Link Copiedcheck_circle
EV

Toyota bZ4X Facelift Ada Varian Baharu – Touring, EV Paling Berkuasa Toyota

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-bZ4X-Touring-Europe-1.jpg


Toyota memperkenalkan varian baharu, bZ4X Touring, di pasaran Eropah, beberapa bulan selepas model facelift asal membuat kemunculan sulungnya. Diperkenalkan sebagai versi lebih lasak, varian ini tampil dengan reka bentuk yang diinspirasikan dari wagon dan jentera off-road.


Sedia Redah Laluan Mencabar


Toyota-bZ4X-Touring-Europe-2.jpg


Perubahan paling ketara pada bZ4X Touring terletak pada dimensi badannya. Model ini kini 140 mm lebih panjang dan 20 mm lebih tinggi berbanding varian asal. Bagi menyerlahkan lagi imej off-road, ia turut hadir dengan pelindung bawah badan yang dipanjangkan ke bahagian fender.


Toyota-bZ4X-Touring-Europe-5.jpgToyota-bZ4X-Touring-Europe-3.jpgToyota-bZ4X-Touring-Europe-7.jpgToyota-bZ4X-Touring-Europe-6.jpg


Selain itu, terdapat rel bumbung yang kukuh untuk mengangkut barang, serta lampu belakang LED baharu yang tampil dengan bar cahaya lebih tebal. 


Jentera ini dipasangkan dengan rim hitam sepenuhnya, yang kontra dengan warna badan yang menyerlah dan eksklusif untuk model ini, Brilliant Bronze.


Kabin Kekal Premium, Ruang But Lebih Luas


Toyota-bZ4X-Touring-Europe-16.jpgToyota-bZ4X-Touring-Europe-13.jpgToyota-bZ4X-Touring-Europe-11.jpgToyota-bZ4X-Touring-Europe-22.jpgToyota-bZ4X-Touring-Europe-19.jpgToyota-bZ4X-Touring-Europe-17.jpg


Dengan badan yang lebih panjang, ruang but kini mencecah 600 liter, iaitu peningkatan sebanyak 148 liter berbanding versi standard. Bahagian kabin pula masih mengekalkan elemen bZ4X facelift seperti skrin infotainmen 14 inci dan konsol tengah serba baharu dengan penukar gear jenis rotary. Untuk varian Touring, kabin kelihatan elegan dengan warna tema eksklusif City Moss.


Paling Berkuasa Dalam Sejarah EV Toyota


Toyota-bZ4X-Touring-Europe-4.jpg


Dari aspek prestasi, bZ4X Touring berkongsi platform e-TNGA yang sama dengan Subaru Trailseeker, dan menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) dua motor. Bezanya kali ini, kedua-dua motor elektrik adalah sama untuk keseimbangan pemanduan lasak yang lebih baik.


Hasilnya, sistem kuasa ini menghasilkan 376 hp, jauh lebih tinggi daripada 338 hp pada bZ4X AWD sedia ada. Ini secara tidak langsung menjadikan bZ4X Touring sebagai EV paling berkuasa keluaran Toyota setakat ini.


Bateri Besar, Cas Pantas


Toyota-bZ4X-Touring-Europe-8.jpg


Sama seperti varian lain, bZ4X Touring hadir dengan bateri 74.4 kWj dan menyokong pengecasan AC 11 kW serta DC 150 kW. Namun, jarak pemanduan rasmi berdasarkan standard WLTP masih belum diumumkan.


Pelancaran Dijangka Musim Bunga 2026


Toyota bZ4X Touring dijangka akan mula dipasarkan di Eropah bermula musim bunga tahun 2026, dengan UK sebagai pasaran terawal. Untuk pasaran Amerika Utara, model ini akan dikenali sebagai Toyota bZ Woodland dan turut dijangka tiba sekitar awal 2026.

Baca: Toyota bZ4X Facelift 2025 Diperkenalkan – Cas Lebih Pantas, Jarak Lebih Jauh

Baca: Toyota bZ4X Kini Hanya Dipanggil 'bZ' di AS – Guna Pengecas Tesla

Tag:

Toyota
Toyota bZ4X Touring
Toyota bZ4X
Toyota bZ4X Facelift 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026
Global

22-01-2026

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026