniti Tesla peringkat Asia ini dijadualkan berlangsung pada 22 dan 23 Februari di Gamuda Cove, menghimpunkan pemilik Tesla, peminat kenderaan elektrik (EV) dan penyokong kelestarian dari Malaysia, Singapura, Thailand serta negara serantau.


TT+Banner.jpg


Acara yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2021 oleh Tesla Owners of Silicon Valley ini telah berkembang menjadi perhimpunan tahunan yang dinanti-nantikan di Amerika Utara. Ia kemudian diperluaskan ke Eropah pada 2024 dan kini tiba di Asia, mencerminkan pengaruh Tesla yang semakin kukuh dalam mempercepatkan peralihan dunia ke arah tenaga lestari.


Barisan Tetamu & Pameran Model Tesla


Sebagai acara yang dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan, Tesla Takeover Asia 2025 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik. Antara yang dinantikan adalah sesi perbincangan bersama presiden Tesla Owners Club dari Jepun, Australia dan Silicon Valley. Pempengaruh media sosial terkenal seperti Tesla Joy, Brian White dan Alexandra Merz turut hadir untuk berkongsi pandangan mereka sepanjang acara dua hari ini.


0.+Floorplan+Detailed+-+Day+1.png0.+Floorplan+Detailed+-+Day+2.png


Selain itu, pameran Tesla juga akan diadakan yang menampilkan kesemua model iaitu Model S, Model 3, Model X dan Model Y, bersama pelbagai modifikasi yang menarik untuk diterokai oleh pemilik dan bakal pembeli.


Tesla Light Show & Aktiviti Keluarga


photo_6231044459349522446_y.jpgTeslaCon+Singapore+2023+-+mobile-8.jpegTeslaCon+Singapore+2023+-+mobile-12.jpeg371346636_161244450340033_1563146580931458338_n.jpg


Antara acara paling dinantikan ialah Tesla Light Show, persembahan cahaya interaktif yang mempamerkan inovasi unik Tesla dalam mencipta pengalaman luar biasa.


maxresdefaultz.jpg


Untuk peminat semua peringkat umur, pelbagai aktiviti mesra keluarga turut disediakan seperti sesi joy ride Tesla, pencarian harta karun, pertandingan mewarna, permainan lumba menggunakan cip AMD, zon permainan video dan banyak lagi.


Akses Percuma & Keistimewaan Tiket Berbayar


Screenshot-2025-02-02-190209.jpg


Pameran, sesi persidangan dan pelbagai aktiviti menarik lain terbuka kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran. Namun, mereka yang ingin mendapatkan akses ke zon persidangan fizikal bersama tetamu VIP dan penceramah boleh mendapatkan tiket berharga RM100.


Kemunculan Model Y Juniper


Menariknya, Tesla Model Y Juniper yang baru dibuka untuk tempahan dijangka membuat penampilan pertamanya di Malaysia semasa acara ini selepas pelancarannya di Singapura dan Thailand. Pembeli di Malaysia dijangka menerima model baharu ini seawal April 2025.


Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Tesla Takeover Asia 2025.

Tag:

Tesla Takeover Asia 2025
Tesla Malaysia
Tesla
Tesla Model 3
Tesla Model Y
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Tesla Supercharger Kini Di i-City Finance Avenue – Dari RM1.19/kWj

Tesla Malaysia memperluaskan rangkaian pengecasan pantasnya dengan pembukaan stesen Supercharger V4 baharu di i-City Finance Avenue, Shah Alam.

11-06-2025
EV

Tesla Model Y di Malaysia: Tiada Lagi "Launch Series", Harga Kekal Sama, Tapi...

Model Y "Launch Series" kini secara rasminya telah habis terjual!

03-04-2025
EV

Tesla Supercharger Kini Di The Gardens Mall – Hanya RM1.13/kWj

Tesla terus mengukuhkan rangkaian pengecasan elektriknya di Malaysia dengan pelancaran stesen Supercharger terbaru di The Gardens Mall.

25-02-2025
EV

Tesla Hadapi Kemungkinan Diboikot Di Malaysia? Ini Puncanya...

Tesla kini berdepan dengan kemungkinan untuk diboikot di Malaysia.

21-02-2025
Kereta Baru

Tesla Model Y 'Juniper' Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM195,450, Penghantaran Mula April

Model yang diberi kod nama ‘Project Juniper’ ini diperkenalkan secara rasmi di Pavilion Damansara Heights.

18-02-2025
EV

EVE Energy Malaysia Bakal Sediakan Bateri Untuk Tesla – Kilang Di Kedah, 2,000 Peluang Kerjaya

Khabar angin kini sedang ‘bertiup kencang’ tentang kemungkinan syarikat pengeluar bateri lithium global dengan kilang pengeluaran di Padang Meha, Kedah, EVE Energy Malaysia Sdn. Bhd. (EVE), bakal menjalinkan kerjasama dengan jenama kenderaan elektrik terkemuka Amerika Syarikat, Tesla.

27-12-2024
EV

Tesla Jalin Kerjasama Dengan 45 Pembekal Tempatan – Cerminkan Keyakinan Terhadap Pasaran EV Malaysia

MITI memaklumkan bahawa Tesla kini bekerjasama dengan kira-kira 45 pembekal tempatan di Malaysia.

22-11-2024

Berita Terkini

EV

JomCharge Tawar Pelan Pengecasan EV, Elite RM9.90, Berbaloi Ke?

JomCharge baru-baru ini telah melancarkan pelan keahlian terbaru, JomCharge Elite, sebagai alternatif kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia yang ingin menikmati kos pengecasan EV yang lebih murah.

03-08-2025
EV

MPV EV Premium: Xpeng X9 CKD Masuk Indonesia, Lepas Ini Mungkin Malaysia?

Xpeng X9 didedahkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2025 yang diadakan baru-baru ini.

31-07-2025
EV

Imej SUV Exeed Exlantis E05 Didedahkan – Kemunculan Sulung Sept Nanti

Subjenama mewah Chery, Exeed, baru-baru ini memperlihatkan gambar rasmi pertama bagi SUV bersaiz sederhana terbarunya, Exeed Exlantix E05.

30-07-2025
EV

Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?

Avatr secara rasmi memasuki pasaran Singapura minggu ini dengan pelancaran model SUV Avatr 11.

30-07-2025
EV

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

30-07-2025
EV

Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

TQ Wuling Bingo akan menyertai acara KL Car-Free Morning pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur.

28-07-2025
EV

eRoaming Hub Alliance: Gabungkan Syarikat Pengecas EV Malaysia Dalam Satu Platform

Empat syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) di Malaysia iaitu chargEV, DC Handal, JomCharge dan CarputZap telah menandatangani MoU membentuk satu kerjasama strategik perayauan, eRoaming Hub Alliance.

28-07-2025
EV

Pemilik BYD Atto 2 Dapat Khidmat Cas Bergerak P.UP Secara Percuma

Sime Motors memperkenalkan kemudahan unik menerusi pakej pengecasan EV mudah alih yang dibawakan oleh P.UP, khas untuk pembeli Atto 2 yang tinggal di bangunan tinggi.

24-07-2025