Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Letupan Gas Putra Heights: Tan Chong Motor, Warisan TC Pinjamkan 30 Kereta

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) dan Warisan TC Holdings Bhd (WTCH) turut tampil membantu mangsa letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya dengan meminjamkan 30 unit kenderaan jenama Nissan, GAC Motor dan Renault, baru-baru ini.

Program pinjaman kenderaan itu sebenarnya bertujuan untuk  membolehkan mangsa terjejas mempunyai akses mobiliti asas dalam tempoh yang itu. Mereka ditawarkan kenderaan itu tanpa sebarang kos selama sebulan.

Inisiatif ini hasil kerjasama antara TCMH, WTCH, Kementerian Pengangkutan, Kerajaan Negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan, bersama-sama berganding bahu untuk mempercepatkan pengagihan bantuan dan sokongan kepada komuniti Putra Heights.

image.png

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TCMH, Daniel Ho Wai Ming, berkata sokongan ini diharap dapat membantu penduduk yang terjejas kembali ke kehidupan harian dan mengurangkan sebarang gangguan mobiliti.

"Kami berasa sedih melihat kesan dan kerosakan yang dialami penduduk di sana, terutamanya dalam musim perayaan ini. Kami turut bersimpati dan berharap mereka yang cedera dapat segera pulih," katanya dalam satu kenyataan.

image.png

TCMH dan WTCH kekal komited untuk terus memberi sokongan kepada komuniti Putra Heights dan akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan.

Sehubungan itu,penduduk yang terjejas digalakkan mendaftar dengan pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkan bantuan segera di +60 16-412 2721 (Jen).

Gallery

Tag:

Edaran Tan Chong Motor
Warisan TC Holdings Berhad
Renault
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

04-12-2024
EV

06-04-2023
EV

16-02-2023
Berita Auto

04-01-2023
Pandu Uji

25-11-2022
Berita Auto

19-08-2022
Berita Auto

08-08-2022
Berita Auto

Kempen ‘March Deal Boosters’ Nissan Tawar Jutaan Boost Star Kepada Pelanggan

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan kempen terbaharunya ‘March Deal Boosters’.

04-03-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026