Link Copiedcheck_circle
EV

MBPJ Mahu Pasang 1,000 Pengecas EV Di Lokasi Strategik, Kawasan Parkir

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyasarkan untuk memasang 1,000 pengecas kenderaan elektrik (EV) di lokasi strategik dan parkir awam seluruh bandaraya itu secara berperingkat, dengan sasaran 100 lokasi pengecas menjelang 2030.

Perkara itu disahkan Datuk Bandarnya Mohamad Zahri Samingon, baru-baru ini.

Menurutnya,  lokasi berpotensi meliputi kawasan awam termasuk bangunan kerajaan, kompleks sukan, tempat letak kereta awam dan lokasi strategik lain di seluruh Petaling Jaya.

Difahamkan, inisiatif itu dilaksana dalam dua fasa dengan kerjasama syarikat penyelesaian tenaga hijau bagi menyokong agenda bandar rendah karbon.

Fasa pertama menyaksikan pemasangan 500 pengecas membabitkan dua rakan strategik iaitu EV Connection Sdn Bhd dan Carput Zap Network Sdn Bhd.

“Kedua-dua rakan strategik ini komited menyokong MBPJ merealisasikan matlamat menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar paling bahagia, lestari dan mampan.

MBPJ menggunakan teknologi pengecasan moden yang mematuhi piawaian keselamatan, mesra pengguna dan efisien sejajar peningkatan bilangan pemilik kenderaan elektrik di lembah Klang,” katanya.

image.png

Terdahulu, majlis menandatangani MoU bersama EV Connection Sdn Bhd dan Carput Zap Network Sdn Bhd berlangsung di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat MBPJ, bagi melaksanakan pemasangan serta penyediaan kemudahan pengecas EV (EV Charging Bay - EVCB) di sekitar Petaling Jaya.


Gallery

Tag:

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Carput Zap Network Sdn Bhd
EV Connection Sdn Bhd (EVC)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

Berita Terkini

EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026
EV

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

11-03-2026