Link Copiedcheck_circle
EV

Proton e.MAS 5 Dipratonton Menerusi Kembarnya Geely Xingyuan, e.MAS 5 Bakal Dilancar, Harga Mampu Milik, Mungkin Bawah RM100,000!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Dalam lawatan ke Hunan China pada minggu lepas, Carz.com berpeluang mengunjungi kilang pengeluaran Geely di mana Geely Xingyuan dipasang. 

Difahamkan, model ini yang akan dikenali sebagai Proton e.MAS 5   akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi dalam konfigurasi pacuan kanan (RHD).

image.pngimage.png

Selain itu, kami juga berpeluang singgh di sebuah pengedar Geely untuk melihat Xingyuan dalam versi varian paling tinggi.

Dari segi luaran,jentera ini kelihatan seimbang, manakala bahagian dalaman menampilkan penggunaan bahan sentuhan lembut dimana ia  menjadikan kabin terasa lebih premium.

image.png

Untuk makluman, Proton  e.MAS 5 akan menjadi kenderaan elektrik kedua selepas e.MAS 7. Namun, kedudukannya berbeza kerana ia  lebih kecil, lebih praktikal, dan lebih mampu milik.

image.pngimage.png

Proton telah menyatakan bahawa pihaknya mahu memberi tumpuan kepada saiz, jarak pemanduan, dan kebolehcapaian, sebagai usaha supaya rakyat Malaysia dapat memiliki EV.

Xingyuan memberikan gambaran kukuh tentang apa yang boleh dijangkakan rakyat Malaysia walaupun secara hakikatnya ia lebih kompak, jarak roda 2,650 mm adalah lebih panjang berbanding Proton Iriz dan Perodua Myvi.

image.png

Maka tidak hairanlah,  kabin agak besar manakala tempat duduk belakang mendapat manfaat daripada lantai rata, ada corong udara port USB, serta posisi duduk yang selesa.

Sementara itu, model ini menawarkan ruang sut seluas  375 liter namun jika kerusi belakang direbahkan, ruangnya boleh  ditingkatkan hingga 1,320 liter. Tambahan pula, terdapat ruang frunk seluas 70 liter di hadapan.

image.pngimage.png

Bagi varian jarak lebih jauh, Xingyuan menggunakan motor belakang berkuasa 85 kW dan 150 Nm. Ia mampu memecut dari 0–50 km/j hanya dalam masa 3.9 saat, dimana pecutan itu sebenarnya sudah mencukupi untuk kegunaan di bandar.

image.pngimage.png

Difahamkan, model ini disumbat dengan pek bateri berkapasiti  LFP 40.16 kWh yang mana ia menawarkan  menawarkan jarak sehingga 325 km (kitaran WLTP). Dengan pengecasan pantas DC 71 kW, cas dari 30 ke 80% hanya mengambil masa 21 minit.

Salah satu kelebihan menonjol ialah jejari pusingan hanya 4.95 meter, yang terbaik dalam kelasnya. Ini menjadikan kereta lebih mudah dikendalikan di jalan bandar yang sempit serta kawasan parkir.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan skrin sentuh tengah 14.6 inci serta kluster digital 8.8 inci. Di China, sistem ini menggunakan Flyme OS keluaran Geely.

image.pngimage.png

Untuk Malaysia, Proton akan melengkapkan e.MAS 5 dengan sistem operasi sendiri, ATLAS 3.0, yang dibangunkan bersama AcoTech. Sistem ini sama seperti yang dipratonton dalam X50 terbaharu.

image.pngimage.png

Ciri ini menyertakan pembantu suara “Aisyah”, yang kini boleh bertindak balas dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, manakala Mandarin dan Kantonis juga dalam pertimbangan untuk akan dating.

Pembangunannya model ini   melibatkan ujian selama 336,000 jam dengan lebih 200 suara contoh untuk meliputi 4,000 arahan.

image.pngimage.png

Sistem navigasi pula dioptimumkan untuk kegunaan tempatan, dipacu oleh HERE Maps dengan paparan 3D serta pintasan untuk menukar laluan atau mencari stesen pengecas terdekat.

Seperti e.MAS 7, e.MAS 5 juga dilengkapi dengan peta pengecasan bersepadu, memberikan akses kepada lebih 3,400 poin pengecasan melalui kerjasama dengan 10 pengendali stesen pengecas.

image.pngimage.png

Antara ciri yang ada pada model ini dalah  sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, pengecasan tanpa wayar, kawalan kenderaan berasaskan aplikasi, serta Sistem Amaran Kenderaan Akustik (AVAS) boleh ubah.

