Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

VCM Dedah Volvo XC60 2025 Sudah Masuk Malaysia, Harga Bermula Dari RM333,888

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasmi mengumumkan ketibaan model  paling laris secara global yang sudah diperbaharui lagi iaitu  Volvo XC60 2025.

Untuk pasaran tempatan, XC60  dalam dua varian versi pemasangan tempatan (CKD): Volvo XC60 baharu kini ditawarkan dalam dua varian iaitu; XC60 T8 AWD Plug-in Hybrid ( harga anggaran bermula RM367,888) dan  XC60 B5 AWD Mild Hybrid – harga anggaran bermula RM333,888*.

Harga ini termasuk waranti asas kenderaan selama 5 tahun tanpa had perbatuan, serta waranti bateri voltan tinggi (HV) khusus untuk varian PHEV selama 8 tahun atau 160,000 km.

Seperti yang diperincikan semasa pelancaran global awal tahun ini, versi 2025MY XC60 kini hadir dengan reka bentuk gril baharu yang agak sama  dengan model flagship SUV mewah XC90 dan EX90.

image.pngimage.png

Versi kali ini dilihat ia didatangkan dengan gril depan yang telah direka semula, lampu belakang digelapkan serta hadir dengan rekaan rim aloi baharu. Perubahan luaran ini disempurnakan dengan dua pilihan warna baharu, Forest Lake dan Bright Dusk.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, XC60 2025 kini menampilkan paparan infotainmen sesentuh Google built-in bersaiz 11.2 inci. Paparan ini digandingkan dengan sistem audio premium Bowers & Wilkins surround.

image.pngimage.pngimage.png

Perubahan lain di kabin termasuk kedudukan pad pengecasan tanpa wayar yang dialihkan, serta ruang pemegang cawan dan ruang kargo yang lebih fleksibel.

Dari segi mekanikal, tiada sebarang perubahan yang ketara.. Varian B5 AWD masih menggunakan enjin 2.0 liter 4-silinder turbo petrol dengan bantuan 48-volt Integrated Starter Generator (ISG) yang menghasilkan 249 hp dan 350 Nm.

image.pngimage.png

Kuasa ini dihantar ke keempat-empat roda melalui transmisi 8-kelajuan automatik dengan sistem all-wheel-drive (AWD), sekali gus  membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 6.9 saat serta catatan penggunaan bahan api pula ialah 7.6 liter/100 km.

Varian T8 AWD PHEV pula kekal tanpa perubahan mekanikal. Ia menggabungkan enjin turbo petrol 2.0 liter 4-silinder bersama motor elektrik dan pek bateri 19 kWh, dengan output keseluruhan 462 hp dan 709 Nm.

Enjinnya digandingkan dengan transmisi 8-kelajuan automatik + AWD, yang mana varian ini mampu melakukan pecutan dari 0-100 km/j hanya dalam masa 4.8 saat, dengan penggunaan bahan api serendah 1.6 liter/100 km serta jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 81 km.

image.png

Menariknya, VCM menambah bahawa varian tertinggi ini akan didatangkan dengan pilihan sistem suspensi udara (air suspension suite) sebagai naik taraf percuma untuk tempoh terhad.

Dari aspek keselamatan, Volvo XC60 2025 untuk Malaysia masih mengekalkan kelengkapan fitur ADAS Volvo seperti kawalan jelajah adaptif, bantuan kekal lorong, dan pencegahan pelanggaran.

Bagi yang berminat, Volvo XC60 2025 yang diperbaharui ini sudah pun dipamerkan di semua pengedar dan bilik pameran sah di seluruh negara.

Gallery

Tag:

2026 Volvo XC60
Volvo Car Malaysia (VCM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Berita Auto

S60, S90 Habis Dijual, ES90 Pula Bakal Menyusul Tetapi EM90 Tak Masuk Malaysia, Harap Maklum!

VCM mengesahkan bahawa model sedan S60 dan S90 sudah habis dijual setakat ini manakala selepas ini ES90 bakal menyusul di pasaran tempatan tidak lama lagi.

21-06-2025
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Volvo EX90 & XC90 Baharu Kini Dibuka

VCM secara rasmi membuka ROI untuk dua model SUV mewahnya, iaitu kenderaan elektrik (EV) Volvo EX90 dan hibrid plug-in (PHEV) Volvo XC90.

03-03-2025
Berita Auto

Volvo Car Malaysia Jual 1,953 Unit Tahun 2024 – Jualan EV Makin Rancak

Volvo Car Malaysia (VCM) melabuhkan tirai tahun 2024 dengan kejayaan besar dalam segmen kenderaan elektrik penuh (BEV).

07-02-2025
Berita Auto

Hari Lahir Volvo: Nikmati Pelbagai Tawaran

Para pelanggan berpeluang menikmati percutian ke Sweden.

15-04-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Kereta Baru

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025
Kereta Baru

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
Kereta Baru

Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).

16-12-2025
Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025
Kereta Baru

SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.

09-12-2025