Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gempar: MITI Perketat Syarat Import EV CBU 2026! Harga Wajib Lebih RM250K!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-Nio-Firefly-EV.jpg


Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) baru sahaja mengemaskini syarat bagi syarikat AP Francais yang ingin membawa masuk kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) bermula 1 Januari 2026.


Langkah drastik ini dilihat sebagai isyarat jelas bahawa kerajaan mahu 'memaksa' pengeluar beralih kepada pemasangan tempatan (CKD) sekiranya ingin menjual model mampu milik. 


Apakah Syarat Baharu Bagi EV CBU Yang Diimport Melalui AP Francais?


AP-Francais-CBU-Malaysia-2.pngAP-Francais-CBU-Malaysia-1.png


Berdasarkan dokumen garis panduan terbaharu yang tular di laman LinkedIn, model-model EV baharu (permohonan baharu) yang akan diimport selepas 1 Januari 2026 wajib mematuhi kriteria ketat berikut:

  • Had Kuasa Minimum: Hanya kereta penumpang dengan kuasa motor elektrik minimum 200 kW sahaja yang dibenarkan.
  • Harga Jualan Atas Jalan (OTR): Harga OTR mestilah melebihi RM250,000 seunit.
  • Pensijilan: Setiap model perlu mempunyai pensijilan UNR100 versi 3 dan mematuhi piawaian MS ISO:17840.

Bagaimana Dengan Model EV Yang Sudah Diluluskan Sebelum Ini?


Polisi baharu ini tertumpu kepada JENAMA kenderaan baharu yang tidak pernah diluluskan di bawah mana-mana syarikat AP Francais sebelum ini.

  • Polisi RM100k Kekal: Bagi jenama kenderaan yang sudah mendapat kelulusan sedia ada, syarat harga jualan minimum RM100k masih terpakai.
  • Cukai & Duti: Perlu diingat, walaupun kereta-kereta di bawah jenama sedia ada kekal dengan harga minimum tersebut, ia tetap tertakluk kepada duti dan cukai baharu yang bakal dilaksanakan tahun hadapan.

Apa Nasib Jenama Seperti Tesla Dan Jenama EV Lain Selepas Ini?


social_CariCarz_Tesla-Model-Y-Malaysia-Launch_-12.jpg


Syarat baharu ini menimbulkan tanda tanya mengenai hala tuju pasaran EV di Malaysia menjelang 2026:

  • Status Tesla: Tesla memasuki Malaysia melalui skim khas yang berbeza (bukan di bawah AP Francais). Memandangkan jenama ini masih belum mempunyai pelan CKD buat masa ini, adakah mereka juga akan terkesan dengan struktur harga baharu ini?
  • Jenama Baharu Dari China: Bagi jenama China yang merancang untuk masuk ke Malaysia dengan model bajet secara CBU, rancangan mereka mungkin terpaksa dibatalkan atau beralih terus kepada fasa CKD untuk kekal kompetitif.
  • Persaingan Premium: Pasaran CBU selepas ini mungkin hanya akan dibanjiri oleh model-model "High Performance" yang mahal, manakala segmen bawah RM250k akan menjadi ‘medan tempur’ utama model CKD.

Mengapa Kerajaan Begitu Agresif Mengawal Kemasukan Model CBU?


web_TA_CariCarz_Proton-e.MAS-5_First-Drive_EXT_-1.jpg


Langkah ini adalah sebahagian daripada strategi untuk melindungi pelaburan industri automotif tempatan. Dengan mengenakan harga lantai yang tinggi bagi CBU:

  • Galakan CKD: Syarikat automotif tidak lagi mempunyai pilihan selain membina kilang pemasangan di sini untuk mengekalkan harga bawah RM250k.
  • Pembangunan Ekosistem: Menggalakkan pemindahan teknologi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan mahir dalam sektor EV tempatan.

Tag:

MITI
EV Malaysia
EV CBU
AP Francais
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
EV

Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?

MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan

06-02-2026
EV

MITI Makin Tegas, Pasaran Malaysia Bukan 'Tong Sampah' Untuk EV Murah Tanpa Nilai Tambah

Kerajaan Malaysia kini memberi isyarat jelas untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU).

05-02-2026
Berita Auto

MITI Ubah Dasar 'Dalam Diam', Harga Lantai RM250K Kini Untuk “Model” EV Baharu

Apa yang pada mulanya dianggap sebagai pindaan kecil dalam garis panduan automotif kini nampaknya bakal mencetuskan 'gempa bumi' dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan.

21-01-2026
EV

Kerajaan Akhirnya Perkenal Passport Bateri Untuk EV

Kerajaan akhirnya memperkenalkan standard pasport bateri kenderaan elektrik yang pertama di ASEAN, baru-baru ini.

17-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026