[PANDU UJI] Pengalaman Memandu SUV Haval H6 HEV Sekitar 800 KM – 8 Ciri Menarik
Sofea Najmi
22-9-2024
GWM Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan sesi pandu uji SUV Haval H6 HEV bersama media. Perjalanan sekitar 800 km dimulakan dari Subang Jaya ke Desaru Coast, Johor sebelum pulang semula ke Subang Jaya pada Rabu lalu.
Daripada sesi pandu uji ini 'terbongkar' rahsia kenapa model ini merupakan yang terlaris selama 12 TAHUN berturut-turut di pasaran China. Dijangka bakal dipasarkan pada harga bawah RM145,000 sebaik dilancarkan nanti, model ini boleh dikatakan sebagai sebuah kereta pada harga marhaen dengan “kualiti hampir T20.”
1- Jentera 'Gergasi' yang Menyerlah di Jalan Raya
Diposisikan sebagai SUV segmen C, Haval H6 berukuran 4,683 mm panjang, 1,886 mm lebar dan 1,724 mm tinggi dengan jarak roda berkepanjangan 2,738 mm bermaksud jentera ini berdiri lebih besar berbanding model dalam segmen sama yang lain seperti Proton X70 dan Honda CR-V.
Dari segi rekaan, pada pandangan pertama, gril Haval H6 tampil menyerlah dengan corak ‘Star Matrix’ yang unik melitupi hampir keseluruhan sudut depan SUV ini.
Di bahagian atas gril ini terdapat jalur krom halus yang menghubungkan dua lampu hadapan. Bergerak ke bahagian tepi, Haval H6 dipasangkan dengan rim berukuran 19 inci yang disalut cat hitam, membuatkannya kelihatan sporty.
Pada sudut belakang pula, kelebaran kereta terserlah dengan lampu yang halus melintang penuh dari kiri ke kanan. Dari sini juga dapat dilihat rekaan lampu brek ketiga yang unik.
2- Kabin yang Serba Lengkap & Selesa
Dari segi keselesaan, Haval H6 cukup luas, ruang kaki dan kepala sangat lapang. Tempat duduknya juga empuk dan memegang badan dengan baik, membuatkan perjalanan jauh terasa tidak memenatkan.
Untuk keselesaan optimum, tempat duduk pemandu bukan sahaja lebih fleksibel kerana boleh dilaraskan kepada 6 arah, tetapi juga miliki sokongan tulang belakang boleh laras 2 arah.
Ciri “T20” tidak terhenti di situ, Haval H6 juga didatangkan dengan pelbagai kelengkapan lain seperti papar pandu (HUD), cermin pandang belakang dengan ciri auto-dimming, bumbung suria panoramik, pad pengecas tanpa wayar dan corong pendingin hawa untuk tempat duduk belakang.
Haval H6 diberikan sistem infotainmen berukuran 12.3 inci yang sarat dengan fungsi kereta memandangkan model ini tidak menggunakan butang fizikal untuk pelbagai ciri seperti kawalan pendingin hawa.
Ketiadaan suis atau butang kawalan fizikal ini sebenarnya agak kurang praktikal lebih-lebih lagi kalau memandu seorang diri. Mod memandu juga hanya boleh ditukar melalui skrin infotainmen.
Selain itu, penggunaan warna rose gold pada sesetengah bahagian di ruangan kokpit mungkin kurang menarik untuk sesetengah orang.
Kami juga kurang tertarik dengan penggunaan material plastik pada beberapa sudut kabin termasuk tombol penukaran gear.
3- SUV Hibrid yang Berkuasa
Dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder turbo 1.5 liter yang menyalurkan kuasa sebanyak 150 ps/230 Nm, SUV ini turut menerima kuasa tambahan sebanyak 130 ps dan 300 Nm daripada motor elektrik dan sistem transmisi DHT dua kelajuan. Secara keseluruhan, Haval H6 HEV boleh menghamburkan kuasa sebanyak 243 ps/530 Nm, antara yang tertinggi dalam kelasnya.
Dengan bantuan sistem elektrik, kuasa tork yang tinggi dapat dicapai dengan laju membuatkannya tidak ‘mengah’ semasa memecut untuk memotong kenderaan di hadapan.
Walaupun kuasa torknya agak tinggi, kami kurang merasakan ‘impak mengejut’ daripada tekanan pedal. Ini mungkin disebabkan oleh badan SUV hibrid ini yang agak berat dan besar yang sedikit sebanyak menyerap impak awal pecutan dengan baik.
4- Kekal Stabil Walau Dipandu Laju
Selain itu, apabila dipandu laju di selekoh, jentera besar ini kekal stabil, terasa seolah melekat di atas jalan, membuktikan sistem suspensinya yang ditala dengan baik untuk gaya pemanduan di Malaysia. Kestabilan ini juga dibantu oleh berat SUV ini.
Untuk makluman pembaca, suspensi Haval H6 telah diberikan talaan khas yang lebih keras untuk negara kita demi kualiti pengendalian yang lebih baik, terutamanya bila dipandu laju.
Walaupun suspensinya diberikan talaan keras, olengan badan kereta ini tidak begitu terasa, sama ada oleh penumpang depan atau belakang.
5- Sistem Hibrid yang Efisien
Tahap penggunaan bahan apinya juga agak efisien, yang mana kami mencatatkan 14 km/liter. Untuk sebuah jentera hibrid bersaiz besar yang agak berat, dengan pecutan demi pecutan yang kami berikan semasa sesi pandu uji untuk perjalanan pergi dan balik, ini sememangnya cukup baik.
