Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz-Mazda-MX-5-2.png


Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik demi piawaian emisi yang semakin ketat. Adakah ia masih lincah seperti dulu? Mazda ada jawapannya…


Adakah Mazda MX-5 Seterusnya Bakal Jadi Kereta Elektrik Penuh (EV)?


CariCarz-Mazda-MX-5-1.png


Buat masa ini, jawapannya adalah tidak. Pengarah Reka Bentuk Mazda Eropah, Jo Stenuit, mengesahkan bahawa mereka telah menjalankan projek eksplorasi pada tahun 2024 untuk mengkaji hala tuju MX-5 NE.


Walaupun belum ada keputusan muktamad, beliau yakin MX-5 akan dilengkapi dengan bantuan kuasa elektrik. Paling minimum, ia akan ditawarkan dengan sistem hibrid ringkas atau mild-hybrid. Langkah ini penting bagi memastikan kereta ini kekal relevan dengan peraturan emisi yang semakin ketat tanpa ‘mengorbankan’ jiwa asalnya.


Masih Wujudkah Transmisi Manual Dalam Era Elektrifikasi Nanti?


Berita baik untuk pencinta ‘tiga pedal’, penggunaan sistem hibrid ringkas membolehkan Mazda mengekalkan pilihan transmisi manual. 


CariCarz-Mazda-MX-5-6.png


Selain menjimatkan bahan api, sistem ini tidak memberikan penambahan berat yang melampau. Seperti kata Stenuit, "MX-5 adalah tentang keseronokan, keringanan dan kemampuan untuk dimiliki. Jika salah satu daripada tiga aspek ini hilang, ia bukan lagi sebuah MX-5."


Bagaimana Mazda Mengekalkan Keringanan Jentera Walaupun Ada Bateri?


Mengulas lanjut, Pengarah Penyelidikan Mazda Eropah, Christian Schultze, menyarankan penggunaan bahan api sintetik dan elektrifikasi tahap ringan.


CariCarz-Mazda-MX-5-5.png


Langkah itu dipercayai dapat mengekalkan identiti asal MX-5 yang ringan dan responsif, dalam usaha syarikat mengurangkan pelepasan karbon secara menyeluruh.


Kenapa Mazda Beralih Kepada Kuasa Elektrik?


Segalanya berpunca daripada peraturan pelepasan karbon di Eropah yang semakin ‘menjerut leher’ pengeluar automotif. Jika purata emisi sesebuah jenama terlalu tinggi, mereka berdepan penalti yang sangat berat.


Peralihan ke arah kuasa elektrik bagi model MX-5 didorong sepenuhnya oleh peraturan pelepasan karbon, bukannya keinginan untuk menambah kuasa output. Schultze sekali lagi menekankan bahawa MX-5 bukanlah sebuah jentera yang mementingkan kuasa kuda maksimum, kerana keseronokan memandu tidak memerlukan kuasa yang ekstrem.


Bilakah Generasi Baharu MX-5 'NE' Akan Dilancarkan?


CariCarz-Mazda-MX-5-3.png


Walaupun model sedia ada sudah menghampiri usia 11 tahun, Mazda tidak tergesa-gesa untuk mengeluarkan penggantinya. Stenuit menyatakan mungkin dalam masa "beberapa tahun lagi" sebelum model baharu muncul.


Buat masa ini, Mazda masih fokus sepenuhnya untuk terus membangunkan dan menambah baik model MX-5 sedia ada bagi memastikan ia kekal kompetitif di pasaran.


Tag:

Mazda
Mazda MX-5
Mazda MX-5 Elektrifikasi
Mazda MX-5 Hibrid
Mazda MX-5 Hibrid Ringkas
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

JMS 2025: Mazda CX-5 Juga Ditunjuk Kepada Umum

Mazda secara rasmi memperkenalkan crossover CX-5 generasi ketiga serba baharu kepada umum pada Japan Mobility Show 2025 (JMS2025), baru-baru ini.

29-10-2025
EV

Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027

Mazda mengumumkan pembinaan kilang terbarunya di Iwakuni, Jepun, hasil kerjasama dengan wilayah Yamaguchi dan bandar Iwakuni.

08-09-2025
Berita Auto

Mazda CX-5 Generasi Terbaru Tiba 10 Julai Ini, Rekaan Lebih Elegan & Panjang

Mazda akhirnya mengesahkan kehadiran CX-5 generasi seterusnya. Syarikat automotif dari Jepun itu telah memuat naik beberapa imej teaser rasmi model tersebut.

03-07-2025
Global

Mazda RX-7 & MX-5 Generasi Terbaru Bakal Tiba? – Ini Segalanya Yang Kita Tahu...

Mazda dijangka memperkenalkan versi pengeluaran bagi model konsep sporty Iconic SP yang pernah dipamerkan pada 2023, dengan kemungkinan membawa kembali nama ikonik RX-7.

25-06-2025
Berita Auto

Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun

Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.

20-06-2025
Global

Gambar Mazda CX-5 Hybrid Dah Bocor, Maknanya Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi?

Nampaknya, crossover SUV terlaris Mazda, iaitu CX-5, bakal menerima perubahan yang agak ketara tidak lama lagi.

18-06-2025
Kereta Baru

Mazda CX-60 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM199K

Pengedar Mazda di Malaysia telah mula menerima tempahan untuk SUV baharu, Mazda CX-60, yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini.

03-06-2025
EV

Mazda-CATL Sasar Hasilkan EV Baharu Dengan Pantas, Selamat

Mazda Motor Corporation mengumumkan kerjasama dengan pengeluar bateri terkemuka China, Contemporary Amperex Technology Co., Ltd. (CATL).

14-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026