Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Imej Teaser Sudah Terkeluar, Nampaknya BYD Bakal Tayang Yangwang U8L Di Auto Shanghai 2025

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kenderaan jenama BYD dari China bakal menayangkan SUV mewahnya, Yangwang U8L memandangkan beberapa imej teaser model itu sudah pun tersebar di media sosial sejak minggu lalu.

Difahamkan, ia akan ditayangkan pada Auto Shanghai 2025 yang sudah berlangsung hari ini, namun malangnya, tiada butiran lanjut. Jadi, kami terpaksa mencari maklumat mengenai U8 menerusi portal automotif antarabangsa.

Perkataan 'L' yang tertera pada namanya sebenarnya menandakan badan model ini dipanjangkan dimana ada laporan menyatakan ia sebenarnya memiliki saiz yang sama dengan Land Rover Defender 130.

image.png

Ini bermakna ia menawarkan  ruang kaki yang lebih luas di barisan tempat duduk kedua dan juga belakang. 

Melihat luarannya,  Yangwang U8L dilihat hadir tanpa tempat simpanan tayar ganti yang bebentuk oktagon  di bahagian belakang.

image.png

Selain itu, dengan bentuk badannya, Yangwang U8L dilihat agak lasak, agresif dan cukup sporty walaupun ia nampak panjang.

Gril pula mendapat kemasan titik matriks di dalam gril, manakala bahagian tengahnya bertatahkan logo jenama.

image.pngimage.png

Secara rasmi, belum ada butiran yang dikeluarkan lagi, tetapi Yangwang U8L dijangka akan menawarkan  sama ada enam atau tujuh tempat duduk.

image.pngimage.png

Dari segi mekanikal, ada kemungkinan kehadiran trenkuasanya tidak berubah dan ia  dikatakan akan dilengkapi dengan trenkuasa 4 motor elektrik mampu menghasilkan kuasa setakat  1,196 PS dan tork 1,280 Nm.

Ia  disumbat dengan pek bateri  LFP Blade berkapsiti  49.05 kWj dan terdapat juga enjin 4 silinder turbo yang dikatakan sebagai generator.

Apapun, teruskan bersama Carz.com untuk mengetahui lebih lanjut sejurus U8L didedahkan pada Auto Shanghai 2025 nanti

Gallery

Tag:

BYD
BYD Yangwang
BYD Yangwang U8L
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
EV

BYD Capai Pengeluaran 13 Juta Model NEV!

Pengeluar automotif China, BYD, sekali lagi mencatatkan sejarah dengan pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) unit ke-13 juta.

22-07-2025
EV

BYD Atto 2 Dipertontonkan – Apa Yang Boleh Kita Jangkakan?

BYD Cars Malaysia pada 19-20 Julai telah mempertontonkan SUV elektrik kompaknya, BYD Atto 2.

21-07-2025
EV
Kereta Baru

Bakal Dilancar! BYD Atto 2 Masuk Malaysia

BYD Cars Malaysia mengesahkan bahawa BYD Atto 2 akan tiba ke pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.

14-07-2025
Teknologi

BYD Perkenal Sistem Parkir Autonomi, Syarikat Tanggung Jika Ada Kerosakan

BYD mengumumkan bahawa sistem bantuan pemanduan canggihnya (ADAS) God’s Eye, kini menyokong fungsi parkir autonomi tahap 4.

11-07-2025
Global

Ini Dia 6 Pengeluar Kereta China Terajui Jualan Kereta : BYD, SAIC, Geely, Changan Auto, Chery, GWM

BYD kini menerajui jualan kereta paling tinggi apabila ia sudah menjual 2,146,000 unit pada separuh pertama 2025.

08-07-2025
EV

Grab Lancar Perkhidmatan EV Di KLIA

Untuk permulaan, perkhidmatan e-hailing EV dimulakan dengan 10 unit kenderaan BYD M6.

25-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Tular Polis Trafik Panggil Kumpulan Penunggang Motosikal

Kejadian berlaku di Plaza Tol Bentong, Pahang.

13-08-2025
Berita Auto

Minyak Turun! Tapi 4 Sen Sahaja

Harga petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun 4 sen bermula esok hingga 20 Ogos ini.

13-08-2025
Berita Auto

Lebih 2,300 Hidupan Liar Mati Dilanggar, Paling Banyak Hidupan Liar Mati Di Laluan JRTB

NRES mendedahkan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan dikenal pasti sebagai satu daripada jalan raya yang paling banyak mencatatkan insiden haiwan mati dilanggar.

13-08-2025
Berita Auto

Proton, Touch N Go Jalin Kerjasama, Maka Semua Proton X50 Facelift 2025 DIpasang Dengan RFID

PROTON dan Touch ‘n Go Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama untuk memasang teknologi RFID Touch ‘n Go ke dalam Proton X50 Facelift 2025 yang dilancarkan Julai lalu.

13-08-2025
Berita Auto

Lalu Terowong SMART Tanpa Had Dengan Pas Hanya RM68 Sempena Merdeka

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-68, orang ramai boleh malalui terowong SMART tanpa had dengan Merdeka Unlimited Travel Pass (MUTP) yang ditawarkan pada harga hanya RM68.

13-08-2025
Berita Auto

Projek MEX 2 Masih Tak Siap, Kerajaan Sedang Cari Penyelesaian

Agensi Pusat sedang memuktamadkan perbincangan dengan pihak Penerima dan Pengurus (R&M), bertujuan mendapatkan kaedah penyelesaian terbaik bagi menyiapkan baki keseluruhan projek Lebuhraya MEX2.

13-08-2025
Berita Auto

Perodua Lancar Flexiplan Untuk Myvi, Axia, Ativa dan Aruz, Ada Banyak Kelebihannya

Pelan pembiayaan pemilikan fleksibiliti itu juga membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka kepada model baharu.

12-08-2025
Berita Auto

Ford Ranger V6 Bakal Muncul Beberapa Hari Lagi?

SDAC Ford, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia, kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model baharu pada 23 Ogos ini.

12-08-2025