Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Haval H6 HEV Catat Perjalanan 1,242 KM Dengan Satu Tangki Penuh, Lakar Sejarah Asean Records

Suhana Veru

Kongsi melalui

GWM-HAVAL-H6-HEV-Sets-ASEAN-Records-with-1,242-KM-on-a-Single-Tank-(2)-(1).JPG

GWM Malaysia melakar satu lagi pencapaian bersejarah apabila  HAVAL H6 HEV tersenarai dalam ASEAN Records kerana  berjaya menyempurnakan perjalanan sejauh 1,242 kilometer dengan hanya satu tangki penuh.

Sebagai sebahagian daripada cabaran daya tahan bahan api peringkat kebangsaan, seramai 38 pemilik HAVAL H6 HEV berjaya melepasi jarak 1,000 KM, dengan jarak paling jauh yang disahkan mencecah 1,242 KM dalam satu tangki penuh.

GWM-Haval-H6-HEV-(10).jpgGWM-Haval-H6-HEV-(15).jpg

Sementara itu, Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi menyifatkan ia buakn sekadar pencapaian teknikal, tetapi pengiktirafan dunia sebenar terhadap keupayaan HAVAL H6 HEV dalam membawa rakyat Malaysia lebih jauh.

“Ia mencerminkan inti pati arah baharu kami mempertingkatkan pengalaman pemanduan harian menerusi inovasi yang telah terbukti," katanya.

Sempena kejayaan mencipta rekod ini, GWM Malaysia memperkenalkan slogan baharu untuk HAVAL H6 HEV — “Elevate Your Everyday".

Pendekatan ini menyerlahkan lagi nilai utama SUV ini seperti jarak pemanduan jauh, prestasi hibrid unggul, teknologi terkini dan keselesaan premium yang menjadikan setiap perjalanan lebih lancar dan bermakna.

Bagi yang tidak tahu, Haval H6 HEV  ditawarkan dalam satu varian, Ultra dan dijual pada harga RM139,800.

image.png

H6 HEV dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder turbo 1.5 liter dan mampu menghamburkan kuasa setakat 150 ps/230 Nm. SUV ini turut menerima kuasa tambahan sebanyak 130 ps dan 300 Nm daripada motor elektrik dan sistem transmisi DHT dua kelajuan. 

Secara keseluruhan, Haval H6 HEV boleh menghamburkan kuasa sebanyak 243 ps/530 Nm, antara yang tertinggi dalam kelasnya. 

Dengan sistem ini, Haval H6 boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 7.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 175 km/j. Kadar penggunaan bahan api hanyalah 5.8 liter per 100 km. 

Untuk keterangan lanjut, layari www.gwm.com.my.

Gallery

Tag:

Haval H6 HEV
GWM Haval
Haval HEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

GWM Lanjut Waranti Bateri Sistem Hibrid Haval H6 HEV Kepada 10 Tahun

GWM Malaysia mengorak setapak ke hadpaan apabila telah memilih untuk meningkatkan jaminan bateri sistem hibrid (HEV) kepada 10 tahun bagi model terlarisnya, GWM Haval H6 HEV.

03-07-2025
Berita Auto

Lebih 1,500 Haval H6 HEV Ditempah Kurang Sebulan – Terlaris Di China, Kini Laris Di Malaysia

GWM Malaysia hari ini mengumumkan bahawa model terbarunya, GWM Haval H6 HEV, telah berjaya mengumpulkan lebih 1,500 tempahan dalam tempoh kurang sebulan sejak pelancaran rasminya.

08-11-2024
Kereta Baru

GWM Haval H6 HEV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM139,800!

Haval H6 Hybrid Electric Vehicle (HEV) kini rasmi di Malaysia. Ini spesifikasinya...

09-10-2024
Berita Auto

GWM Komited Terhadap Pasaran Malaysia, Bakal Lancar Model CKD, Haval H6 Suku Ketiga 2024

Strategi perniagaan jangka panjang Great Wall Motor (GWM) telah membuahkan hasil. Syarikat bakal lancarkan model baharu di Malaysia.

01-08-2024
Berita Auto

Ini Dia SUV 4X4 GWM Haval Raptor Hi4 Yang Telah Dikemaskini

Ini segala yang kita tahu mengenai Raptor Hi4 yang bakal diperkenalkan secara rasmi semasa Auto China 2024.

16-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026