- Berita
- EV
- Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh

Selepas hampir tiga tahun memanjakan pemiliknya dengan pengecasan percuma, Tesla akhirnya rasmi mengakhiri "era belanja cas" di semua lokasi Destination Charger di seluruh Malaysia.
Bermula hari ini, penggunaan pengecas jenis AC (11kW) tersebut tidak lagi percuma dan pemilik kenderaan Tesla kini dikenakan kadar RM0.88 setiap kWh, lapor portal SoyaCincau.
Kenapa Ini Sebenarnya 'Berita Baik'?
Harga Masih Murah: Walaupun tidak lagi percuma, kadar RM0.88/kWh ini sebenarnya lebih murah berbanding kadar pasaran pengecasan AC tempatan yang biasanya berharga RM1.00 hingga RM1.10 per kWh.
Langkah ini dijangka dapat menyelesaikan isu pemilik yang sengaja "memonopoli" atau melengah-lengahkan masa memarkir kenderaan mereka. Kini, kebolehadaan pengecas akan jadi lebih tinggi untuk mereka yang benar-benar memerlukan!
Pilihan Pengecasan Mana Paling Berbaloi?
Paling Murah (Juara): Rumah Sendiri. Menggunakan kadar domestik TNB (sekitar RM0.50/kWh bergantung penggunaan), ini tetap pilihan paling jimat poket.

Pilihan Sederhana: Destination Charger (AC 11kW) pada kadar RM0.88/kWh.
Pilihan Pantas: Tesla Supercharger. Lebih mahal, tetapi harga jauh lebih murah jika anda cas pada waktu bukan puncak (off-peak).
Peringatan Mesra: Sekiranya bateri anda sudah penuh, beralihlah ke petak biasa. Janganlah hogging petak cas supaya pengguna lain pun dapat merasa!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/