Link Copiedcheck_circle
Global

Ora Good Cat Kini Tinggal Kenangan Di Thailand – Malaysia Bakal Terima Nasib Yang Sama?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-TA-GWM-Ora-GoodCat-GT-8.jpg


Pengeluaran dan jualan GWM Ora Good Cat dihentikan di Thailand


Berita mengejutkan datang dari negara jiran utara kita. GWM Thailand dilaporkan telah menghentikan pengeluaran dan jualan model EV popular, Ora Good Cat. Selepas empat tahun menjadi pencetus fenomena kenderaan elektrik (EV) di Thailand, ‘si kucing comel’ ini kini bersiap sedia untuk menyerahkan baton kepada penggantinya.


Ora Good Cat bukan sekadar kereta elektrik biasa di sana, ia merupakan model elektrik bateri (BEV) pertama yang dipasang secara tempatan (CKD) di Thailand sejak 2022. Namun, setiap perjalanan ada penghujungnya, dan bagi Good Cat, ia adalah untuk memberi laluan kepada model lain yang bakal menjadi penggantinya. 


Mengapa GWM Thailand Menghentikan Jualan Ora Good Cat?


1200x0_1_autohomecar__chtpwgjvcegabvrdagyj9vdi8-a670-large-800x585.jpg

gwm_ora_cat_5_miit.jpggwm_ora_cat_5_miit-2.jpg


GWM Ora 5


Menurut Pengarah Urusan GWM Thailand, Wayne Zhou, keputusan ini dibuat setelah syarikat berjaya memenuhi syarat pengeluaran dan jualan di bawah program insentif EV3.0 kerajaan Thailand.


"Kami menghentikan Good Cat untuk membuka lembaran baharu bagi keluarga Ora di Thailand," jelas Zhou.


Pengganti tersebut dipercayai adalah Ora 5, sebuah crossover SUV yang lebih besar, yang dilihat sebagai evolusi kepada reka bentuk Good Cat.


GWM Thailand kini mensasarkan pengeluaran 14,500 unit model baharu dalam tempoh dua tahun bagi memenuhi syarat insentif EV3.0 dan EV3.5.


Bagaimanakah Nasib Pemilik Sedia Ada Dan Urusan Alat Ganti?


Caricarz-TA-2025-GWM-Ora-GoodCat-1.jpg


Walaupun jualan dihentikan, pemilik Ora Good Cat di Thailand tidak perlu panik. GWM Thailand menegaskan komitmen mereka terhadap perkhidmatan selepas jualan:

  • Jaminan Alat Ganti: Syarikat baru sahaja melancarkan program "7 Days Spare Parts Readiness Guarantee" bagi memastikan alat ganti sentiasa tersedia dalam masa singkat.
  • Sokongan Berterusan: Khidmat teknikal akan diteruskan seperti biasa bagi memastikan nilai jualan semula dan kelangsungan penggunaan kereta tersebut.

Bagaimana Situasi Ini Bakal Memberi Kesan Kepada Pasaran Malaysia?


Caricarz-TA-2025-GWM-Ora-GoodCat-4.jpg


Perkembangan di Thailand ini pastinya akan menimbulkan tanda tanya buat peminat EV di Malaysia. Sebagai rekod, perjalanan Good Cat di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Hujung 2022: Dilancarkan sebagai unit import sepenuhnya (CBU) dari China (Varian 400 Pro & 500 Ultra).
  • November 2025: Model dikemas kini (facelift), yang mana varian 400 Pro digugurkan manakala varian GT diperkenalkan. Unit facelift 2025 ini beralih daripada CBU China kepada CBU Thailand.

Dengan penghentian pengeluaran di Thailand, timbul persoalan sama ada GWM Malaysia akan kembali mengimport unit dari China atau terus membawa masuk model pengganti (Ora 5) ke pasaran tempatan dalam masa terdekat.


Adakah Stok Ora Good Cat Masih Ada Di Malaysia?


DSC06017.JPG


Berdasarkan maklumat terkini, model 2025 masih disenaraikan di laman web rasmi GWM Malaysia. Walau bagaimanapun, difahamkan bahawa harga yang dipaparkan adalah untuk stok bebas cukai yang diimport sebelum tarikh akhir 28 Disember 2025.


