Link Copiedcheck_circle
Teknologi

Geely Pamer Sistem Hibrid AI Canggih, EM AI Super Hybrid 2.0 – Cecah 2,100 KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Geely-EM-AI-SuperHybrid-PHEV-1.jpg


Geely EM AI Super Hybrid 2.0 diperkenalkan di Auto Chongqing 2025


Geely memperkenalkan sistem kuasa hibrid terbarunya yang dinamakan Geely EM AI Super Hybrid 2.0 di pameran automotif Auto Chongqing 2025. Sistem ini dikatakan sebagai yang pertama dalam industri menggunakan teknologi kuasa berdasarkan senario AI, ditawarkan dalam tiga varian iaitu EM-i, EM-P dan varian berkuasa hidrogen.


Teras sistem hibrid ini ialah enjin 1.5 liter baharu yang mampu mencapai kecekapan terma sehingga 47.26%, satu pencapaian terunggul dalam kelasnya. Selain itu, sistem ini menjanjikan penggunaan bahan api rendah, hanya 2.49 liter bagi setiap 100 km dalam pelbagai keadaan pemanduan.


Integrasi Pintar Dengan Xingrui Intelligent Computing Center 2.0


Apa yang membezakan EM AI Super Hybrid 2.0 daripada sistem hibrid Geely sebelum ini adalah integrasi Xingrui Intelligent Computing Center 2.0. Dengan kuasa pengkomputeran tinggi sebanyak 23.5 E FLOPS, teknologi Xingrui AI Cloud Power 2.0 membantu meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga sistem ini sambil mengoptimumkan penggunaan bahan api.


Geely turut menegaskan sistem ini direka untuk mengurangkan kos penyelenggaraan dengan memanjangkan jarak servis enjin lebih 50% dan meningkatkan jangka hayat bateri kuasa sebanyak 15%, sekali gus menjimatkan masa dan wang pengguna.


Sistem EM-i: Fokus Terhadap Penjimatan Bahan Api


Geely-EM-AI-SuperHybrid-PHEV-2.jpg


Varian EM-i menggunakan konfigurasi hibrid plug-in (PHEV) dengan enjin 1.5 liter yang dilengkapi tujuh teknologi pengurangan geseran, variable-displacement oil pump dan pengurusan terma pintar. Hasilnya, EM-i mampu mencapai penggunaan bahan api hanya 2.67 liter per 100 km dan jarak pemanduan gabungan sehingga 2,100 km mengikut piawaian CLTC.


Geely-Galaxy-A7-PHEV-5.jpgGeely-Galaxy-A7-PHEV-2.jpg


Sistem ini akan diperkenalkan buat pertama kalinya menerusi model sedan baharu Geely Galaxy A7, yang sebelum ini disebut sebagai calon ‘pengganti’ Proton Perdana.


Baca: Ini Dia Geely A7 EM-i PHEV Segmen-D, Adakah Ini Mungkin Proton Perdana Seterusnya?


Sistem EM-P: Prestasi Dinamik Pacuan Semua Roda


Geely-EM-AI-SuperHybrid-PHEV-4.jpg


Varian EM-P pula direka dengan fokus terhadap prestasi pemanduan dan sistem pacuan semua roda (AWD). Ia menggunakan enjin 1.5 liter turbo yang sama, dipadankan dengan sistem AWD yang dipertingkatkan melalui teknologi Xingrui AI Cloud Power 2.0 bagi pengagihan tork lebih baik.


Baca: Geely Radar King Kong EM-P PHEV


Geely-Galaxy-M9-PHEV-2.jpgGeely-Galaxy-M9-PHEV-4.jpg


Sistem ini akan digunakan buat pertama kalinya pada model SUV Geely Galaxy M9, yang menawarkan jarak perjalanan gabungan sehingga 1,500 km, penggunaan bahan api 4.8 liter per 100 km dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.5 saat.


Sistem Hidrogen: Teknologi Masa Depan Geely


Varian yang terakhir ialah sistem kuasa hibrid berasaskan hidrogen. Enjin pembakaran dalaman (ICE) yang digunakan pada sistem ini dikatakan mampu mencapai kecekapan terma lebih tinggi, iaitu 48.15%.


Walaupun buat masa ini maklumat yang didedahkan untuk sistem ini masih terhad, Geely mengesahkan bahawa ia akan digunakan pada model sedan dan SUV baharu yang dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini.


Tag:

Geely EM AI Super Hybrid 2.0
Auto Chongqing 2025
Xingrui Intelligent Computing Center 2.0
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Teknologi

Geely Pamer Sistem Hibrid AI Canggih, EM AI Super Hybrid 2.0 – Cecah 2,100 KM!

Geely memperkenalkan sistem kuasa hibrid terbarunya yang dinamakan Geely EM AI Super Hybrid 2.0 di pameran automotif Auto Chongqing 2025.

17-06-2025
Teknologi

MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah bekerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) memperkenalkan sistem ADaPTiV.

16-06-2025
Teknologi

Jalan Raya Negara Diawasi Dron, Sensor & AI

Malaysia kini berusaha untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan keberkesanan infrastruktur jalan raya.

30-05-2025
Teknologi

Pioneer SXT-C10PS: Radio Untuk Kereta Klasik Dengan Ciri Moden 'Tersembunyi'

Pioneer, jenama besar dalam dunia elektronik memperkenalkan unit audio bergaya klasik yang sarat ciri moden, Pioneer SXT-C10PS.

27-05-2025
Teknologi

ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV

ZF memperkenalkan sistem range extender yang baharu dan canggih untuk kenderaan elektrik (EV).

29-04-2025
Teknologi

Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.

05-03-2025
Teknologi

Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah

Toyota memperkenalkan sistem sel bahan api hidrogen generasi ketiga yang menawarkan peningkatan ketara dari segi jarak perjalanan dan penjimatan kos.

18-02-2025
Teknologi

Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD

‘Mata’ yang dimaksudkan ialah sistem bantuan pemanduan pintar (ADAS) terbaru BYD yang dinamakan “God’s Eye.”

15-02-2025