Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Identiti Korporat Baharu Di 6 Pusat Pengedar Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

DSC_1-(13).jpg

Wajah baharu, prestasi baharu! Jenama kenderaan elektrik (EV) No. 1 pilihan rakyat Malaysia, Proton e.MAS, kini tampil lebih segar dan premium dengan pelancaran enam bilik pameran berwajah baharu di seluruh negara.

Langkah berani ini bukan sekadar tukar 'baju', tetapi menandakan komitmen padu Proton e.MAS untuk memberikan pengalaman pemilikan EV yang luar biasa, lancar, dan mesra pelanggan.

WhatsApp-Image-2026-07-24-at-9.13.22-AM-(1).jpegProton-Emas-6.jpg

Dengan pembukaan cawangan baharu ini, empayar Proton e.MAS kini berkembang kukuh dengan:

  • 58 Pusat Pengedar di seluruh negara
  • 45 Pusat Servis bersedia memberi perkhidmatan
  • 10 Pusat Body & Paint khas untuk penjagaan kenderaan anda

Bilik-bilik pameran baharu ini dikendalikan oleh:

  • Bukit Jalil – AJG Mobility
  • Jalan Sultan Ismail, KL – MBF EV Auto
  • Temerloh – Dunia Auto
  • Batu Pahat – Promas EV
  • Taiping – BH Autotech
  • Kulim – GB Auto

Mengulas mengenai pelaksanaan identiti korporat baharu di seluruh negara, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, identiti Korporat baharu ini mencerminkan langkah seterusnya dalam perjalanan perkembangan jenama Proton e.MAS.

"Apabila PRO-NET terus berkembang, kami juga mahu memastikan pengalaman yang diberikan kepada pelanggan sentiasa berada pada tahap terbaik. Kami mahu setiap pelanggan berasa selesa, dihargai dan yakin sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke bilik pameran Proton e.MAS," katanya.

Direka berasaskan konsep simplicity, keselesaan dan inovasi, konsep baharu ini memperkenalkan persekitaran yang kemas serta moden, selaras dengan perkembangan dan kematangan jenama Proton e.MAS.

Selain aspek penampilan, Identiti Korporat baharu ini turut direka untuk menyokong pertumbuhan Proton e.MAS pada masa hadapan.

Dengan saiz ruang bilik pameran yang lebih luas, iaitu antara kira-kira 950 hingga 1,400 meter persegi, para pengedar kini dapat mempamerkan lebih banyak kenderaan, di samping memperkukuhkan operasi selepas jualan menerusi peningkatan kapasiti servis, penambahan tenaga teknikal berkemahiran serta tempoh menunggu pelanggan yang lebih singkat.


Bagi yang berminat anda boleh mengunjungi:
snip1.png

Tag:

e,MAS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025
EV

36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China

Anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, PRO-NET mengumumkan pelantikan sebanyak 36 pengedar Proton e.MAS yang dibuat baru-baru ini.

01-10-2024
EV

Sasar 30 Cawangan Pengedar e:MAS

PRO-NET kini mencari rakan kongsi yang berminat untuk menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS.

09-07-2024
Berita Auto

Saga Punca Jualan Proton Pada Jun Cecah Lebih 10K

PROTON menjual 10,999 unit pada bulan lepas.

03-07-2024
EV

Jenama EV Proton, e.MAS Diuruskan PRO-NET

PRO-NET kini mengambil alih pengurusan jenama e.MAS.

03-07-2024
Berita Auto

EV Proton: Lantik 17 Pengedar Dulu

Permohonan kini dibuka untuk peniaga yang berminat menjadi pengedar.

13-06-2024
EV

Proton Sasar Lancar 5 EV Di Bawah Jenama e.MAS – Platform GMA, Harga Berpatutan

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) akan melancarkan lima model EV menggunakan platform GMA.

13-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026