Link Copiedcheck_circle
EV

Dilancar: Nissan Leaf 2026, Badan Mantap, Bikin Geram, 214 HP, Sekali Cas Boleh Pergi Setakat 488KM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas beberapa teaser dan pengumuman sebelum ini, Nissan Leaf 2026 generasi ketiga akhirnya dilancarkan secara rasminya baru-baru ini.

Ia kini muncul dalam bentuk SUV crossover dan bukannya hatchback, yang mana ia  menampilkan angka dan spesifikasi yang dikatakan mampu bersaing dengan peneraju segmen lain.

Jika anda perasan,  rekaan Leaf baharu ini sebenarnya diilhamkan daripada kereta konsep Nissan Chill-Out 2021, kerana gaya badannya jenis crossover SUV coupe sporty selain  beberapa elemen rekaan dilihat agak sama dengan  EV Nissan lain, terutamanya SUV Ariya.

image.pngimage.png

Selain elemen ketara seperti lampu hadapan LED berbentuk C ala Toyota dan siluet yang diilhamkan daripada Tesla Model Y, Leaf baharu ini turut hadir dengan ciri rekaan tersendiri. 

Antaranya, ia hadir dengan  pemegang pintu belakang jenis tersembunyi, garis badan yang berlekuk di bahagian sisi, rekaan belakang sporty dengan lampu belakang berwarna gelap serta spoiler belakang ala Nissan Z, rim aloi 18 hingga 19 inci, dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Hakikatnya, biarpun  menggunakan gaya badan SUV yang lebih praktikal, Leaf baharu ini sebenarnya lebih kecil berbanding hatchback sebelumnya.

Dari segi dimensi, ia berukuran  4,405 mm panjang, 1,810 mm lebar, 1,550 mm tinggi, dan jarak roda 2,690 mm. 

image.png

Apa yang penting adalah bentuk badannya yang cukup mengancam. Malah,  Nissan mendakwa Leaf baharu ini adalah kenderaan produksi mereka yang paling aerodinamik setakat ini, dengan pekali seretan 0.25 Cd untuk model spesifikasi Eropah.

Selain itu, antara perubahan ketara yang boleh dilihat adalah di bahagian kabinnya. Ini kerana ia hadir dengan  kabin lama gaya hatchback amun telah digantikan dengan susun atur minimalis dan cukup sarat dengan pelbagaiteknologi. 

Untuk makluman, ia kini menggunakan paparan digital baharu yang terdiri daripada dua skrin 12.3 inci atau 14.3 inci bergantung pada varian dan pasaran, selain hadir dengan stereng dua jejari baharu, butang pintasan sensitif sentuhan di papan pemuka hadapan, dan tombol gear standard yang digantikan dengan butang mudah.

image.png

Untuk menjadikan Leaf baharu lebih sebanding dengan pesaing futuristik dari China, Nissan menawarkan SUV EV ini dengan bumbung panoramik yang dilengkapi fungsi elektro-kromik e-Dimming, sekali gus menghapuskan keperluan penghadang matahari secara fizikal.

image.pngimage.png

Malah, terdapat juga sistem audio Bose Personal Plus baharu dengan pembesar suara terbina di perehat kepala tempat duduk hadapan.

image.pngimage.png

Dari segi mekanikal, Leaf baharu ini menggunakan platform CMF-EV yang sama seperti Ariya EV, walaupun ia hanya ditawarkan dengan tetapan motor tunggal di hadapan.

Nissan dakwa, Nissan Leaf ini  lebih senyap 75% dan 10% lebih padat berbanding model sebelumnya.

Mengenai bateri, varian biasa dilengkapi dengan pek bateri 52-kWh, manakala tetapan FWD motor tunggalnya dihadkan kepada 174 hp (130 kW) dan 345 Nm. 

image.pngimage.png

Varian Flagship pula hadir dengan bateri lebih besar 75-kWh dan motor elektrik lebih berkuasa yang menghasilkan 214 hp (160 kW) dan 355 Nm.

Dengan unit 75-kWh, Leaf baharu mampu mencapai jarak maksimum sehingga 488 km, satu peningkatan ketara berbanding model sebelumnya. 

Dari segi pengecasan, SUV EV ini menyokong DCFC sehingga 150 kW, membolehkannya dicas dari 10% ke 80% dalam masa 35 minit. 

Bercakap mengenai pengecasan, Leaf spesifikasi AS akan menggunakan port pengecasan NACS Tesla, manakala model Jepun akan mengekalkan port CHAdeMO lama, dan selebihnya akan menerima port standard CCS2.

Buat masa ini, Nissan Leaf ini  akan dihasilkan di kilang Nissan Tochigi di Jepun dan kilang Sunderland di UK.

image.png

Dikhabarkan, Nissan Leaf generasi ketiga ini akan memasuki pasaran pertama di Amerika Syarikat pada musim luruh tahun ini, diikuti oleh Eropah, Jepun, dan selebihnya di pasaran lain menjelang akhir tahun ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat harga didedahkan setakat ini, tetapi dijangka lebih mahal daripada model hatch sebelum ini.

Gallery

Tag:

Nissan
Nissan Leaf
Nissan Ariya EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025
Global

Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah

Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.

19-12-2025
Global

Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026

Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.

18-12-2025
Global

Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800

Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.

28-11-2025
Global

Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang

Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.

20-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini

Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.

16-10-2025
Global

Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih

Nissan baru-baru ini telah mendedahkan imej Nissan Ariya facelift yang akan membuat kemunculan rasmi buat pertama kali di Tokyo Mobility Show pada 30 Oktober nanti.

14-10-2025

Berita Terkini

EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025
EV

Kes Dua EV Terbakar Serentak Bukan Berpunca Daripada Pengecas – Bomba

Isu keselamatan kenderaan elektrik (EV) kembali menjadi bualan hangat susulan insiden kebakaran membabitkan dua buah EV di sebuah kediaman, baru-baru ini.

29-12-2025
EV

Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.

26-12-2025
EV

Nissan Ariya Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia Sebaliknya Di Jepun

Nissan Ariya EV versi facelift membuat penampilan rasminya di Jepun, baru-baru ini.

24-12-2025