Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sudah Dibuka: Pusat 3S GAC Motor & AION Kini Di Johor Jaya

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

GAC Motor dan AION mengukuhkan kehadiran mereka di Selatan Malaysia dengan membuka secara rasminya sebuah  Pusat 3S GAC Motor & AION di Johor Jaya, Johor Bahru, baru-baru ini.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh wakil utama dari WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), WariTan Automobile Sdn Bhd dan eGarage Auto Services Sdn Bhd.

image.png

Ia yang terletak strategik di kawasan utama Plentong, Johor, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang pameran, yang permainan kanak-kanak, serta kemudahan pengecasan EV dan kemudahan WiFi.

Fasiliti yang berkeluasan 19,248 kaki persegi itu juga terdiri daripada ruang servis, tujuh juruteknik dan penasihat servis bertauliah dan tujuh perunding jualan profesional.

image.pngimage.png

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Berhad, Tan Keng Meng, pembukaan GAC Motor & AION Johor Jaya ini membuktikan komitmen mereka untuk memperluaskan pengalaman automotif premium ke seluruh Malaysia.

"Dengan permintaan kenderaan inovatif dan lestari yang kian meningkat, pihaknya akan terus menyediakan teknologi terkini, servis terbaik, dan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan," katanya.

Dengan pembukaan Johor Jaya 3S Center ini, GAC Motor dan AION kini mempunyai 20 bilik pameran di seluruh Malaysia, termasuk di Kuching dan Kota Kinabalu.

Bagi yang mahu mengunjungi pusat 3S ini, ia terletak di No 2, Jalan Johor Jaya, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru. 

Bilik pameran dibuka dari : Isnin hingga Sabtu (9:00 pagi hingga 7:00 malam), Ahad dan cuti umum (10:00 pagi hingga 5:00 petang) manakala pusat servisnya  dibuka dari Isnin hingga Sabtu beroperasi (8:30 pagi hingga 5:00 petang), tetapi ditutup pada Ahad dan cuti umum.

Gallery

Tag:

GAC Motor
AION
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

GAC Emkoo CKD Didedah, Harga Anggaran Bermula Daripada RM120,000

WTCA menayangkan SUV segmen C terbaharunya, GAC Emkoo CKD buat julung kalinya di Pusat Konvensyen Setia City, Selangor, baru-baru ini.

20-07-2025
EV

GAC Aion UT Didedah Di China, Mungkin Masuk Malaysia

Syarikat automotif China, GAC mendedahkan model EV terbaharunya, GAC Aion UT di China baru-baru ini.

04-03-2025
Kereta Baru

KLIMS 2024: GAC M8 PHEV Ditayang, Pelancaran Tahun Depan

GAC M8 PHEV kini turut dipamerkan di KLIMS 2024.

05-12-2024
EV

GAC Aion RT Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Syarikat China Guangzhou Automotive Group (GAC) telah mengembangkan barisan produk kenderaan elektriknya apabila ia melancarkan sebuah lagi EV terbaharunya, Aion RT.

20-09-2024
EV

Motor EV Terpantas, Cecah 30K RPM Kini Dikeluarkan GAC – EV Gerak 50-150KM Lebih Jauh!

GAC baru-baru ini telah memperkenalkan inovasi terbaru kepada umum di bawah sub-jenamanya, Hyptec.

26-08-2024
Berita Auto

GAC GS3 Emzoom Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang

GAC GS3 Emzoom berjaya meraih penarafan keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

18-08-2024
Berita Auto

Bilik Pameran GAC Motor Kini Dibuka Di Cyberjaya – Jom Pandu Uji SUV GAC GS3 Emzoom

GAC Motor hari ini merasmikan pembukaan bilik pameran di Cyberjaya.

15-05-2024
Kereta Baru

Panaslah Punggung Pesaingnya!

GAC GS3 Emzoom akan menembusi pasaran tempatan pada tahun depan.

15-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto