Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Saman Tertunggak, Pakar Cadang Bagi Pilihan Bayar Saman Secara Ansuran

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Di sebalik bebanan membayar saman tertunggak, ada pihak yang mencadangkan supaya pesalah trafik diberi pilihan untuk membayar saman secara ansuran.

Bercakap mengenai cadangan itu, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Law Teik Hua, berkata membenarkan pengguna jalan raya membayar denda secara ansuran dilihat  mampu  menangani isu kemampuan, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

“Dengan menyediakan skim pembayaran ansuran yang diseragamkan, kita dapat menangani secara langsung isu kemampuan membayar saman tersebut. Ia  mengalih bayaran sekali gus yang hakikatnya tidak mampu ditanggung kepada pembayaran yang lebih konsisten,” katanya kepada New Straits Times.

Bagaimanapun, Law menegaskan bahawa sistem sedemikian perlu mempunyai penguatkuasaan yang tegas, termasuk penalti automatik bagi kegagalan membayar, seperti pembekuan pembaharuan cukai jalan atau lesen memandu.

“Pendekatan ini menyampaikan mesej bahawa kami memahami kekangan kewangan dan akan membantu anda membayar, namun komitmen itu tetap tidak boleh dirunding. Ia menggabungkan empati dengan ketegasan, yang penting untuk penguatkuasaan berkesan,” katanya.

Law berkata kesukaran kewangan masih menjadi kekangan bagi ramai pengguna jalan raya.

image.png

“Isunya juga berkaitan dengan penguatkuasaan. Jika hukuman sebenar tidak wujud, tiada individu yang rasional, tanpa mengira tahap pendapatan, akan berasa terdorong untuk membayar. Ia seolah-olah seperti satu bentuk loteri, di mana d mereka yang tidak bernasib baik yang terpaksa membayar saman,” katanya.

Beliau menambah bahawa penguatkuasaan yang tidak konsisten menyumbang kepada budaya di mana denda dianggap sebagai pilihan.

Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaporkan telah mengutip RM93.51 juta hasil saman setakat semalam, selepas menawarkan skim diskaun 50% sejak 1 November lalu.

Gallery

Tag:

JPJ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Tips

Main HP Waktu Memandu: Lebih Teruk Dari Mabuk

Adakah anda salah seorang pemandu yang suka main telefon ketika memandu? Ketahui risiko maut, statistik terkini PDRM, dan denda berat yang menanti jika anda tertangkap.

14-04-2026
Tips

Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula

Renew Lesen MyJPJ vs Ambil Ujian Semula – Mana Lagi Mudah?

27-03-2026
Tips

Cara Renew Lesen MyJPJ

Ini cara renew lesen di MyJPJ step by step.

27-03-2026
Berita Auto

Johor 'Juara' Langgar Peraturan, Ini Senarai Hitam Op HRA 2026 yang Anda Perlu Tahu

Raya belum habis, sebanyak 14,455 kenderaan dikenakan saman.

24-03-2026
Berita Auto

Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas

Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.

17-03-2026
Berita Auto

Bayar Saman AWAS Guna MyJPJ

Anda boleh bayar saman AWAS guna MyJPJ mulai 18 Mac ini.

16-03-2026
Berita Auto

Aidilfitri: Semua Kenderaan JPJ Turun Padang

Seluruh kekuatan jentera penguat kuasa JPJ akan membanjiri lebuh raya.

14-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026