Link Copiedcheck_circle
EV

Laku Keras: Sebanyak 2,716 Proton e.MAS 7 Terjual Dalam 4 Bulan

Suhana Veru

Kongsi melalui

IMG_3838-(1).jpg

Dalam empat bulan, PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON, telah menghantar sebanyak 2,716 unit Proton e.MAS 7 kepada para pelanggan di seluruh Malaysia dan pasaran eksport. 

Sejak bermulanya penghantaran pada Januari  lalu, secara purata satu unit e.MAS 7 telah dimiliki oleh rakyat Malaysia pada setiap jam.

Ia menandakan satu pencapaian yang cukup membanggakan. Dengan 863 unit (termasuk pasaran tempatan dan eksport) berada di atas jalan raya pada bulan April 2025 sahaja,.

SUV elektrik sepenuhnya ini terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju segmen EV, dengan penguasaan pasaran sebanyak 26% di Malaysia untuk empat bulan berturut-turut.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang mendedahkan setiap satu jam,  satu unit telah terjual sekali gus membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk melangkah ke arah masa depan mobiliti elektrik bersama Proton e.MAS 7. 

"Momentum yang berterusan ini mencerminkan penerimaan rakyat Malaysia yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik sebagai pilihan utama untuk beralih ke mobiliti lestari," katanya.

WD_PHOTO_3.jpg

Memandangkan permintaan yang semakin meningkat, PRO-NET terus memperluas jaringan pengecasannya melalui Peta Pengecasan Langsung Bersepadu yang kini mencatat lebih 2,500 titik pengecasan dan meliputi lebih 90% kawasan di seluruh negara. 

Semua ini boleh diakses dengan mudah melalui sistem navigasi kereta dan aplikasi Proton e.MAS.

Bagi pemilik e.MAS 7 yang tinggal di kondominium atau pangsapuri, mereka juga tidak perlu risau kerana lebih 1,000 titik pengecasan sudah tersedia di 397 lokasi kediaman seluruh Malaysia. 

PRO-NET juga sentiasa bekerjasama dengan pengendali pengecas baru untuk memastikan setiap pemilik e.MAS 7 mudah mencari tempat pengecasan di mana sahaja mereka berada.

WD_PHOTO_2.jpg

Pemilik Proton e.MAS 7 boleh menghantar kenderaan mereka untuk servis penyelenggaraan berkala di 24 pusat 3S di seluruh Malaysia, selain terdapat 10 pusat Badan dan Cat .

Untuk maklumat lanjut, ikuti Proton e.MAS di Proton e.MAS di Facebook.

Tag:

Proton e.MAS 7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-03-2026
Berita Auto

02-02-2026
EV

12-01-2026
EV

02-01-2026
Teknologi

15-12-2025
EV

11-11-2025
EV

27-10-2025

Berita Terkini

EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026