Link Copiedcheck_circle
Global

Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang

Sofea Najmi

Kongsi melalui

img_3.jpg


Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche. 


Tetapi… seperti yang telah kita saksikan pada Macan generasi kedua, keputusan untuk beralih sepenuhnya kepada versi elektrik mungkin kurang sesuai buat masa ini, kerana ia secara tidak sengaja 'meninggalkan' pembeli setia yang belum bersedia untuk ‘melompat’ ke arah EV. Dan untuk model SUV yang laris ini, bermakna Porsche berisiko kehilangan ramai pelanggan.


Jangan Risau, Sebab…


img_9.jpg


Porsche dilaporkan telah mengesahkan bahawa Cayenne generasi semasa (ketigas) versi enjin pembakaran dalaman (ICE) akan terus ditawarkan buat masa ini. Menurut sumber yang dipetik oleh Autocar UK, Cayenne masih akan ditawarkan dalam tiga pilihan trenkuasa termasuk petrol, hibrid dan elektrik. Anggaran 'kehidupan' versi trenkuasa ini adalah sehingga “jauh ke tahun 2030-an.”


"Kami akan terus membangunkan Cayenne dengan sistem pembakaran dan hibrid yang cekap sehingga dekad akan datang," kata Ketua Pemasaran Porsche, Matthias Becker, kepada portal tersebut. 


Cayenne Sedia Ada Akan Terus Diberi Penambahbaikan


web_press_SDAP_TRX-roadshow-2025-highlights_-7.jpgweb_press_SDAP_TRX-roadshow-2025-highlights_-5.jpg


Porsche sebelum ini dilaporkan  telah mengesahkan bahawa mereka akan terus membangunkan dan memberikan "naik taraf selanjutnya" kepada Cayenne generasi semasa. Walaupun tempoh masa tidak didedahkan, memandangkan model itu baru sahaja menerima penyegaran semula yang menyeluruh pada 2023, perubahan yang akan dibuat dijangka tidak akan berlaku dalam masa terdekat. 


Untuk pengetahuan pembaca, Cayenne generasi ketiga facelift diperkenalkan pada April 2023, dan sejak itu pilihan bagi model ini terus berkembang melalui penawaran varian PHEV di samping ICE.


Porsche Cayenne Di Malaysia


Di Malaysia, ini mungkin petanda bahawa usaha pemasangan tempatan (CKD) Cayenne facelift, termasuk varian standard dan S E-Hybrid Coupe, akan diteruskan seperti biasa.


Pengecualian cukai EV CBU yang akan berakhir tidak lama lagi akan menaikkan harga Cayenne Electric baharu di luar kemampuan pasaran. Untuk makluman, dengan insentif, harga Macan Electric bermula dari RM430,000 dan Taycan dari RM575,000, tetapi angka ini dijangka meningkat hampir sekali ganda selepas 1 Januari 2026.

Tag:

Porsche Cayenne Electric
Porsche
Porsche EV
Porsche Elektrik
Porsche ICE
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Cayenne Electric Diperkenalkan, Model Paling Berkuasa Porsche Setakat Ini, Capai 1,140 HP!

Jenama kereta sport ikonik Jerman, Porsche, akhirnya memperkenalkan Porsche Cayenne Electric!

20-11-2025
EV

Teknologi EV Porsche Cayenne Electric Didedahkan – 113 kWj, Lebih 600 KM, Cas Sepantas 16 Minit!

Menjelang kemunculan rasmi Porsche Cayenne Electric (Cayenne EV) yang dijangka bakal berlangsung dalam beberapa minggu lagi, Porsche mendedahkan platform dan teknologi bateri yang bakal disematkan pada SUV elektrik terbarunya itu.

28-10-2025
EV

Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.

07-07-2025
Global
Kereta Baru

Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta

Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.

29-09-2025
Global

Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik

Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.

12-08-2025
Global

Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!

17-07-2025
Global

Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.

11-07-2025

Berita Terkini

Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026