Link Copiedcheck_circle
EV

Proton Sahkan e.MAS Kedua Bakal Muncul, Bateri Dibekal Sekali, Yang Penting Tak Perlu Sewa!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton mengesahkan satu lagi model Proton e.MAS bakal dilancarkan pada tahun ini memandangkan  jualan Proton e.MAS 7 berada di tangga teratas dalam segmen kenderaan elektrik di Malaysia.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah. 

Menurutnya, buat masa ini, jualan Proton e.MAS 7 berada di tangga teratas berpandukan sambutan daripada pembeli.

WhatsApp-Image-2025-03-20-at-18.50.35.jpeg

“Untuk itu, satu lagi model Proton e.MAS bakal dilancarkan pada tahun ini tetapi bateri dibekalkan sekali, tak perlu sewa,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Ramadan Iftar & Premier Screening Of Proton X Little Joe 2025 Hari Raya Short Film di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran selanjutnya dan tarikh sebenar pelancaran model EV kedua Proton itu.

Namun ini bukan kali pertama  pengumuman mengenai ketibaan EV e.MAS 2025  dibuat kerana perkara ini pernah disuarkan  oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong, pada awal tahun ini.

image.png

Dalam ucapan yang sama, Roslan turut mengumumkan bahawa tempahan untuk Proton e.MAS 7 kini telah melebihi 5,000 unit.

Selain itu, kilang EV baharu Proton di Tanjung Malim, Perak dijangka siap sepenuhnya  selewat-lewatnya  akhir tahun ini.

Berdasarkan khabar angin dalam industri automotif, hanya ada dua kemungkinan dimana  Proton mungkin akan  melancarkan hatchback kompak yang diberi nama Proton e.MAS 5.

Satu lagi adalah model e.MAS  versi PHEV. Apapun, kita tunggu pengumuman Proton dalam tempoh terdekat ini.


Gallery

Tag:

Proton e.MAS 7
Proton e.MAS 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Inisiatif Hijau PRO-NET: Kerjasama Dengan AMTEL Untuk Kitar Semula Bateri EV

Proton New Energy Technology (PRO-NET) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama AMTEL Cellular Sdn Bhd.

10-07-2025
Kereta Baru

Kritikan Didengar, Proton e.Mas 7 Kini Lebih Canggih & Menawan – Apple CarPlay, Obsidian Black

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, hari ini secara rasmi melancarkan varian terbaru yang lebih ‘mengancam’ untuk EV e.Mas 7.

02-07-2025
EV

Proton e.MAS 7 Tembusi Pasaran Trinidad & Tobago – Hanya Satu Varian

Proton memperluaskan kehadirannya di peringkat antarabangsa dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya, e.MAS 7, di Trinidad dan Tobago.

10-06-2025
EV

Proton e.MAS 7 Kekal EV No. 1 Di Malaysia, Lebih 3,000 e.MAS 7 Terjual Dalam 5 Bulan

PRO- NET mengumumkan bahawa e.MAS 7 terus menjadi model EV No.1 di Malaysia, apabila 3,632 unit terjual setakat 31 Mei lalu.

06-06-2025
EV

Proton e.MAS 7 Buktikan Mampu Harungi Perjalanan Lebih 10,000KM, Rentas 9 Negara

Proton e.MAS 7 telah berjaya menamatkan perjalanan bersejarah sejauh 10,432km dengan merentasi sembilan buah negara ASEAN baru-baru ini.

29-05-2025
EV

Laku Keras: Sebanyak 2,716 Proton e.MAS 7 Terjual Dalam 4 Bulan

Setiap satu jam, satu unit Proton e.MAS 7 terjual.

20-05-2025
Berita Auto
EV

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025

Berita Terkini

EV

Meta Bright, ChargeSini Jalin Kerjasama Untuk Pacu Infrastruktur Pengecasan EV

Meta Bright Group Berhad menjalin Kerjasama dengan ChargeHere EV Solution Sdn Bhd, dalam usaha pembangunan sektor pengecasan EV yang semakin berkembang pesat di Malaysia.

12-07-2025
EV

Sudah Dilancar Di UK, Adakah MG IM5, IM6 Bakal Menyusul Ke Malaysia, Kemungkinan YA!

MG IM5 dan IM6 kini dijual di UK, masing-masing bermula pada harga £39,450 (RM227,144) untuk IM5 dan £47,995 (RM276,344) untuk IM6.

11-07-2025
EV

Kereta Paling Laris: Geely Xingyuan Paling Laku Di China

Kembar kepada Proton e.MAS 5, iaitu Geely Xingyuan telah dinobatkan sebagai kenderaan penumpang paling laris di China.

11-07-2025
EV

Rimac Nevera R, 1,989 HP, Ada 4 Motor Elekrik Akhirnya Tewaskan Koenigsegg

Rimac Nevera R yang mampu menghamburkan kuasa setakat 1,989 hp telah merampas semula rekod 0-400-0 km/j daripada Koenigsegg.

11-07-2025
EV

Tesla Di Ambang Kejatuhan? VW Group Kini Kuasai Pasaran EV Eropah

Tesla terus mengalami kemerosotan yang ketara di pasaran Eropah apabila Volkswagen Group (VW Group) berjaya mengatasi jenama EV Amerika itu dengan margin yang besar.

10-07-2025
EV

Inisiatif Hijau PRO-NET: Kerjasama Dengan AMTEL Untuk Kitar Semula Bateri EV

Proton New Energy Technology (PRO-NET) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama AMTEL Cellular Sdn Bhd.

10-07-2025
EV

Pekema, Aquateak Jalin Kerjasama Tubuhkan SenangCas

PEKEMA menandatangani kerjasama strategik dengan Aquateak Energy Sdn Bhd untuk membangunkan SenangCas Sdn Bhd.

09-07-2025
EV

Nissan Rancang Eksport EV N7 Bermula 2026, Malaysia Tidak Tersenarai?

Nissan Motor Co. telah menandatangani perjanjian dengan Dongfeng Motor Group bagi menubuhkan sebuah syarikat eksport kenderaan baharu.

09-07-2025