Link Copiedcheck_circle
Global

Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jenama kenderaan elektrik (EV)  dari China yang disokong oleh Stellantis, Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak   536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.

Untuk itu, Leapmotor menyasarkan untuk mencapai jualan sebanyak 1 juta, pada tahun hadapan.

image.png

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Leapmotor,, Zhu Jiangming, keyakinan Leapmotor disokong oleh portfolio produknya yang semakin berkembang. 

Antara model yang terlaris adalah model C11, C10 dan C16. Ketiga-tiga model ini mengekalkan prestasi jualan yang kukuh sepanjang tahun 2025 sehingga berjaya mengatasi jualan tahun 2024.

image.png

Turut menyumbang kepada volum jualan yang stabil ialah EV T03 serta gelombang baharu “model siri B” yang merangkumi B01 dan B10. Model B10 baru sahaja dilancarkan di Malaysia dan disebut-sebut secara meluas untuk pemasangan tempatan (CKD) di kilang pemasangan Stellantis di Gurun, Kedah, pada tahun depan.

image.png

Selain itu, Zhu turut menyatakan bahawa Leapmotor Lafa 5 terbaharu — dikenali sebagai B05 di pasaran luar negara — telah mencatat kadar penukaran tertinggi setakat ini daripada pra-tempahan kepada jualan yang disahkan. Prestasi kukuh lain termasuk model D19, yang merekodkan tempahan domestik yang tinggi di China.

Bagaimanapun, beliau mengakui kejayaan jenama Leapmotor dicapai walaupun berdepan tahun yang mencabar, termasuk kelemahan permintaan pada bulan November dan Disember,  disebabkan cuaca yang lebih sejuk serta penamatan program subsidi kerajaan China selama lima tahun, yang mengakibatkan harga kenderaan meningkat kira-kira 10,000 yuan.

image.png

Begitupun, Zhu menegaskan bahawa model sedia ada seperti T03 serta tawaran siri B dan C akan terus menjana pertumbuhan tambahan dalam jualan sepanjang tahun 2026 manakala produk baharu diunjurkan menyumbang antara 300,000 hingga 400,000 unit.

Gallery

Tag:

Leapmotor
Leapmotor B10 EV SUV
Leapmotor C10 EV SUV
Leapmotor C11
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global

Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.

22-06-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026
Global

Auto Guangzhou 2025: Leapmotor A10 Didedahkan Kepada Umum – Bakal Tiba Di Malaysia?

SUV crossover elektrik kompak Leapmotor A10 (B03X) akhirnya muncul menyerlahkan rekaannya untuk tatapan umum di Auto Guangzhou 2025.

24-11-2025
EV

Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K

Leapmotor Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, kini dibuka kepada umum.

17-11-2025
Global

Leapmotor B05 Ultra Diperkenalkan – Model Elektrik Yang Sporty

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, Leapmotor, telah mendedahkan imej pertama Leapmotor B05 Ultra yang juga dikenali sebagai Lafa 5 Ultra di China.

09-10-2025
EV

Leapmotor B10 Didedah Di Thailand, Harga Di Bawah RM100K

Leapmotor B10 akhirnya membuat penampilannya di Thailand, baru-baru ini.

24-09-2025

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026