Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Malaysia Sokong Usaha Perlindungan Spesies Tuntung Sungai Terancam

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Photo-3---Chery-staff-member-taking-a-closer-look-at-a-terrapin-during-a-visit-to-the-conservation-centre-in-Kemaman,-Terengganu..jpg


Chery Malaysia mendedahkan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar melalui sokongan yang diberikan kepada Persatuan Pemuliharaan Penyu Malaysia (Turtle Conservation Society of Malaysia, TCS) untuk membantu program memulihara tuntung sungai dan habitat asli haiwan yang diancam kepupusan itu.


Tuntung Sungai: Spesies Paling Terancam


Photo-1---Michael-Chew,-Vice-President-of-Chery-Malaysia-hands-over-the-automotive-company's-contribution-to-Dr-Chen-Pelf-Nyok,-Co-founder-and-Executive-Director-of-Turtle-Conservation-Society-Malaysia..jpg


Southern River Terrapin atau tuntung sungai (batagur affinis) ialah spesies yang sangat sukar ditemui dan hanya dijumpai di sungai-sungai Malaysia dan Kemboja. 


Sungai Kemaman di Terengganu merupakan salah satu habitat terakhirnya, namun haiwan ini berdepan dengan ancaman pencemaran, kemusnahan habitat dan kutipan telur secara haram yang menyebabkan populasinya makin merosot.


Ditubuhkan pada 2011, TCS adalah NGO pertama di Malaysia yang fokus kepada usaha pemuliharaan tuntung air tawar. Usaha utama mereka merangkumi kajian saintifik, pembiakan dan perlindungan habitat agar masa depan spesies ini lebih terjamin. 


Lawatan & Sumbangan Chery Malaysia


Chery-Malaysia-Supports-Terrapin-Conservation-(8).jpgWhatsApp-Image-2025-08-27-at-15.52.33_46c3eb65.jpg


Baru-baru ini, Chery Malaysia melawat pusat TCS di Kampung Pasir Gajah, dengan pengambilan secara simbolik 31 tuntung sebagai ‘anak angkat’. Selain itu, Chery turut menaja 16 beg makanan seberat 20kg setiap seekor bagi menyokong pemeliharaan tuntung di pusat tersebut. 


Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew menyatakan kepentingan memelihara warisan alam sambil terus memacu kemajuan di jalan raya. Tuntung sungai diibaratkan sebagai simbol kesihatan ekosistem sungai negara. Sokongan terhadap TCS diharap dapat menggalakkan rakyat Malaysia membela biodiversiti yang unik ini.


Perkongsian Komitmen Pemuliharaan


WhatsApp-Image-2025-08-27-at-15.50.41_d3bda073.jpg


Pengasas Bersama TCS, Dr Chen Pelf Nyok memberikan penerangan mengenai spesies terancam, tuntung sungai.


Pengasas Bersama TCS, Dr Chen Pelf Nyok meluahkan  penghargaan terhadap sokongan yang diberikan Chery Malaysia yang bukan sahaja membantu pemuliharaan malah meningkatkan kesedaran rakyat terhadap tuntung sungai yang sering terabai. 


WhatsApp-Image-2025-08-27-at-15.50.42_4498f0a4.jpg


Kraftangan bermotifkan penyu yang dijual di pusat pemuliharaan ini semasa lawatan Chery Malaysia bersama media ke pantai timur baru-baru ini yang turut disertai  penulis.


Sehingga kini, lebih 11,000 telur tuntung diselamatkan dan hampir 6,000 anak tuntung dilepaskan ke habitat asalnya di Sungai Kemaman, dengan penemuan spesies ini turut dilaporkan di Kedah, Perak dan Pahang.

Tag:

Chery Malaysia
Chery Malaysia Pantai Timur
Tuntung Sungai
Persatuan Pemuliharaan Penyu Malaysia
Turtle Conservation Society of Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026
Berita Auto

Bukan Kaleng-Kaleng! Chery TIGGO 7 Jadi SUV China Pertama Bolot 5-Bintang Di Eropah, Australia & ASEAN

Chery Tiggo 7 dinobatkan sebagai kereta selamat memandangkan menerima empat penarafan keselamatan lima bintang.

11-03-2026
Berita Auto

Kenapa Ramai Pilih Chery Untuk Raya Tahun Ini? Ada Sebabnya

Bukan sekadar kereta baharu, Chery tawar rebat untuk anda balik kampung tahun ini.

06-03-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026
Berita Auto

Chery Bakal Lancar 4 Model, Bilik Pameran Chery Kini Pula Bercirikan Gen 4

Chery Malaysia akan melancarkan sekurang-kurangnya empat model terbaharunya pada tahun ini.

23-02-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Chery melancarkan secara rasminya Chery Tiggo 8 2026 ke pasaran tempatan baru-baru ini.

19-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026