- Berita
- Berita Auto
- GWM Malaysia Tawar Hadiah Cabutan RM150,000, Pakej Waranti, 'Trade-In' Menarik
GWM Malaysia Tawar Hadiah Cabutan RM150,000, Pakej Waranti, 'Trade-In' Menarik

Sempena sambutan ulang tahun ketiga, Great Wall Motor (GWM) Malaysia bukan sahaja melancarkan model yang dikemaskini, Ora Good Cat Ultra 2025 dan varian baharu yang sporty, Ora Good Cat GT, tetapi turut mengumumkan pelbagai ganjaran yang mengujakan.
Good Cat GT & Ultra Kini Di Pasaran, Harga Rebat Menarik



Ora Good Cat GT
Barisan kenderaan elektrik (EV) hatchback Ora Good Cat kini diperbaharui dengan dua varian yang ditawarkan pada harga istimewa, termasuk rebat yang sah sehingga 31 Disember 2025:
- Ora Good Cat Ultra: RM109,900.
- Ora Good Cat GT: RM119,800.
Rebut iPhone 17, PS5 & Cabutan Bertuah RM150,000
Sehingga 31 Disember ini, GWM Malaysia mengadakan kempen 'Book and Win' dengan hadiah bernilai sehingga RM150,000. Berikut adalah hadiah yang ditawarkan:
- Hadiah Serta-Merta: Setiap tempahan kenderaan GWM memberi peluang untuk memenangi sampul hadiah secara serta-merta. Sebanyak 25 pelanggan bertuah akan dipilih.
- Hadiah Utama: Pelanggan yang mendaftarkan kenderaan GWM baharu berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti Apple iPhone 17, Sony PlayStation 5 (PS5) dan pembersih vakum premium Dyson.
Tawaran 'Trade-In' & Pakej Waranti Yang Menarik



Turut diumumkan adalah tawaran istimewa trade-in dan pakej waranti yang menarik untuk model-model lain yang kini ditawarkan di pasaran tempatan:

Senarai jumlah trade-in dan waranti yang ditawarkan untuk setiap model GWM Malaysia.
MPV Mewah Wey G9 Sah CKD

MPV mewah Wey G9 PHEV bakal dilancarkan tidak lama lagi.
GWM Malaysia turut mengesahkan dua rancangan penting iaitu:
- MPV Wey G9 PHEV: Model MPV mewah PHEV yang telah dipertontonkan baru-baru ini disahkan akan dilancarkan secara rasmi ‘tidak lama lagi'. Model ini juga akan dipasang secara tempatan (CKD), bermakna kita menjangkakan harga jualan yang menarik jiwa.
- Pertambahan Produk Haval: GWM juga mengesahkan rancangan untuk memperluaskan lagi barisan model SUV di bawah subjenama Haval (banyak petunjuk menjurus ke arah model Jolion).
Ketua Pegawai Operasi (COO) GWM Malaysia, Roslan Abdullah, menegaskan komitmen jangka panjang syarikat: "GWM berada di sini bukan untuk jangka masa pendek. Kami di sini untuk membina kepercayaan jangka panjang dengan rakyat Malaysia melalui produk, kakitangan dan kerjasama kami."

COO GWM Malaysia, Roslan Abdullah (kanan) bersama Pengarah Urusan, Cui Anqi (kiri) di majlis pelancaran EV GWM Ora Good Cat semalam.
Pengumuman ini mengukuhkan komitmen GWM di Malaysia, terutamanya selepas mencatat pencapaian yang membanggakan dengan pertumbuhan jualan sebanyak 83% dari awal tahun hingga kini (YTD). Malah, jualan keseluruhan pada separuh pertama tahun 2025 telah melepasi jumlah jualan GWM sepanjang tahun 2024.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv