Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya gambar intip dan butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Daripada pendedahan itu,  gambar intip  menunjukkan ia hadir dengan  lampu hadapan baharu manakala sebahagian daripada gril  menampilkan elemen corak kain songket serta ‘etheral bow’

Ini membuatkan reka bentuknya agak berbeza daripada apa yang dibayangkan oleh ramai pihak sebelum ini.

image.pngimage.png

Selain reka bentuk luarannya, terdapat juga gambar yang menunjukan papan pemukanya dimana kita dapat melihat corong udara seolah-olah berbentuk pil.

Namun apa yang lebih menarik adalah gambar intipan menunjukkan ia akan hadir dengan skrin berkembar untuk paparan instrumen digital dan skrin infotainmen. 

image.png

Apapun,  Proton dilihat mahu memberikan sentuhan moden sepenuhnya pada bahagian dalaman Proton Saga dan tidak meniru gaya produk berasaskan Geely seperti Proton X50 2025 facelift yang baru dilancarkan, mahupun sedan segmen C Proton S70.

Selain itu, terdapat juga gambar dokumen yang mengandungi butiran yang mungkin lebih menarik. Antaranya, dokumen itu mendakwa barisan model Proton Saga 2025 akan hadir dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.

image.png

Dokumen tersebut menunjukkan bahawa ketiga-tiga varian akan disumbat dengan enjin 1.5 liter yang dikatakan sebagai enjin petrol 4-silinder baharu. Apa yang menarik, ia akan hadir dengan   transmisi automatik konvensional (AT) dan bukan lagi  manual (MT).

Lagipun, kita sedia maklum bahawa Proton akan menghentikan sepenuhnya transmisi manual daripada barisan modelnya.

Ini kerana jualan model manual dilihat semakin merosot sejak kebelakangan ini. Jadi, perkara ini sudah dijangka dimana Proton  Saga baharu tidak lagi didatangkan dengan versi manual.

Secara khusus, varian Standard dan Executive akan menggunakan kotak gear AT, manakala varian tertinggi Premium akan dilengkapi dengan CVT. Kehadiran semula CVT ini agak mengejutkan memandangkan ia telah digantikan dengan kotak gear 4AT dalam model Saga sedia ada.

Buat masa ini, tidak jelas sama ada kotak gear AT tersebut adalah unit 4AT yang dibekalkan oleh Aisin seperti dalam model Saga sedia ada. Malah, masih tidak pasti sama ada kotak CVT yang disebut adalah unit daripada Punch yang digunakan dalam model Persona dan Iriz ketika ini.

image.png

Pilihan Proton untuk menawarkan kedua-dua jenis transmisi AT dan CVT mengikut varian juga memberi gambaran bahawa enjin 1.5 liter 4-silinder baharu ini mungkin akan mempunyai talaan kuasa yang berbeza .

Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi sehingga Proton Saga MC3 2025 didedahkan kepada umum selewat-lewatnya hujung tahun ini

Gallery

Tag:

Proton Saga
2025 Proton Saga MC3
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70

Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.

18-08-2026
Berita Auto

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?

09-07-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Gaya Hidup

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026
Berita Auto
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026