- Berita
- Gaya Hidup
- UMWT Gegar Sabah & Sarawak Dengan Kempen 'Hilux Unleashed'
UMW Toyota Motor (UMWT) baru-baru ini menutup tirai kempen Hilux Unleashed – The Ultimate Challenge yang telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.
Pelbagai Aktiviti Menarik
Sepanjang kempen ini, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti meredah laluan lasak (off-road), demonstrasi pemanduan yang kemahiran teknikal tinggi (precision driving), Gymkhana Taxi Ride, 3D Panoramic View Monitor Blind Challenge dan sebagainya.
Turut diadakan adalah sesi pandu uji, pemeriksaan kenderaan percuma, jualan barangan eksklusif Toyota Gazoo Racing (TGR), selain aktiviti yang menjadi fokus utama kempen ini, cabaran mencari harta karun.
Cabaran Mencari Harta Karun
Aktiviti mencari harta karun atau Treasure Hunt Challenge dimulakan di Kota Kinabalu pada 10 dan 11 Mei, menyaksikan penyertaan seramai 125 peserta dengan 42 buah kenderaan.
Peserta diuji untuk meredah laluan mencabar yang turut menampilkan pemandangan indah sekitar Anjung Waterfront, Kokol Hill dan Tuaran. Acara ini berakhir di Nexus Resort & Spa, Karambunai.
UMWT menghadiahkan wang tunai dan barangan bernilai RM26,500 kepada 10 pasukan terbaik. Pasukan #32 yang diketuai Dolumin Dommin muncul sebagai juara, membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.
Sambutan Hangat Diteruskan di Kuching
Cabaran yang sama diteruskan di Kuching pada 17 dan 18 Mei, kali ini disertai oleh 138 peserta melibatkan 45 buah kenderaan. Laluan mencabar merangkumi kawasan bandar dan tapak budaya di ibu negeri Sarawak.
Destinasi akhir di Damai Lagoon Resort menyaksikan pemenang utama Pasukan #20 diketuai Lee Min Qi membawa pulang hadiah tertinggi bernilai RM10,000 daripada jumlah keseluruhan hadiah mencecah RM26,500.
Peluang Merapatkan Hubungan
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., menyifatkan acara seperti ini sebagai peluang merapatkan hubungan antara syarikat dan pelanggan.
“Hilux Unleashed bukan sekadar untuk meraikan prestasi kenderaan, tetapi juga pelanggan dan komuniti yang bersama kami selama ini,” katanya.
Beliau menambah, kesetiaan pelanggan dibina bukan sahaja melalui produk, tetapi melalui pengalaman berkomuniti yang ditawarkan UMWT.
Sambutan Luar Biasa
UMWT turut memaklumkan bahawa ramai pemilik setia Hilux meluahkan minat untuk terus menyertai acara seperti ini di masa hadapan.
Baca: Lakaran Ini Dedah Wajah Sebenar Toyota Hilux Generasi Ke-9 'Travo'?
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv