- Berita
- Gaya Hidup
- Porsche Malaysia Rai Ulang Tahun ke-15 Dengan Pameran Khas Di TRX
Porsche Malaysia Rai Ulang Tahun ke-15 Dengan Pameran Khas Di TRX
Pelancaran rasmi model baharu Porsche 911 generasi 992.2 semalam juga menandakan permulaan kepada acara khas Porsche Malaysia 15th Anniversary Roadshow yang berlangsung minggu ini di TRX, Kuala Lumpur dari 11 hingga 13 April.
Sempena ulang tahun ke-15 Porsche Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) mengadakan pameran khas di TRX, Kuala Lumpur bermula hari ini hingga Ahad, 13 April.
Pameran ini menampilkan barisan model-model ikonik termasuk model baharu yang baru sahaja dilancarkan semalam, Porsche 911 Carrera 2025 (992.2 facelift).
911 Carrera Baharu Ditampilkan Bersama CKD Cayenne
911 Carrera
Model standard 911 Carrera yang diperkenalkan semalam menjadi tarikan utama pameran, ditawarkan pada harga bermula RM1.43 juta, tidak termasuk aksesori tambahan dan kos atas jalan.
Cayenne generasi ke-3 versi facelift (kiri) dan Cayenne S E-Hybrid Coupe (kanan)
Turut dipamerkan ialah model pemasangan tempatan (CKD) Cayenne generasi ketiga versi facelift dan Cayenne S E-Hybrid Coupe, masing-masing dijual pada harga bermula RM599,999 dan RM728,000.
Menariknya, Cayenne S E-Hybrid ini merupakan model PHEV CKD pertama dan juga model Porsche pertama dari Malaysia yang dieksport ke Thailand, dipasang di kilang INOKOM, Kulim.
Baca: Porsche 911 Carrera & Carrera 4 GTS Hybrid Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.43 Juta
Model Elektrik Macan Electric dan Taycan Turbo GT Turut Dipertontonkan
Taycan Turbo GT
Dalam segmen kenderaan elektrik (EV), Porsche turut menampilkan Macan Electric generasi kedua yang hadir dalam empat varian bermula dari RM430,000.
Namun tumpuan utama ialah pada Taycan Turbo GT, model paling berkuasa dalam sejarah Porsche dengan kuasa mencecah 1,019 hp dan tork 1,340 Nm. Dengan pakej Weissach, ia mampu memecut 0-100 km/j dalam 2.3 saat, 0-200 km/j dalam 6.6 saat, dengan kelajuan maksimum pada 290 km/j. Harga jualannya bermula dari RM1.16 juta.
Baca: Porsche Macan Electric, Ada 4 Varian, Harga Bermula Serendah RM430,000
Kereta Lumba dan E-Sport Dipamerkan
Porsche 911 Cup
Peminat sukan permotoran turut berpeluang melihat dengan lebih dekat kereta lumba 911 Cup yang digunakan oleh pasukan Sime Motors Racing dalam kejuaraan Porsche Carrera Cup Asia.
Bagi peminat e-sport pula, Porsche Esports Sprint Challenge 2025 kembali untuk tahun kedua, dengan pusingan kelayakan turut berlangsung di tapak pameran ini.
Diskaun Porsche Lifestyle sehingga 30%
Bukan sekadar pameran, pengunjung juga boleh membeli barangan eksklusif Porsche Lifestyle dengan diskaun sehingga 30% sepanjang acara berlangsung.
Bertempat di TRX, Kuala Lumpur, berlangsung dari 11 hingga 13 April ini, acara Porsche Malaysia 15th Anniversary Roadshow ini wajib dikunjungi oleh para peminat Porsche.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv