- Berita
- Berita Auto
- Identiti Korporat Baharu Di 6 Pusat Pengedar Baharu
.jpg)
Wajah baharu, prestasi baharu! Jenama kenderaan elektrik (EV) No. 1 pilihan rakyat Malaysia, Proton e.MAS, kini tampil lebih segar dan premium dengan pelancaran enam bilik pameran berwajah baharu di seluruh negara.
Langkah berani ini bukan sekadar tukar 'baju', tetapi menandakan komitmen padu Proton e.MAS untuk memberikan pengalaman pemilikan EV yang luar biasa, lancar, dan mesra pelanggan.
.jpeg)

Dengan pembukaan cawangan baharu ini, empayar Proton e.MAS kini berkembang kukuh dengan:
- 58 Pusat Pengedar di seluruh negara
- 45 Pusat Servis bersedia memberi perkhidmatan
- 10 Pusat Body & Paint khas untuk penjagaan kenderaan anda
Bilik-bilik pameran baharu ini dikendalikan oleh:
- Bukit Jalil – AJG Mobility
- Jalan Sultan Ismail, KL – MBF EV Auto
- Temerloh – Dunia Auto
- Batu Pahat – Promas EV
- Taiping – BH Autotech
- Kulim – GB Auto
Mengulas mengenai pelaksanaan identiti korporat baharu di seluruh negara, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, identiti Korporat baharu ini mencerminkan langkah seterusnya dalam perjalanan perkembangan jenama Proton e.MAS.
"Apabila PRO-NET terus berkembang, kami juga mahu memastikan pengalaman yang diberikan kepada pelanggan sentiasa berada pada tahap terbaik. Kami mahu setiap pelanggan berasa selesa, dihargai dan yakin sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke bilik pameran Proton e.MAS," katanya.
Direka berasaskan konsep simplicity, keselesaan dan inovasi, konsep baharu ini memperkenalkan persekitaran yang kemas serta moden, selaras dengan perkembangan dan kematangan jenama Proton e.MAS.
Selain aspek penampilan, Identiti Korporat baharu ini turut direka untuk menyokong pertumbuhan Proton e.MAS pada masa hadapan.
Dengan saiz ruang bilik pameran yang lebih luas, iaitu antara kira-kira 950 hingga 1,400 meter persegi, para pengedar kini dapat mempamerkan lebih banyak kenderaan, di samping memperkukuhkan operasi selepas jualan menerusi peningkatan kapasiti servis, penambahan tenaga teknikal berkemahiran serta tempoh menunggu pelanggan yang lebih singkat.

Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
