Link Copiedcheck_circle
Global

Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.pngimage.png

Generasi terkini  Ford Ranger dan Everest T6 yang telah menerima beberapa penambahbaikan  untuk model tahun 2026, didedahkan kepada pihak media di Australia, pagi tadi.

Melihat bahagian luarannya, ia menerima perubahan yang tidak begitu kerana ia cuma membabitkan pilihan warna baharu dan rekaan rim aloi baharu serta trim. Hakikatnya, rekaan luaran kedua-dua model masih kekal hampir sama seperti sebelumnya.

Bagaimanapun,  semua varian hadir standard kini hadir  dengan kawalan suhu dwi-zon serta skrin infotainmen  bersaiz 12 inci. Varian Ranger Wildtrak sebagai model tertinggi turut menerima lampu hadapan Matrix LED baharu dan sistem audio Bang & Olufsen yang lebih premium.

Dari segi mekanikal, terdapat satu perubahan besar, dimana model yang menggunakan  enjin diesel 2.0 liter 4-silinder bi-turbo digantikan dengan enjin diesel 2.0 liter 4-silinder baharu berkonfigurasi turbo tunggal.

image.png

Malangnya, enjin ini hanya mampu menghamburkan kuasa setakat 170 PS dan tork 405Nm, berbanding unit yang digantikannya walaupun ia hadir dengan timing chain serta penyuntik bahan api baharu.

Untuk makluman, enjin 2.0 liter 4-silinder bi-turbo pada Ranger yang sedia ada  menghasilkan kuasa setakat 210 PS dan 500 Nm. Malah, enjin turbo-diesel baharu ini masih dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan Ford serta sistem pacuan empat roda separa masa (part-time 4WD).

image.png

Perubahan yang dilakukan bukan untuk pasaran tertentu sebaliknya disebabkan   usaha rasionalisasi global Ford sendiri untuk Ranger dan Everest. Ford turut menyatakan bahawa enjin baharu ini adalah pilihan paling popular dalam barisan Ranger.

Ford juga telah memperluaskan penawaran enjin 3.0 liter V6 turbo-diesel untuk pelbagai varian. Untuk pasaran Australia, enjin V6 tersebut kini ditawarkan pada 13 daripada 22 varian Ranger berenjin diesel, berbanding hanya 5 varian sebelum ini.

Bagi Everest, enjin V6 tersebut kini turut ditawarkan untuk varian asas, serta varian Ambiente pertengahan dan varian Active baharu yang kini menjadi trimline tertinggi menggantikan varian Trend sebelum ini.

image.png

Selain itu, tiada perubahan mekanikal lain yang diperkenalkan. Sistem pacuan empat roda separa masa (4WD) juga dikekalkan.

Kita mungkin boleh menjangkakan perubahan yang sama akan berlaku untuk Ranger dan Everest di pasaran ASEAN, mungkin sekitar tahun depan.

Gallery

Tag:

Ford
Ford Ranger
Ford Everest
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu

FMS digunakan untuk tujuan khidmat penyelenggaraan serta kerja baik pulih ringan secara terus ke lokasi pelanggan.

11-06-2025
Gaya Hidup

Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!

Auto ConneXion merupakan antara enam pengedar di dunia kerana menawarkan CSR yang cukup cemerlang.

27-03-2025
Berita Auto

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Berita Auto

Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang

Pengedar rasmi Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConneXion (AutoConneXion), memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan Pusat 3S baharu di Seberang Perai, Pulau Pinang.

20-02-2025
Kereta Baru

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Kereta Baru

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024
Global

Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini

Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.

26-02-2024

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026