Link Copiedcheck_circle
EV

SUV Elektrik: Khabar Angin Suzuki eVitara Bakal Dilancar Semakin Kencang

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya Suzuki Fronx yang kompak bukanlah satu-satunya model baharu daripada Suzuki yang bakal membuat penampilan sulung di Malaysia, kerana Suzuki Cars Malaysia baru sahaja memuat naik tentang Suzuki eVitara di saluran media sosial rasminya.

Berdasarkan laman Facebook rasminya, hantaran mengenai eVitara disertakan dengan kapsyen yang berbunyi, “Adakah kita akan dapat melihat keindahan ini di jalan raya atau laluan off-road Malaysia dalam masa terdekat? Hanya masa yang akan menentukannya!

image.pngimage.png

Walaupun ia bukanlah teaser secara langsung, namun kapsyen yang tertera itu sudah cukup membuktikan ia merupakan pengeluaran pertama  EV  Suzuki ke pasaran tempatan. Bagi yang belum mengenali eVitara, SUV EV subkompak ini pada asasnya adalah versi Suzuki kepada Toyota Urban Cruiser, walaupun ia dilancarkan lebih awal berbanding kembar   jenama Toyota itu.

image.png

Dari segi dimensi, eVitara berukuran 4,275 mm panjang, 1,800 mm lebar, 1,635 mm tinggi, dengan jarak roda 2,700 mm sekali gus  menjadikannya setara dengan SUV EV segmen-B lain di pasaran kita, termasuk BYD Atto 2 dan MG S5 EV, antara lain.

image.pngimage.png

Berbeza dengan Jimny, eVitara baharu ini menerima rekaan kabin yang lebih moden, lengkap dengan pelbagai kemudahan teknologi dan keselesaan pemanduan.

Ia hadir dengan  skrin infotainmen tengah 10.1 inci, kluster instrumen digital 10.25 inci yang lebih besar, konsol tengah terapung dengan pemilih gear jenis dail serta tempat letak cawan, kerusi pemandu berkuasa elektrik, dan banyak lagi.

Dari segi rangkaian kuasa, eVitara ditawarkan dalam dua varian: motor tunggal FWD dengan kuasa 144 PS dan 189 Nm, serta dwi-motor AWD dengan kuasa lebih tinggi iaitu 184 PS dan 300 Nm.

Ia hadir dengan dua pilihan iaitu 49-kWh khas untuk varian FWD dan 61-kWh untuk kedua-dua FWD dan AWD, yang mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 500 km.

image.png

Apa pula pendapat anda mengenai Suzuki eVitara? Mampukah SUV EV segmen-B ini menjadi langkah elektrifikasi baharu untuk Suzuki Cars Malaysia, dan bagaimana pula ia akan bersaing dengan pencabar dari China yang lebih mampu milik?

Gallery

Tag:

Suzuki Malaysia
SUV EV
Suzuki eVitara
Suzuki eVitara Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Suzuki Fronx Dilancarkan Di Malaysia – Hibrid Pintar, Dari RM147,888

Naza Eastern Motors, pengimport dan pengedar rasmi Suzuki di Malaysia, hari ini secara rasmi melancarkan model crossover kompak terbaru, Suzuki Fronx.

18-11-2025
Kereta Baru

Tempahan Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Dibuka – Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi

Pengimport dan pengedar rasmi kereta Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors, akhirnya membuka tempahan untuk Suzuki Jimny 5-Pintu.

22-04-2024
Kereta Baru

Swift Sport: RM146K

Suzuki Swift Sport Silver Edition masuk Malaysia.

27-10-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Suzuki Jimny Rhino – Model Retro & Ranggi Yang Seronok Dipandu

CariCarz berpeluang untuk menguji Suzuki Jimny Rhino. Ini pendapat jujur kami...

05-10-2023
Kereta Baru

Volvo EX30 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM188,888

Volvo Car Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV elektrik kompak, EX30, untuk pasaran Malaysia. Ini spesifikasinya...

25-09-2024
Global

SUV EV Chery eQ7 Dikemas Kini, Mula Dipasarkan Di China – Teknologi Kabin & Keupayaan Bateri Dipertingkat

Chery baru-baru ini melancarkan versi terkini model SUV elektrik (EV) eQ7 untuk tahun 2025.

26-08-2024
EV

EV Off-Road, Jaecoo J6 Sudah Boleh Ditempah Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Negara jiran kita, Thailand dapat merasai SUV elektrik lasak Jaecoo J6 lebih awal daripada kita selepas tempahannya dibuka secara rasmi.

09-08-2024
EV

SUV Elektrik Inspirasi Sains Fiksyen, XPeng G6, Bakal Dilancarkan Di Malaysia?

Kita boleh menjangkakan beberapa EV daripada XPeng untuk tiba di negara kita. Mungkin ini salah satunya...

18-03-2024

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026