Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Warga Asing Tidak Boleh Tukar Lesen Kepada LLM

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Semua permohonan pertukaran lesen memandu negara asing kepada Lesen Memandu Malaysia (LMM) akan dihentikan, pada 19 Mei ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata warga asing yang memerlukan LMM  dikehendaki menjalani tatacara mendapatkan lesen berkenaan mengikut prosedur sedia ada sebagaimana dilalui oleh rakyat Malaysia.

Langkah itu diambil  bagi memperketatkan pematuhan dan piawaian keselamatan jalan raya membabitkan warga asing.

"Penambahbaikan ini adalah satu daripada usaha dan komitmen kerajaan MADANI untuk meningkatkan aspek keselamatan jalan raya serta memperkukuhkan tadbir urus dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Aedy Fadly berkata, terdapat beberapa kategori pemohon tidak terjejas dengan pelaksanaan ketetapan baharu itu, antaranya individu bawah kor diplomatik dan peserta Malaysia My Second Home (MM2H).

Katanya, turut tidak terjejas ialah warganegara Malaysia yang memperoleh lesen memandu negara asing sebelum memegang LMM.

image.png

Dalam pada itu, beliau berkata, warga asing yang berada di Malaysia untuk tempoh sementara iaitu kurang 12 bulan pula tertakluk kepada ketetapan tertentu.

Bagi Negara Pejanji kepada Konvensyen Mengenai Lalu Lintas Jalan Raya 1949, Geneva (Konvensyen 1949) dan Konvensyen Mengenai Lalu Lintas Jalan Raya 1968, Vienna (Konvensyen 1968), individu dari negara berkenaan dibenarkan memandu dengan menggunakan Permit Memandu Antarabangsa (IDP) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Negara Pejanji terbabit.

Bagi warga dari ASEAN, individu berkenaan hanya perlu menggunakan lesen memandu negara asal, selaras dengan ketetapan bawah Perjanjian Mengiktiraf Lesen Memandu Domestik Dikeluarkan Oleh Negara ASEAN 1985.


Gallery

Tag:

JPJ
Malaysian Highway Authority (LLM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Main HP Waktu Memandu: Lebih Teruk Dari Mabuk

Adakah anda salah seorang pemandu yang suka main telefon ketika memandu? Ketahui risiko maut, statistik terkini PDRM, dan denda berat yang menanti jika anda tertangkap.

14-04-2026
Tips

Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula

Renew Lesen MyJPJ vs Ambil Ujian Semula – Mana Lagi Mudah?

27-03-2026
Tips

Cara Renew Lesen MyJPJ

Ini cara renew lesen di MyJPJ step by step.

27-03-2026
Berita Auto

Johor 'Juara' Langgar Peraturan, Ini Senarai Hitam Op HRA 2026 yang Anda Perlu Tahu

Raya belum habis, sebanyak 14,455 kenderaan dikenakan saman.

24-03-2026
Berita Auto

Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas

Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.

17-03-2026
Berita Auto

Bayar Saman AWAS Guna MyJPJ

Anda boleh bayar saman AWAS guna MyJPJ mulai 18 Mac ini.

16-03-2026
Berita Auto

Aidilfitri: Semua Kenderaan JPJ Turun Padang

Seluruh kekuatan jentera penguat kuasa JPJ akan membanjiri lebuh raya.

14-03-2026
Berita Auto

Hati-Hati Perantau Kelantan, JPJ Guna Dron "ZOOM" 200 Kali Untuk Kesan Pesalah Trafik

JPJ akan menggunakan dron berteknologi tinggi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri yang mampu zoom 200 kali ganda untuk mengesan pesalah trafik.

08-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026