Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jalan Banyak Rosak: Kerajaan Peruntuk RM350 Juta Untuk Selenggara Jalan Persekutuan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM350 juta bagi melaksanakan 563 projek penyelenggaraan jalan Persekutuan di seluruh Semenanjung Malaysia tahun ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, peruntukan tersebut merangkumi kerja penyelenggaraan berkala bagi laluan berturap dan tidak berturap di jalan-jalan Persekutuan.

Beliau menjelaskan bahawa daripada jumlah keseluruhan peruntukan, RM275 juta melibatkan 245 kerja penyelenggaraan bagi laluan berturap manakala RM75 juta diperuntukkan untuk 318 kerja penyelenggaraan laluan tidak berturap.

image.png

“Zon Timur Tengah bakal melaksanakan sebanyak 301 kerja penyenggaraan melibatkan kedua-dua jenis laluan manakala bagi Zon Selatan 99 kerja dan Zon Utara 163 jumlah kerja.

“Kerja-kerja penyenggaraan jalan termasuk pembinaan semula jalan, mengecat semula garisan jalan, membaik pulih papan tanda, pembinaan roadkerb, menaik taraf longkang serta kerja-kerja berkaitan,” ujarnya.

Untuk projek ini, kerajaan melaksanakan cabutan undi secara serentak hampir di seluruh negeri Semenanjung Malaysia untuk memilih kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaran jalan Persekutuan.

image.png

Cabutan undi diadakan bagi memastikan pemilihan adil,dimana  kontraktor yang telah dapat pada tahun lepas secara automatik tidak layak untuk diundi pada tahun ini.

Ahmad turut menegaskan bahawa pihaknya akan memastikan kontraktor yang terpilih menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik bagi mengelakkan sebarang masalah.


Dikhabarkan, semua kerja penyelenggaraan dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

Gallery

Tag:

Jalan Persekutuan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tiada Lampu Jalan: Punca Kemalangan Di Jalan Persekutuan

KKR merekodkan 2,184 kes kemalangan di Jalan Persekutuan.

07-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026