- Berita
- Teknologi
- Boleh 'Layan Movie' Dalam Kereta! Apple CarPlay Bakal Sokong Penstriman Video
Boleh 'Layan Movie' Dalam Kereta! Apple CarPlay Bakal Sokong Penstriman Video



Kaki 'layan' movie dalam kereta, Apple membawa berita gembira buat pengguna setia iPhone dengan pengenalan fungsi tonton video dan filem melalui Apple CarPlay.
Menerusi kemas versi ujian iOS 26.4 beta yang terbaru, Apple telah membuka ‘pintu’ kepada pembangun aplikasi untuk membolehkan pengguna kenderaan menonton video secara terus melalui sistem infotainmen kenderaan.
Bagaimana Fungsi Video Ini Boleh Digunakan?
Teknologi ini membolehkan pemandu menggunakan AirPlay untuk memancarkan kandungan video dari iPhone ke skrin infotaimen kereta. Ciri ini sebenarnya sudah pun diuar-uarkan sejak persidangan Worldwide Developer Conference (WWDC) pada Jun 2025 yang lalu.


Antara pembaharuan besar yang turut diperkenalkan ialah rekaan 'Liquid Glass' yang lebih moden serta sokongan widget pada skrin utama CarPlay yang boleh diubah suai, mirip dengan sistem CarPlay Ultra yang kini hanya boleh didapati pada model mewah Aston Martin.
Bolehkah Pengguna Menonton YouTube Atau Netflix Sambil Memandu?
Satu perkara yang perlu ditegaskan adalah aspek keselamatan. Fungsi menonton video ini hanya diaktifkan semasa kenderaan berada dalam keadaan parkir sahaja.
Apple juga dilaporkan bakal memasukkan aplikasi penstriman Apple TV mereka sendiri ke dalam ekosistem CarPlay. Malah, aplikasi popular lain seperti YouTube, Disney Plus dan Amazon Prime dijangka bakal menyusul dalam masa terdekat sebaik sahaja versi rasmi dilancarkan.
Bilakah Pengguna Di Malaysia Bakal Menerima Kemas Kini Ini?
Buat masa ini, fungsi tersebut masih dalam fasa Beta, jadi belum ada tarikh rasmi bila ia akan dilancarkan kepada umum. Ada kemungkinan Apple akan memperkenalkannya secara berperingkat atau menyimpannya sebagai kejutan besar untuk versi penuh iOS seterusnya yang dijadualkan pada Jun depan.
Apa yang pasti, hanya peranti iPhone yang menyokong perisian terbaru sahaja yang akan dapat menikmati ciri menonton video ini apabila ia dilancarkan secara rasmi nanti.
Adakah Android Auto Mempunyai Fungsi Yang Sama?
Setakat ini, pesaing terdekatnya iaitu Android Auto masih belum menawarkan fungsi penstriman video secara rasmi. Walaupun jenama kereta seperti Tesla dan Kia sudah pun menyediakan aplikasi penstriman terbina dalam (built-in) pada sistem mereka, pengguna masih perlu melanggan pelan data atau langganan berbayar yang berkaitan untuk mengaksesnya.

Langkah terbaharu Apple ini dilihat sebagai satu kelebihan besar untuk menarik lebih ramai pengguna kekal setia dengan ekosistem iPhone.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
-full.jpg)