Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pembangunan ECRL Semakin Rancak, Golden Tren Emu, E-Loco Sudah Tiba

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pembangunan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memasuki fasa baharu menerusi Majlis Peluncuran Khas Ketibaan Golden Tren Electric Multiple Unit (EMU) dan Electric Locomotive (E-Loco)  di Stesen ECRL KotaSAS, Kuantan, Pahang, pagi tadi.

Projek ECRL telah memperuntukkan sebanyak 11 set tren EMU enam gerabak bagi perkhidmatan penumpang serta 12 buah E-Loco untuk tujuan kargo daripada syarikat CRRC Dalian.

Setakat ini, dua set tren EMU dan dua buah E-Loco telah selamat tiba di Malaysia menjelang akhir tahun 2025 dan dirasmikan pada hari ini.

Setiap set tren EMU mampu beroperasi sehingga kelajuan 160 km/j dengan kapasiti sehingga 425 penumpang bagi konfigurasi kelas ekonomi sepenuhnya.

Reka bentuk luaran dan dalaman tren ini diilhamkan daripada seni serta kebudayaan Malaysia dan dilengkapi kemudahan seperti tandas, rak bagasi, kaunter makanan dan minuman, bilik solat berserta tempat wuduk serta kemudahan OKU bagi memastikan keselesaan semua penumpang.

Sementara itu, E-Loco ECRL berkeupayaan beroperasi pada kelajuan sehingga 80 km/j dengan keupayaan menarik sehingga 45 gerabak serta kapasiti muatan maksimum sebanyak 3,500 tan bagi setiap perjalanan.

Pembinaan Projek ECRL sepanjang 665 kilometer kini telah mencatat kemajuan keseluruhan sebanyak 91.70 peratus setakat Januari 2026, selari dengan jadual penyiapan jajaran Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak menjelang akhir 2026 dan pengoperasian komersial bermula Januari 2027.


Gallery

Tag:

Golden Tren Emu
East Coast Rail Link (ECRL)
electric locomotives (E-Loco)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Kecurian Kabel ECRL, Mungkin Angkara Orang Dalam, - Polis

Kecurian kabel projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang semakin menjadi-jadi, berkemungkinan besar membabitkan orang dalam.

17-10-2025
Berita Auto

Paip Gas Bocor: Tapak ECRL Terpaksa Ditutup

Polis menutup laluan utama Kerteh-Ranggon kepada semua kenderaan susulan kebocoran paip gas Petronas Berhad (PGB) di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, Kerteh.

22-09-2025
Berita Auto

Projek ECRL Ke Rantau Panjang, Perlu Ada Kajian

Perbincangan mengenai cadangan sambungan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Rantau Panjang, Kelantan akan dibawa ke kabinet dalam tempoh terdekat ini.

20-08-2025
Berita Auto

SAH! Fasa 1 ECRL Siap Tepat Disember 2026

Jajaran ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak akan disiapkan menjelang Disember 2026.

07-08-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Terowong Genting 16.39km Diiktiraf Sebagai Terowong Rel Terpanjang di Asia Tenggara

Terowong Genting adalah terowong rel terpanjang di Asia Tenggara.

14-07-2025
Berita Auto

Kecurian Kabel ECRL: Polis Terima 22 Laporan

Polis menerima 22 laporan berkaitan kecurian termasuk kabel membabitkan kerugian RM300,000 di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu .

25-06-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Pencari Kerja, Projek ECRL Bakal Tawar 3,200 Peluang Pekerjaan

Projek ECRL bakal mewujudkan lebih 3,200 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

06-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026