- Berita
- Gaya Hidup
- Program CSR BYD Malaysia: Inisiatif Penanaman Pokok Light the Change dan Bantuan Kemanusiaan Sandakan
Program CSR BYD Malaysia: Inisiatif Penanaman Pokok Light the Change dan Bantuan Kemanusiaan Sandakan
.jpg)
BYD Malaysia membuktikan bahawa misi mereka bukan sekadar menjual kenderaan elektrik (EV), tetapi komited untuk "menyejukkan bumi sebanyak 1°C".
Melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Light the Change, BYD kini menterjemahkan lebih 1,200 ikrar digital orang awam kepada tindakan nyata di lapangan.
Bersempena sambutan Hari Bumi, satu inisiatif penanaman pokok secara besar-besaran telah dijalankan di The Waterfront @ ParkCity, Kuala Lumpur melibatkan kerjasama erat antara warga kerja BYD, rakan media, pengedar DENZA, serta generasi muda daripada The International School of ParkCity (ISPKL).
Untuk itu, seramai 120 peserta telah menanam 120 pokok daripada 10 spesies tempatan yang dipilih bagi meningkatkan biodiversiti serta menyokong pemulihan kawasan hijau bandar.
Pengarah Urusan BYD Malaysia. Jacob Ma berkata, inisiatif ini mencerminkan komitmen untuk menterjemahkan niat kepada tindakan.
Sisi Prihatin: Misi Bantuan Kilat ke Sandakan
Selain menghijaukan bumi, program Light the Change turut menunjukkan "taring" kemanusiaannya. Susulan tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang menjejaskan ribuan keluarga, BYD Malaysia pantas menggerakkan rangkaian mereka.
Dengan kerjasama BYD Sime Motors dan BYD Regas di Kota Kinabalu, bantuan kecemasan telah disalurkan terus kepada mangsa di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS):
PPS Gelanggang Futsal Sim-Sim
PPS Dewan Serbaguna Warga Tua
PPS Sibuga
Pasukan BYD telah mengagihkan barangan keperluan asas seperti air minuman dan bekalan makanan kepada lebih 1,000 mangsa yang terlibat dalam tragedi memilukan tersebut.
Masa Depan: Dari Bandar ke Hutan Bakau
BYD Malaysia tidak berhenti di sini. Program Light the Change bakal diperluaskan ke tahap yang lebih menyeluruh, termasuk usaha pemuliharaan hutan bakau dalam masa terdekat. Syarikat juga komited untuk terus memantau perkembangan pokok yang telah ditanam bagi memastikan kelestarian jangka panjang.
Kesimpulan: Langkah BYD ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja menerajui pasaran EV di Malaysia, tetapi juga menerajui usaha membina masa depan yang lebih hijau dan komuniti yang lebih kental.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

