Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bilik Pameran MG: MG S5 EV Sudah Berada Di Semua Bilik Pameran MG Di Seluruh Negara

Suhana Veru

Kongsi melalui

DSC09660.jpg

MG Motor Malaysia mengesahkan bahawa MG S5 EV sudah  berada di semua bilik pameran Pengedar Sah MG Motor di seluruh negara.

Untuk itu, bagi yang berminat dengan MG S5 EV, anda boleh mengunjungi  bilik pameran MG terdekat untuk melihat dan memandu uji sendiri model terbaharu itu.

DSC09880.jpgDSC09889.jpg

Sebagai makluman, MG S5 EV adalah satu-satunya SUV EV segmen-B dengan pacuan roda belakang (RWD) di Malaysia.

Ia sebenarnya direka  untuk menonjol dalam kelasnya, selain menawarkan gabungan unik reka bentuk anggun, ketangkasan terbaik dalam kelas, dan pengendalian yang menyeronokkan, semuanya disokong oleh ketepatan dinamik pemanduan ala British yang lancar. 

image.png

Malah, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng berkata, MG S5 EV bukan sekadar kereta elektrik, ia membawa keseronokan memandu dan prestasi yang menjadi penanda aras dalam kelasnya.

MGS5 ini didatangkan dalam tiga varian dimana varian MG S5 Com (49kWh) – RM115,900, MGS5 EV COM Long Range (62kWh) – RM125,900 manakala varian Lux Long Range (62kWh) pula berharga RM135,900.

MG-Motors-at-MARI-AutoShow-2025---SNL_1722---Photo-by-Sunlee-Khan.jpgMG-Motors-at-MARI-AutoShow-2025---SNL_1651---Photo-by-Sunlee-Khan-(1).jpg

Bagaimanapun, untuk 500 orang pelanggan pertama akan menerima manfaat berupa penjimatan sehingga RM6,000 serta pakej pengecas dinding 7kW secara percuma. Ini bermakna, harga jualan  MGS5 EV bermula serendah RM109,900.

SUV segmen B elektrik sepenuhnya ini berukuran 4,476 MM panjang, 1,849 MM lebar dan 1,621 MM tinggi, dengan jarak roda 2,730 MM. 

image.png

Saiznya meletakkannya dalam persaingan rapat dengan model seperti Proton e.MAS 7,  BYD Atto 3 dan Honda e:N1 yang dilancarkan baru-baru ini. 

Kesemua varian secara standard dilengkapi dengan motor elektrik pacuan roda belakang berkuasa 170 PS dan 250 Nm.

Selain itu, MG S5 EV juga menyokong pengecasan AC 7 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 120 kW, manakala varian Lux pula diberikan kelebihan pengecasan pantas DC sehingga 150 kW. Jadi  MG S5 EV Lux boleh dicas  dari 10-80 peratus hanya dalam 26 minit.

MG-Motors-at-MARI-AutoShow-2025---SNL_1730---Photo-by-Sunlee-Khan.jpg

Jentera ini dilengkapi dengan skrin kluster digital 10.25 inci serta skrin tengah sebesar 12.8 inci, ada sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar  termasuk kefungsian Vehicle-to-Load (V2L), Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, 12.8 inci skrin sentuh infotainmen dengan arahan suara dan banyak lagi.

Begitupun, varian Lux pula mendapat kelengkapan tambahan. Ini termasuklah rim aloi 18 inci, bumbung kaca panorama, upholsteri tempat duduk kulit-fabrik, tempat duduk pemandu boleh laras, pemanas roda stereng, pengecasan peranti pintar tanpa wayar, pintu tailgate berkuasa, sistem audio dengan enam pembesar suara dan kamera keliling.

Ruang butnya pula  seluas  1,441 liter .

Jika anda berminat dengan MG S5 EV, Berikut ialah senarai acara pandu uji khas MGS5 EV yang dianjurkan oleh pengedar MG Motor. 

Screenshot-2025-06-03-112623.png

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.mgmalaysia.com/find-a-dealer.

Gallery

Tag:

MG S5 EV Malaysia
MG S5 EV
showroom
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

MG S5 EV Rasmi Dilancar, Ada 3 Varian, Kalau Tempah Awal, Ada Diskaun RM6,000

MG Malaysia akhirnya melancarkan secara rassminya model elektrik terbaharu mereka, iaitu MG S5 EV 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

20-05-2025
Kereta Baru

MG S5 EV Rasmi Dilancar, Ada 3 Varian, Kalau Tempah Awal, Ada Diskaun RM6,000

MG Malaysia akhirnya melancarkan secara rassminya model elektrik terbaharu mereka, iaitu MG S5 EV 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

20-05-2025
Kereta Baru

MG S5 Bakal Dilancar Mei Depan Tetapi ROI Telah Dibuka

MG Motor mendedahkan imej teaser model terbaharunya, MG S5 elektrik.

04-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026