- Berita
- Global
- Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.
Namun begitu…
Di pasaran itu nanti, Saga tidak akan memakai logo Harimau, kerana sebaliknya, rakan strategik Proton iaitu Geely dilaporkan akan melakukan proses penjenamaan semula atau rebadge terhadap model ini untuk bertarung dalam sedan segmen B yang sangat kompetitif di negara jiran tersebut.
Mengapa Proton Saga Dijual Sebagai Model Geely Di Filipina?
Langkah ini dilihat sebagai strategi serampang dua mata oleh kumpulan Geely-Proton. Dengan menggunakan rangkaian pengedaran Geely yang sudah kukuh di Filipina, Saga (dalam versi pemanduan sebelah kiri atau LHD) dapat dipasarkan dengan lebih meluas.
Memandangkan Saga 2026 dibina di atas platform yang lebih moden, pembangunan versi LHD untuk pasaran Filipina dijangka tidak akan mengambil masa yang lama.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada model ini akan tetap menggunakan nama ‘Saga’ atau tidak.
Apakah Yang Menarik Dengan Saga 2026?
Model yang dilancarkan pada hujung bulan lepas, Proton Saga 2026 diberikan pelbagai perubahan yang signifikan hasil kerjasama dengan Geely:
- Platform AMA Terkini: Menggunakan binaan modular (Advanced Modular Architecture) yang dipertingkatkan, termasuk sistem elektrikal (E&E) yang lebih canggih.
- Enjin i-GT: Nadi 1.5L 4 silinder aspirasi natural (NA) mampu menghamburkan kuasa 120 PS dan tork 150 Nm.
- Dua Pilihan Transmisi: Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui pilihan sistem transmisi 4 kelajuan automatik atau CVT.
Adakah Tahap Keselamatan Saga Layak Untuk Pasaran Eksport?
Jangan pandang rendah pada 'kereta rakyat' ini. Untuk varian spesifikasi tertinggi, Saga 2026 kini dilengkapi dengan ciri keselamatan yang cukup mantap:
- 6 Beg Udara: Perlindungan menyeluruh untuk pemandu dan penumpang.
- ADAS Tahap 1: Teknologi bantuan pemanduan aktif yang memberikan kelebihan kompetitif.
- Penarafan ASEAN NCAP: Berjaya memperoleh skor 4 bintang ASEAN NCAP, membuktikan integriti struktur dan keselamatannya.
Juga Menarik: Proton Saga 2026 Cipta Sejarah, 4 Bintang ASEAN NCAP!
Siapakah Pencabar Utama 'Saga Geely' Dan Berapakah Harganya?
Sebaik sahaja mendarat di Filipina, jentera ini bakal berdepan dengan 'otai' segmen B iaitu Mitsubishi Mirage G4 yang dijual pada harga sekitar RM55,119 dan Toyota Vios pada hagra kira-kira RM51,296 di negara tersebut.
Juga Menarik: Raja Kereta Bajet Bawah RM50,000 Tahun 2026: Saga, Bezza Atau Axia?
Sebagai perbandingan, di Malaysia, Proton Saga dilancarkan dengan harga atas jalan (RRP) antara RM38,990 hingga RM49,990. Jika Geely mampu mengekalkan harga yang kompetitif di Filipina, tidak mustahil Saga akan menjadi 'pembunuh' kepada dominasi jenama Jepun di sana.
Juga Menarik: Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv






-full_normal.jpg)

