Link Copiedcheck_circle
EV

Tesla Model 3+ Diperkenalkan Di China – Lebih Jauh, Lebih Berkuasa

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tesla-Model3-Plus-China-6.jpg


Tesla memperkenalkan varian baharu bagi Model 3 di China yang dinamakan Tesla Model 3+. Varian ini adalah versi kemaskini untuk model Long Range dengan motor tunggal yang memberikan prestasi lebih hebat dan jarak perjalanan lebih jauh, mencecah 830 km (CLTC). 


Lebih Jauh, Lebih Berkuasa


Tesla-Model3-Plus-China-8.jpgTesla-Model3-Plus-China-1.jpg


Berdasarkan dokumen rasmi yang didaftarkan dengan Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China, Model 3+ dilengkapi motor elektrik tunggal pada roda belakang dengan kuasa sehingga 306 ps (225 kW). Ini membolehkan kereta ini untuk memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 5.2 saat, lebih pantas berbanding varian Rear-Wheel Drive (RWD) biasa yang mengambil masa 6.1 saat.


Bateri Berkapasiti Tinggi Daripada LG


Tesla-Model3-Plus-China-2.jpgTesla-Model3-Plus-China-3.jpg


Model 3+ menggunakan bateri NMC baharu berkapasiti 78.4 kWj yang dibekalkan oleh LG, sama seperti bateri pada varian  Long Range All-Wheel Drive (LR AWD). Dengan penggunaan motor tunggal dan bateri kapasiti tinggi ini, jarak perjalanan maksimum yang diumumkan oleh Tesla adalah sehingga 830 km mengikut piawaian CLTC, jauh lebih tinggi berbanding varian RWD (634 km) dan LR AWD (753 km) di China.


Tesla-Model3-Plus-China-4.jpg


Selain spesifikasi kuasa, tiada perbezaan yang ketara dalam aspek lain antara Model 3+ dengan varian Model 3 lain yang dibangunkan berasaskan Model 3 ‘Highland’ facelift. Varian LR RWD ini telah mula dijual di China dengan harga bermula dari CNY 269,500 (~RM158,666) sebelum pilihan tambahan lain.


Potensi Ketibaan Varian Model 3+ Di Malaysia


Dengan varian LR RWD telah diperkenalkan di pasaran Eropah dan China, timbul persoalan sama ada Model 3+ ini akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Buat masa ini, Tesla Malaysia hanya menawarkan tiga varian Model 3 ‘Highland’ iaitu standard RWD (RM181,000), LR AWD (RM210,000) dan Performance AWD (RM242,000). 


Datang atau tidak? Nantikan perkembangan terkini daripada Tesla Malaysia yang akan kami kongsikan sebaik sahaja ada berita yang ‘singgah’ ke telinga kami. 

Baca: Tesla Di Ambang Kejatuhan? VW Group Kini Kuasai Pasaran EV Eropah

Baca: Tesla Model 3 & MGS5 EV Raih Euro NCAP 5 Bintang

Tag:

Tesla
Tesla China
Tesla Model 3
Tesla Model 3+ China
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

26-09-2025
EV

12-08-2025
EV

10-07-2025
Global

25-06-2025
EV

10-06-2025
Teknologi
Global

05-05-2025

Berita Terkini

EV

Ini Dia Satu Lagi EV Mampu Milik Daripada Proton, Proton e.MAS 5, Tempahan Dibuka 4 Okt Ini, Harga Mungkin BAWAH RM100,000?

PRO-NET mengumumkan bahawa tempahan Proton e.MAS 5 akan dibuka pada 4 Oktober ini secara siaran langsung di media sosialnya.

29-09-2025
EV

Ini Dia SUV GWM Ora 5 Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia

GWM mendedahhkan SUV elektrik terbaharunya, GWM Ora 5 di China, baru-baru ini.

29-09-2025
EV

Proton e.MAS 5 Bakal Tiba Dengan Kabin Hitam?

Nampaknya, Proton e.MAS 5 bakal ditawarkan dalam versi kabin berwarna hitam. Pilihan warna kabin yang gelap ini dipamerkan ‘dalam diam’ oleh Proton di beberapa lokasi roadshow Jelajah MISI 5 yang kini sedang berlangsung.

25-09-2025
EV

Charge+ & XPeng Bekerjasama Bangunkan Pengecas Pantas Rentas Sempadan

Charge+, penyedia stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Asia Tenggara, telah menjalin kerjasama strategik dengan pengeluar EV dari China, XPeng, untuk membina rangkaian pengecasan pengecas pantas rentas sempadan.

25-09-2025
EV

smart Rancang Bangunkan Pengganti Forfour, EV Kecil Yang Praktikal

smart mempertimbangkan penghasilan smart #2 versi empat tempat duduk yang lebih praktikal, menggantikan model kompak smart Forfour.

25-09-2025
EV

Leapmotor B10 Didedah Di Thailand, Harga Di Bawah RM100K

Leapmotor B10 akhirnya membuat penampilannya di Thailand, baru-baru ini.

24-09-2025
EV

Ini Dia Motosikal Pertama Honda Versi Elektrik WN7 – Naked Bike

Honda memperkenalkan Honda WN7, motosikal elektrik pertama mereka ke pasaran Eropah baru-baru ini.

21-09-2025