Pemandu bahkan boleh memilih nada berbeza atau mematikannya sepenuhnya pada kelajuan rendah.

Dari aspek keselamatan, ia dilengkapi dengan enam beg udara serta kawalan kestabilan elektronik adalah standard.

image.png

Selain itu, terdapat pakej ADAS penuh termasuk kawalan kelajuan adaptif, brek kecemasan automatik, bantuan kekal lorong, pemantauan titik buta, serta kamera 360 darjah.

Kesemua ini memberikan tahap pemanduan separa autonomi Tahap 2, sesuatu yang jarang dijangka dalam kategori saiz dan harga sebegini.

Di China, Geely menawarkan sehingga lima varian bagi Xingyuan, termasuk versi asas dengan lampu depan halogen. Untuk Malaysia, Proton dijangka akan menyusun semula kepada hanya dua varian  iaitu standard dan jarak jauh, sama seperti pendekatan pada e.MAS 7.

image.pngimage.png

Ini bermakna pembeli tempatan berkemungkinan mendapat lampu LED sebagai standard.

Walaupun prototaip e.MAS 5 yang dipratonton sebelum ini di Malaysia mempunyai pintu belakang manual, versi spesifikasi tinggi Xingyuan di China dengan pintu belakang berkuasa elektrik memberi petunjuk ciri ini mungkin hadir pada varian lebih tinggi nanti.

Melihat Xingyuan secara langsung memberikan gambaran jelas tentang apa yang bakal ditawarkan oleh e.MAS 5. Ia kompak tetapi tidak sempit, praktikal tanpa terlalu asas, serta penuh teknologi tetapi tetap mesra pengguna.

Dengan pemasangan tempatan yang dirancang di kilang EV Proton di Tanjung Malim, Perak Proton e.MAS 5 berpotensi menjadi pilihan EV harian yang realistik untuk rakyat Malaysia – satu model yang mampu membawa mobiliti elektrik ke arus perdana, seperti mana yang telah dimulakan oleh e.MAS 7.



Gallery

Tag:

Geely Xingyuan
Proton e.MAS5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Proton e.MAS 5 Ditayang, Harga Dalam RM80,000?

Pihak Proton akhirnya mendedahkan satu lagi model kenderaan elektrik (EV) terbaharunya, Proton e.MAS 5.

08-08-2025

Berita Terkini

EV

Ini Dia Satu Lagi EV Mampu Milik Daripada Proton, Proton e.MAS 5, Tempahan Dibuka 4 Okt Ini, Harga Mungkin BAWAH RM100,000?

PRO-NET mengumumkan bahawa tempahan Proton e.MAS 5 akan dibuka pada 4 Oktober ini secara siaran langsung di media sosialnya.

29-09-2025
EV

Ini Dia SUV GWM Ora 5 Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia

GWM mendedahhkan SUV elektrik terbaharunya, GWM Ora 5 di China, baru-baru ini.

29-09-2025
EV

Proton e.MAS 5 Bakal Tiba Dengan Kabin Hitam?

Nampaknya, Proton e.MAS 5 bakal ditawarkan dalam versi kabin berwarna hitam. Pilihan warna kabin yang gelap ini dipamerkan ‘dalam diam’ oleh Proton di beberapa lokasi roadshow Jelajah MISI 5 yang kini sedang berlangsung.

25-09-2025
EV

Charge+ & XPeng Bekerjasama Bangunkan Pengecas Pantas Rentas Sempadan

Charge+, penyedia stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Asia Tenggara, telah menjalin kerjasama strategik dengan pengeluar EV dari China, XPeng, untuk membina rangkaian pengecasan pengecas pantas rentas sempadan.

25-09-2025
EV

smart Rancang Bangunkan Pengganti Forfour, EV Kecil Yang Praktikal

smart mempertimbangkan penghasilan smart #2 versi empat tempat duduk yang lebih praktikal, menggantikan model kompak smart Forfour.

25-09-2025
EV

Leapmotor B10 Didedah Di Thailand, Harga Di Bawah RM100K

Leapmotor B10 akhirnya membuat penampilannya di Thailand, baru-baru ini.

24-09-2025
EV

Ini Dia Motosikal Pertama Honda Versi Elektrik WN7 – Naked Bike

Honda memperkenalkan Honda WN7, motosikal elektrik pertama mereka ke pasaran Eropah baru-baru ini.

21-09-2025