Caricarz-TA-GWM-Ora-GoodCat-GT-9.jpg


Memandangkan kilang di Thailand kini sedang bersiap sedia untuk pengeluaran SUV Ora 5, tidak mustahil model ‘kucing besar’ itu juga akan menggantikan Good Cat di Malaysia tidak lama lagi bagi memenuhi permintaan terhadap SUV yang semakin meningkat.

Sumber: Bangkok Post | TheReporter.Asia

Tag:

GWM Thailand
Ora Good Cat
Ora Good Cat Thailand
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

BIMS 2025: GWM Haval H6 Facelift Dilancarkan Di Thailand – Gaya Lebih Agresif

Selepas diperkenalkan di China tahun lalu, Haval H6 HEV facelift 2024 kini rasmi memasuki pasaran Thailand.

25-03-2025
Global

GWM ORA 07 Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Tak Lama Lagi?

Syarikat automotif China, GWM, telah melancarkan EV terbarunya untuk pasaran Thailand. Apa yang menarik?

01-12-2023
Global

GWM China Rancang Pemasangan Bateri EV dan Tubuh Pusat Penyelidikan di Thailand

Great Wall Motor Co Ltd (GWM) dari China merancang untuk melabur hingga US$30 juta (RM138.24 juta) di Thailand.

31-05-2023
EV

Ini Dia SUV GWM Ora 5 Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia

GWM mendedahhkan SUV elektrik terbaharunya, GWM Ora 5 di China, baru-baru ini.

29-09-2025
EV

Ora Good Cat GT Sah Masuk Malaysia – EV Comel Kini Garang!

GWM Malaysia telah mengesahkan bahawa versi lebih garang dan sporty bagi model hatchback elektrik, Ora Good Cat GT, akan tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

18-04-2025
Berita Auto

GWM Malaysia Tawar Hadiah Hingga RM200K, Potongan Harga RM25K & Banyak Lagi!

Jangan lepaskan peluang ini! Great Wall Motor (GWM) Malaysia kini meraikan ulang tahun keduanya dengan pelbagai tawaran istimewa, baucar dan hadiah cabutan bertuah.

21-11-2024
Berita Auto

Sertai Merdeka Exclusive Book & Win, Menangi Percutian Bernilai RM30K

Great Wall Motor (GWM) mennganjurkan kempen 'Merdeka Exclusive Book & Win’ bermula dari 15 Ogos lalu hingga 30 September ini .

19-08-2024
Berita Auto

Pusat 3S GWM Dibuka Di Setia Alam – Boleh Selenggara 800 Kenderaan Sebulan

Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah merasmikan pembukaan Pusat 3S baharu di Setia Alam, Shah Alam.

26-03-2024

Berita Terkini

Global

Ora Good Cat Kini Tinggal Kenangan Di Thailand – Malaysia Bakal Terima Nasib Yang Sama?

Berita mengejutkan datang dari negara jiran utara kita. GWM Thailand dilaporkan telah menghentikan pengeluaran dan jualan model EV popular, Ora Good Cat

04-02-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Mercedes-Benz S-Class (W223) Facelift Kini Lebih Hebat! Enjin V8 Terbaru & Teknologi AI

Selepas hampir enam tahun mendominasi pasaran limosin mewah dunia, Mercedes-Benz akhirnya mendedahkan wajah baharu bagi model S-Class (W223) Facelift.

30-01-2026
Global

Honda Prelude Lancar Di Indonesia – Terhad, Dari RM240K, Malaysia Seterusnya?

Indonesia nampaknya 'memintas' jiran-jiran di rantau ASEAN apabila secara rasmi melancarkan Honda Prelude generasi keenam.

28-01-2026
Global

Chery China Panggil Semula Tiggo 7 & Jaecoo J7, Versi Malaysia Selamat

Gergasi automotif China, Chery, baru-baru ini telah mengumumkan pemanggilan semula sebahagian kecil unit dua model SUV.

27-01-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Pengeluaran Pertama Geely EX2 Bermula Di Indonesia

Pemasangan tempatan (CKD) bagi Geely EX2 yang dikatakan sebagai ‘kembar’ kepada Proton e.MAS 5 dan dipasarkan sebagai Geely Xingyuan di China telah pun bermula di Indonesia, baru-baru ini.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026