Link Copiedcheck_circle
Global

Lagi Letupan Di Kilang Alat Ganti Toyota: Pengeluaran Toyota RAV4, Harrier Dihentikan!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara seorang  maut manakala dua lagi cedera dalam letupan di sebuah kilang alat Ganti Toyota  di Jepun, pada minggu lepas menyebabkan pengeluar automotif tersebut menghentikan pengeluaran dua model SUV crossover terlarisnya – RAV4 dan Harrier.

Letupan itu berlaku di kilang Chuo Spring Co. yang terletak di Wilayah Aichi, berhampiran hab utama pengeluaran Toyota, pada 6 Mac lalu.

image.png

 Selain  operasi kilang terjejas kejadian itu turut menjejaskan   rantaian bekalan domestik yang menyokong pengeluaran kedua-dua model tersebut.

Ini bukan kejadian pertama kerana kejadian letupan d kilang terbabit pernah berlaku pada  pada Oktober 2023, yang menyebabkan beberapa pekerjanya tercedera.

Susulan itu, Toyota menghentikan 13 barisan pengeluaran modelnya  di lapan kilang ketika itu. 

Toyota merupakan pemegang saham terbesar Chuo Spring, dengan pegangan sekitar 24%. 

image.pngimage.png

Susulan letupan maut terbaru ini, Toyota telah menggantung operasi satu barisan pengeluaran di kilang Takaoka di Wilayah Aichi, yang menghasilkan model RAV4 dan Harrier.

Selain itu, pengeluar automotif ini turut menghentikan dua barisan pengeluaran di kilang Toyota Industries Nagakusa di Obu, Aichi, yang menghasilkan model RAV4.

"Mengenai kesan terhadap jumlah pengeluaran, kami sedang mempertimbangkan pengeluaran pemulihan, jadi kami tidak dapat memberikan gambaran jelas mengenai kesannya," kata jurucakap Toyota.

Penghentian pengeluaran ini berkemungkinan menjejaskan pengeluaran dan jualan model Toyota RAV4 dan Harrier. 

image.png

Harrier dijual secara rasmi di Malaysia melalui UMW Toyota Motor pada harga RM274,000.

Setakat ini, masih belum diputuskan bila barisan pengeluaran akan disambung semula, namun laporan dari Jepun menunjukkan bahawa keputusan dijangka dibuat dalam minggu ini.


Gallery

Tag:

Toyota
Toyota Harrier
Toyota RAV4
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

GJAW: Toyota Veloz Kini Hadir Dalam Versi Hybrid, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?

Toyota Veloz Hybrid (HEV) didedahkan pada ekspo Gaikindo Jakarta Auto Week (GJAW), baru-baru ini.

25-11-2025
Global

Toyota Land Cruiser FJ Didedahkan – Model Kompak Sentuhan Ranggi & Retro

Toyota secara rasmi memperkenalkan model SUV 4x4 bersaiz kecil terbarunya, Land Cruiser FJ.

22-10-2025
Berita Auto

Jualan UMWT Melonjak Bulan Lepas, Jual 8,172 Unit Kereta Dalam Sebulan

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan agak memberangsangkan pada bulan lepas apabila jualan kereta mencecah sebanyak 8,172 unit.

06-10-2025
Global

Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .

19-09-2025
Global

Toyota Bakal Dirikan Kilang Keenam Di Jepun

Toyota Motor Corporation mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang pengilangan kenderaan baharu di Jepun, terletak berhampiran kawasan Teihoucho di Toyota City, wilayah Aichi.

08-08-2025
Global

Imej Paten Toyota Hilux Generasi Baharu ‘Travo’ Bocor – Gabungan Land Cruiser Prado & RAV4

Baru-baru ini, lakaran paten jentera gagah ini tersebar. Berdasarkan imej tersebut, jelas memperlihatkan perubahan yang diberikan pada Hilux generasi akan datang itu.

05-08-2025
Global

Toyota GR Yaris Rally2 H2: Kereta Rali Hidrogen Pertama Dunia Bakal Beraksi Di WRC!

Toyota sekali lagi membuktikan kemampuannya untuk membangunkan teknologi hidrogen dengan Toyota GR Yaris Rally2 H2 Concept.

09-07-2025
Global

Toyota Bakal Pasang Toyota GR Corolla Di Kilang UK Pula? Jadi, Ini Pertama Kali GR Corolla Dipasang Di Luar Jepun

Pengeluaran model hot-hatch GR Corolla akan dilaksanakan di United Kingdom bermula tahun depan.

03-06-2025

Berita Terkini

Global

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.

06-01-2026
Global

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026
Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025