Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MILI EV Hybrid Jalin Kerjasama Dengan Sarawak Skills Kukuhkan Latihan, Perkhidmatan EV Di Sarawak

Suhana Veru

Kongsi melalui

MoU-SIB-x-Sarawak-Skills.jpg

SIB Mili Sdn. Bhd. (SIB Mili), anak syarikat Sapura Industrial Berhad, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) bagi memperkukuh ekosistem Kenderaan Elektrik (EV) dan Hibrid di Sarawak. 

SIB Mili merupakan antara peneraju baharu di Malaysia dalam penyelesaian servis EV dan Hibrid, latihan serta pensijilan EV, serta kitar semula, pembaikan semula dan guna semula (3R) bateri EV.

MoU ini bertujuan menubuhkan sebuah Pusat Servis EV dan Hibrid khusus di Kuching, yang akan berfungsi sebagai hab servis EV serta platform latihan teknikal dan pembangunan tenaga kerja. Inisiatif ini menyokong aspirasi Sarawak untuk mempercepatkan penggunaan EV di samping melengkapkan bakat tempatan dengan kemahiran masa hadapan.

MoU-SIB-x-Sarawak-Skills---signing.jpg

Di bawah MoU ini, SIB Mili akan menyumbang kepakaran dalam servis, pembaikan dan penyelenggaraan EV bagi melengkapi kekuatan Sarawak Skills dalam latihan teknikal.

Difahamkan, kedua-dua pihak akan membangunkan program bertauliah, memperkukuh inisiatif Train-the-Trainer, dan melahirkan kumpulan juruteknik bertauliah. Kerjasama ini turut bertujuan memperluas infrastruktur servis dan mempercepatkan peralihan Sarawak ke arah mobiliti lestari.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen SIB Mili untuk menerajui bidang servis dan penyelenggaraan EV di Malaysia. Dengan menggabungkan kepakaran teknikal kami bersama kapasiti latihan Sarawak Skills, kami bukan sahaja membina infrastruktur tetapi juga tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk memacu ekosistem EV negara serta mempercepatkan pertumbuhan lestari jangka panjang,” kata En. Mohd Farid Abd Manaf, Pengasas dan Ketua Teknikal SIB Mili Sdn. Bhd.

“Melalui kerjasama ini, kami berbangga dapat memperluas keupayaan dalam teknologi EV dan Hibrid. Inisiatif ini akan memastikan Sarawak berada pada kedudukan terbaik untuk menerima masa depan mobiliti dengan menyediakan latihan berkualiti tinggi serta pendedahan praktikal kepada generasi juruteknik automotif seterusnya,” kata Pengarah Eksekutif Sarawak Skills,  Hallman Sabri.

Bagi Sapura Industrial Berhad, kerjasama ini menandakan satu lagi langkah dalam menyampaikan nilai melalui inovasi dan perkongsian strategik, sekaligus mengukuhkan peranannya sebagai rakan pertumbuhan yang dipercayai dalam sektor automotif dan mobiliti di Malaysia.

Tag:

SIB Mili Sarawak Skills
MOU
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Hyundai dan Singtel Sah Berkolaborasi ke Arah Mobiliti Pintar

Hyundai Motor Company dan Singtel telah menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MOU) untuk bekerjasama.

06-04-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026