Link Copiedcheck_circle
Global

Chery Tiggo 7 & 8 PHEV CSH Capai Euro NCAP 5 Bintang Selepas Penambahbaikan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-Tiggo7-PHEV-EuroNCAP-4.jpg


Dua model hibrid plug-in terbaru dari Chery, iaitu Tiggo 7 dan Tiggo 8 PHEV CSH, berjaya memperoleh penarafan lima bintang penuh dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP) yang dijalankan baru-baru ini.


Peningkatan Skor Keselamatan


558981568_1273325558173166_2536765209685489407_n.jpg561635004_1273325738173148_5411327338826004420_n.jpg


Dalam penilaian terbaru ini, kedua-dua SUV hibrid tersebut mencatatkan peningkatan prestasi dengan skor keseluruhan sebanyak 82% bagi kategori penumpang dewasa, 85% untuk penumpang kanak-kanak, 80% bagi pengguna jalan raya yang terdedah dan 78% dalam kategori bantuan keselamatan.


Sebelum ini, pada bulan Julai tahun ini, kedua-dua model ini hanya memperoleh empat bintang disebabkan kelemahan dalam kategori perlindungan kepala kanak-kanak semasa menerima impak hentaman dari sisi.


Penambahbaikan Sistem Perlindungan


Chery-Tiggo7-PHEV-EuroNCAP-2.jpgChery-Tiggo7-PHEV-EuroNCAP-1.jpg


Bertindak berdasarkan saranan daripada Euro NCAP, syarikat automotif dari Wuhu itu telah memperbaiki sistem perlindungan pada kedua-dua SUV, dan isu tersebut disahkan selesai melalui ujian penilaian semula, menjadikan kedua-duanya berjaya mencapai penarafan lima bintang. 


Pengarah Program Euro NCAP, Dr. Aled Williams berkata, “Euro NCAP sangat menghargai contoh pengeluar kereta yang bertindak balas secara positif terhadap keputusan ujian keselamatan bebas dan ketat kami. Chery mengambil tindakan pantas membetulkan masalah yang telah dikenal pasti dan pembaikan ini telah menaikkan penarafan Tiggo kepada lima bintang. Mencapai penarafan keselamatan tertinggi adalah untuk manfaat pengguna.”


Chery-Tiggo7-PHEV-EuroNCAP-3.jpgChery-Tiggo7-PHEV-EuroNCAP-6.jpg


Penarafan terbaru ini turut mengukuhkan rekod cemerlang Chery yang sering mendapat lima bintang dalam pelbagai ujian keselamatan di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, model Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro Max versi Australia berjaya memperoleh pengiktirafan lima bintang melalui  Program Penilaian Keselamatan Kenderaan Baharu Australasia (ANCAP). Di samping itu, Chery Omoda 5 juga meraih skor lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).


Ujian Keselamatan Tambahan di Seluruh Dunia


Selain daripada ujian pelanggaran, Chery juga menjalankan pelbagai ujian ketahanan global bagi memastikan tahap keselamatan tinggi kenderaan mereka. Antaranya, Tiggo 7 PHEV berjaya melepasi ujian kemalangan bateri dengan kelajuan tinggi di Mexico. Manakala, bateri Tiggo 8 PHEV pula diuji ketahanan dalam ujian rendaman air laut selama lebih 50 jam di Indonesia.

Baca: Tiggo 7 PHEV CSH Terbukti Lasak, Lulus Ujian Sagat Bateri Di Mexico

Baca: Chery Tiggo 7 PHEV CSH & Tiggo 8 PHEV CSH Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV Termurah Malaysia? Dari RM129K

Tag:

Chery
Chery Euro NCAP
Tiggo 7 PHEV CSH Euro NCAP
Tiggo 8 PHEV CSH Euro NCAP
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-02-2026
Global

06-02-2026
Global

29-01-2026
Global

26-01-2026
Berita Auto

09-01-2026
Global

02-01-2026
Global

26-12-2025
EV

23-12-2025

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026