Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

TQ Wuling Bingo Dipasang Secara Tempatan Bermula Disember 2025

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas ditayangkan di Malaysia Autoshow 2025 pada awal tahun ini, nampaknya, Wuling Automobile (SGMW) dari China bakal memulakan pemasangan tempatan (CKD) model EV pertamanya di Malaysia, iaitu TQ Wuling Bingo pada Disember ini.

image.png

Berdasarkan laporan Bernama,operasi CKD bagi Bingo EV akan berlangsung di kilang Tan Chong Motor Assembly (TCMA), Segambut, Kuala Lumpur pada Disember tahun ini. 

image.pngimage.png

Timbalan Pengurus Besar SGMW, Dehong Han, menyatakan bahawa kenderaan pertama untuk pasaran Malaysia dijangka siap menjelang hujung tahun atau selewat-lewatnya Januari 2026.

“ASEAN kini merupakan pasaran utama fokus kami,” katanya kepada Bernama semasa lawatan wartawan Asia-Pasifik ke pangkalan SGMW Baojun baru-baru ini.

image.png

Dengan operasi CKD bakal bermula tidak lama lagi, Malaysia akan menjadi negara keempat di Asia Tenggara bagi SGMW, selepas Indonesia, Thailand, dan Vietnam. Buat masa ini, SGMW mengesahkan kilang CKD baharu itu hanya akan memasang Bingo EV,

Di pasaran serantau, SGMW memiliki beberapa model pacuan kanan (RHD), termasuk model khusus Indonesia seperti Wuling Almaz, Wuling Confero, Wuling Cortez dan banyak lagi.

Bagi yang belum mengenali SGMW, syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2002 melalui kerjasama dengan gergasi automotif China SAIC Motor, bersama General Motors (China) dan Guangxi Automobile Group Co Ltd.

Di bawah naungan jenamanya, SGMW mengendalikan Wuling dan Baojun, serta memasang beberapa model Chevrolet untuk pasaran China.

Dengan operasi CKD akan dimulakan tidak lama lagi, TQ Wuling Bingo dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini dengan harga anggaran bawah RM100,000.

Jika menjadi kenyataan, Bingo berpotensi menjadi EV paling mampu milik di pasaran Malaysia, sekurang-kurangnya sebelum pelancaran Proton e.MAS 5 dan Perodua QV-E.


Gallery

Tag:

TQ Wuling Bingo EV
Wuling Bingo CKD
Wuling Bingo
CKD EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Nak Tukar EV? Caricarz Automall Tawar TQ Wuling Bingo Harga Mampu Milik

Caricarz Automall menawarkan Tq Wuling Bingo EV terpakai pada harga sangat berbaloi.

05-05-2026
EV

TQ Wuling Pasang Bingo EV Di Segambut, KL

TQ Wuling secara rasmi mengumumkan permulaan pemasangan tempatan (CKD) untuk TQ WULING Bingo EV di fasiliti pembuatan milik Kumpulan Tan Chong di Segambut, Kuala Lumpur.

22-01-2026
Kereta Baru

Tempahan Untuk TQ Wuling Bingo Elektrik Sudah Dibuka, Ada 2 Varian

TQ Wuling Bingo sudah dibuka untuk tempahan sekali gus memberi bayangan model ini akan dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan, tidak lama lagi.

20-11-2025
EV

Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

TQ Wuling Bingo akan menyertai acara KL Car-Free Morning pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur.

28-07-2025
EV

TQ Wuling Pasang Bingo EV Di Segambut, KL

TQ Wuling secara rasmi mengumumkan permulaan pemasangan tempatan (CKD) untuk TQ WULING Bingo EV di fasiliti pembuatan milik Kumpulan Tan Chong di Segambut, Kuala Lumpur.

22-01-2026
EV

Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

TQ Wuling Bingo akan menyertai acara KL Car-Free Morning pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur.

28-07-2025
EV

EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).

05-05-2025
Global

Wuling Bingo S Dari RM40K Di Pasaran China – Lebih Praktikal, 430 KM

Muncul versi lebih besar di pasaran China, Wuling Bingo S, yang dijual pada harga bermula dari CNY 68,800. Ini spesifikasinya...

26-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026