Link Copiedcheck_circle
EV

Teknologi EV Porsche Cayenne Electric Didedahkan – 113 kWj, Lebih 600 KM, Cas Sepantas 16 Minit!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

img_17.jpg


Menjelang kemunculan rasmi Porsche Cayenne Electric (Cayenne EV) yang dijangka bakal berlangsung dalam beberapa minggu lagi, Porsche mendedahkan platform dan teknologi bateri yang bakal disematkan pada SUV elektrik terbarunya itu. 


Teknologi Bateri Yang Lebih Canggih


Cayenne EV disahkan akan dibina di atas Premium Platform Electric (PPE) yang telah dipertingkat. Platform ini yang turut digunakan pada Macan Electric, menampilkan sistem elektrik 800 volt yang terkenal dengan keupayaan pengecasan berkepantasan tinggi.


Model ini menggunakan bateri Lithium-ion berkapasiti tinggi, 113 kWj, yang diintegrasikan ke dalam struktur lantai kenderaan dan terdiri daripada enam modul yang boleh ditukar ganti, merangkumi 192 sel kantung (pouch cells) bersaiz besar. Pek bateri dilindungi oleh struktur aluminium yang direka khas untuk menyerap tenaga hentaman secara terarah (targeted energy absorption manner)  jika berlaku kemalangan.


img.jpgimg_4.jpgimg_5.jpg


Porsche mendakwa terdapat peningkatan sebanyak 12% dalam kecekapan pembungkusan antara sel dan perumah bateri berbanding bateri Taycan generasi kedua, yang menyumbang kepada penjimatan berat dan reka bentuk yang lebih padat.


Sel bateri yang digunakan dalam Cayenne EV terdiri daripada bahan anod silikon-grafit dan katod nikel-mangan-kobalt-aluminium (NMCA). Kandungan nikel yang tinggi sehingga 86% menjadikan tahap ketumpatan tenaganya tinggi. Penggunaan silikon pada anod pula berfungsi meningkatkan keupayaan pengecasan pantas.


Secara keseluruhannya, Porsche yakin pek bateri Cayenne EV dengan kapasiti 113 kWj ini mampu menawarkan julat pemanduan gabungan WLTP "melebihi 600 km". Laporan dari wartawan Amerika yang berpeluang memandu model prototaip awal mendedahkan mereka berjaya mencatatkan perjalanan sejauh 563 km dengan sekali cas. Bagaimanapun, dalam ujian tersebut, kelajuan dihadkan pada 113 km/j.


Pengecasan Sepantas 16 Minit


img_3.jpgimg_1.jpgimg_2.jpg


Sistem 800 volt membolehkan Cayenne EV menerima input pengecasan pantas DC setinggi 400 kW. Keupayaan luar biasa ini diterjemahkan kepada masa pengecasan yang singkat, di mana hanya dalam masa 16 minit, bateri boleh dicas dari 10% ke 80%. Dedah Porsche, dengan hanya 10 minit pengecasan, mampu menambah jarak perjalanan sehingga 300 km!


Porsche turut menekankan bahawa kadar pengecasan kekal konsisten antara 350 hingga 400 kW sehingga kira-kira 50% tahap cas (SoC). Ini bermakna Cayenne EV mampu mengekalkan kuasa pengecasan yang tinggi untuk tempoh masa yang lebih lama, ciri yang unik jika dibandingkan dengan kebanyakan EV lain. 


Sistem pengecasan optimum ini boleh dicapai walaupun pada suhu bateri serendah 15 darjah Celsius, bermaksud ia mampu bertahan dalam pelbagai keadaan cuaca dunia sebenar. Ini juga bermakna bahawa di pasaran yang hanya mempunyai stesen 400 volt, Cayenne EV masih boleh mencapai kelajuan pengecasan DC sehingga 200 kW tanpa memerlukan booster tambahan.


Pengurusan Haba Pintar Untuk Memanjangkan Hayat Bateri


img_6.jpgimg_7.jpgimg_8.jpg


Untuk memastikan bateri beroperasi dalam julat suhu optimum, Porsche melengkapkan Cayenne EV dengan sistem penyejukan yang mengawal suhu bateri dari atas dan bawah.


Kapasiti penyejukan ini bersamaan dengan kira-kira 100 peti sejuk rumah yang bersaiz besar. Selain itu, buat pertama kalinya, ia menggunakan kipas tekanan yang cekap tenaga, yang 15% lebih efisien berbanding kipas sedutan konvensional.


