Link Copiedcheck_circle
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Suhana Veru

Kongsi melalui

eMas7PHEV_LGK_x_TMS_159-(1).jpg

Fenomena peralihan kuasa automotif di Malaysia kini bukan lagi sekadar sembang kosong. Di kala rakyat mula 'berpeluh' memikirkan pengurangan kuota subsidi BUDI95 kepada 200 liter, PRO-NET, melaporkan trend luar biasa apabila model e.MAS 7 PHEV kini menjadi pelarian kos paling popular di jalan raya.

Sejak dilancarkan pada Februari 2026, SUV pintar ini telah mencatat lebih 6,500 tempahan dalam tempoh  dua bulan.

Menariknya, 63% daripada pembeli adalah bekas pemilik kereta petrol (ICE) yang akhirnya 'menyerah kalah' kepada kos bahan api dan memilih untuk beralih ke teknologi hibrid plug-in.

"Abang-Abang Keluarga" Jadi Dominan

Data mendedahkan profil pembeli e.MAS 7 PHEV bukanlah golongan yang sekadar mahu mencuba teknologi, tetapi mereka yang berorientasikan keluarga.

  • 75% Pembeli: Lelaki berkeluarga.

  • Umur: 36 tahun ke atas (Kumpulan profesional & pengurusan).

  • Tujuan: Pemanduan harian ke pejabat dan balik kampung pada hujung minggu.

Kecekapan 'Mustahil': 

eMas7PHEV_LGK_x_TMS_57-(1).jpg

Salah satu faktor yang mematikan keraguan pembeli adalah Teknologi Hibrid EM-i. Walaupun tanpa bantuan kuasa bateri, sistem transmisi 11-dalam-1 miliknya masih mampu mencatat penggunaan bahan api serendah 4.3L/100km.

Ini bermakna, e.MAS 7 PHEV bukan sahaja menjimatkan ketika dicaj, malah tetap jauh lebih murah untuk dipandu berbanding SUV petrol konvensional apabila tangki minyak digunakan sepenuhnya.

Mewah Tapi Mampu Milik (C-SUV Di Bawah RM106k)

image.png

Jika dahulu teknologi PHEV hanya mampu dimiliki oleh golongan elit pada harga RM150,000 ke atas, Proton telah meruntuhkan tembok itu. Dengan harga bermula RM105,800 (Varian Prime), ia secara rasmi menjadi pintu masuk termurah untuk segmen C-SUV PHEV di Malaysia.

Selain penjimatan, ciri-ciri premium seperti:

  • Fungsi Vehicle-to-Load (V2L): Boleh bekalkan elektrik untuk perkhemahan atau barang elektrik.

  • Warna Eksklusif: Aquamarine Blue yang menjadi kegemaran ramai.

  • Teknologi Kabin: Head-Up Display (HUD), kamera 360° 3D, dan kerusi ber-ventilasi yang biasanya hanya ada pada kereta mewah.

Kesimpulan: Kereta Pertama, Bukan Lagi Kereta Kedua

image.png

Era di mana kereta elektrik hanya menjadi "kereta mainan" kedua di rumah sudah tamat. Dengan gabungan jarak pemanduan tanpa had petrol dan kos operasi rendah elektrik, Proton e.MAS 7 PHEV kini memegang status sebagai kenderaan utama isi rumah di Malaysia yang mahu kalis masa hadapan.

Gallery

Tag:

2026 Proton e.MAS 7 PHEV
Proton e.MAS 7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
Berita Auto

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto

Redah Jem Makin Selesa: Proton e.MAS 7 PHEV Kini Buatan Tempatan dengan Kerusi Urut

Proton e.MAS 7 PHEV CKD mula dikeluarkan dari kilangnya yang terletak di Tanjung Malim.

01-08-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu

Proton e.MAS Bakal Buat Kejutan, Pratonton Varian Baharu e.MAS 7 Di KLIMS 2026.

09-06-2026
Berita Auto

PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?

Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.

08-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
Gaya Hidup

Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

22-05-2026

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026