Sistem terma ini dikendalikan oleh teknologi baharu Predictive Thermal Management yang menghubungkan litar penyejukan dan pemanasan kenderaan. Sistem ini sentiasa menguruskan suhu bateri berdasarkan persekitaran dan profil pemanduan bagi memastikan bateri kekal pada suhu terbaik. Sistem ini berfungsi bersama-sama dengan ciri Charging Planner yang dipertingkatkan.


Dunia EV berkembang dengan begitu pantas, dari waktu cas yang berjam lamanya kini hanya beberapa minit, dari jarak EV yang sangat terhad kepada jarak yang cukup jauh, agaknya apakah lagi ciri luar biasa lain yang masih disembunyikan Porsche untuk model ini? Nantikan perkembangannya yang akan kami kongsikan dari masa ke masa di CarzAutomedia. 

Baca: Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

img_14.jpg

Tag:

Porsche Cayenne Electric
Cayenne EV
Cayenne PPE
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.

07-07-2025

Berita Terkini

EV
MITI Dedah 5,149 Pengecas EV Sudah Dipasang Setakat 30 Sept

MITI Dedah 5,149 Pengecas EV Sudah Dipasang Setakat 30 Sept

Walaupun jumlah keseluruhan pengecas EV awam masih belum mencapai sasaran, jumlah bagi pengecas jenis DC telah melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 114 peratus.

31-10-2025
EV
EV Kecil, GWM Ora Good Cat & Versi Sporty, GT, Terbaru Bakal Dilancarkan 6 November Ini

EV Kecil, GWM Ora Good Cat & Versi Sporty, GT, Terbaru Bakal Dilancarkan 6 November Ini

Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengesahkan tarikh pelancaran rasmi untuk model hatchback elektrik, GWM Ora Good Cat 2025 yang diperbaharui, berserta varian sporty, Good Cat GT.

31-10-2025
EV
BYD Seal 6 Tampil Eksklusif Dalam Warna Ivory Gold – Harga Sama, Terhad 100 Unit

BYD Seal 6 Tampil Eksklusif Dalam Warna Ivory Gold – Harga Sama, Terhad 100 Unit

BYD Cars Malaysia memperkenalkan versi eksklusif edisi terhad bagi model sedan elektrik terbarunya, BYD Seal 6, yang kini hadir dalam pilihan warna baharu, Ivory Gold.

30-10-2025
EV
BYD Seal 2025 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Skor Paling Tinggi Diterima EV Di Rantau Asia

BYD Seal 2025 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Skor Paling Tinggi Diterima EV Di Rantau Asia

Model sedan elektrik penuh (EV) BYD Seal 2025 kini secara rasmi disahkan sebagai antara jentera paling selamat setelah berjaya merangkul penarafan 5 bintang penuh dalam ASEAN NCAP.

30-10-2025
EV
JMS 2025: Racco, Kei Car Pertama BYD

JMS 2025: Racco, Kei Car Pertama BYD

BYD telah melancarkan model kei car pertamanya, BYD Racco, sekali gus mencabar pengeluar kereta kei car dari Jepun.

29-10-2025
EV
Leapmotor B10 Dah Masuk Malaysia, Gambar Intipan Tersebar

Leapmotor B10 Dah Masuk Malaysia, Gambar Intipan Tersebar

Leapmotor B10 dikesan diuji di Malaysia.

29-10-2025
EV
Kia EV4 GT Ditunjuk Dengan Pelekat Penyamaran Sebelum Dilancar Tahun Depan

Kia EV4 GT Ditunjuk Dengan Pelekat Penyamaran Sebelum Dilancar Tahun Depan

Kia mendedahkan imej rasmi model elektrik terbaharunya Kia EV4 GT, baru-baru ini.

29-10-2025
EV
Teknologi EV Porsche Cayenne Electric Didedahkan – 113 kWj, Lebih 600 KM, Cas Sepantas 16 Minit!

Teknologi EV Porsche Cayenne Electric Didedahkan – 113 kWj, Lebih 600 KM, Cas Sepantas 16 Minit!

Menjelang kemunculan rasmi Porsche Cayenne Electric (Cayenne EV) yang dijangka bakal berlangsung dalam beberapa minggu lagi, Porsche mendedahkan platform dan teknologi bateri yang bakal disematkan pada SUV elektrik terbarunya itu.

28-10-2025