Di atas kertas, menurut GWM, sistem hibrid yang digunakan mampu memberikan jarak perjalanan sehingga 19.23 km/liter, tidak mustahil untuk dicapai sekiranya anda memiliki gaya pemanduan yang tidak terlalu agresif seperti kami lakukan untuk menguji pelbagai aspek jentera ini.
Lebih menarik lagi, Haval H6 boleh menggunakan tenaga elektrik walaupun semasa dipandu laju. Berbeza dengan sistem hibrid yang ditawarkan pada model kereta dari Jepun seperti Toyota dan Honda yang lebih banyak menggunakan mod elektrik hanya semasa kenderaan dipandu pada kelajuan rendah.
6- Praktikal untuk Kegunaan Harian & Perjalanan Jauh
Dengan jarak roda yang agak panjang, bukan sahaja ruang kabinnya terasa luas, ruang kargo juga cukup besar dengan kapasiti 560 liter yang boleh memuatkan beg berukuran 20, 24 dan 28 inci dan masih ada baki ruang untuk beg lain.
Ruang ini boleh diperluaskan lagi sehingga 1,485 liter apabila tempat duduk barisan kedua dilipat.
Pintu but belakang ini juga boleh dibuka dengan mudah kerana hadirnya ciri premium iaitu sensor sepakan yang pada pendapat kami berkesan untuk membuka but hampir setiap kali ciri ini dicuba, dengan syarat, individu di bahagian belakang but perlu bergerak ke belakang sejurus selepas membuat tindakan tersebut atau but tidak akan terbuka atas faktor keselamatan.
7- Teknologi Keselamatan yang Canggih
Memandangkan hanya satu varian iaitu Ultra yang juga varian berspesifikasi tinggi bakal ditawarkan di pasaran Malaysia, kita boleh menjangkakan pakej keselamatan yang baik.
Model ini hadir dengan sistem ADAS tahap 2 seperti brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan/belakang, kawalan jelajah adaptif, bantuan penukaran/kekal lorong dan banyak lagi.
Salah satu cirinya, sistem kawalan jelajah atau cruise control SUV ini cukup responsif dan sensitif dengan persekitaran.
Tindakbalasnya terasa tidak terlalu 'memaksa,' misalnya semasa kereta di hadapan tiba-tiba memandu dengan lebih perlahan, sistem kereta akan mengesan perubahan kelajuan kereta tersebut dengan awal dan membuat perubahan kelajuan kereta secara perlahan2, tanpa input daripada pemandu. Tiada pembrekan secara tiba2 (bergantung kepada situasi).
Kami juga teruja dengan kamera 360 darjah SUV ini yang memaparkan pemandangan sekeliling pada resolusi yang tinggi.
8- SUV Paling Berbaloi untuk Dimiliki
Seperti yang dikatakan, SUV Haval H6 HEV hanya akan ditawarkan dalam satu varian iaitu Ultra yang berspesifikasi tinggi, maka tidak hairan mengapa model ini hampir sempurna dalam segenap sudut untuk keselesaan pemandu dan penumpang.
Harga yang perlu dibayar untuk menikmati semua ini pula dijangka bawah daripada RM145,000! Yang menariknya lagi, harga ini termasuk waranti yang panjang untuk enjin iaitu selama 10 tahun atau sehingga 1 juta km dan juga sistem hibrid sehingga 8 tahun atau 1 juta km.
Jadi, apa pendapat anda mengenai Haval H6 HEV? Cukup menarik?
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC2360
SELANGOR
BSE4702
JOHOR
JXW5570
PULAU PINANG
PRQ3725
PERAK
ANV3808
PAHANG
CFB6721
KEDAH
KGA4299
NEGERI SEMBILAN
NEF7286
KOTA KINABALU
SJK7524
KUCHING
QAB3146L
Terakhir Kemas Kini 03 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Berkaitan
BIMS 2025: GWM Haval H6 Facelift Dilancarkan Di Thailand – Gaya Lebih Agresif
Selepas diperkenalkan di China tahun lalu, Haval H6 HEV facelift 2024 kini rasmi memasuki pasaran Thailand.
25-03-2025
Ramadan: GWM Malaysia Tawar Promosi Eksklusif Untuk Pelanggan Baharu, Dapat Jimat Sampai RM25,000!
GWM Malaysia menawarkan pelbagai ganjaran menarik sempena bulan Ramadan ini.
05-03-2025
GWM Haval H6 HEV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM139,800!
Haval H6 Hybrid Electric Vehicle (HEV) kini rasmi di Malaysia. Ini spesifikasinya...
09-10-2024
GWM Haval H6 HEV Kini Boleh Ditempah – Harga Bawah RM145K
GWM Malaysia kini secara rasmi membuka tempahan untuk SUV segmen C keluaran GWM, Haval H6 Hybrid Electric Vehicle (HEV).
03-09-2024
GWM Umum Nama Pemenang Cabaran Kecekapan Minyak "Drive Further, Win Bigger"
Pemilik Haval H6 dari Kelantan inobatkan sebagai juara selepas berjaya menamatkan pemanduan sejauh 1,204 km.
21-02-2025
GWM Cipta Rekod Tersendiri, Catat Jualan 331% Tahun Lepas
reat Wall Motor (GWM) Malaysia meraikan pertumbuhan tahunan sebanyak 331% pada tahun lepas.
10-01-2025
GWM Malaysia Tawar Hadiah Hingga RM200K, Potongan Harga RM25K & Banyak Lagi!
Jangan lepaskan peluang ini! Great Wall Motor (GWM) Malaysia kini meraikan ulang tahun keduanya dengan pelbagai tawaran istimewa, baucar dan hadiah cabutan bertuah.
21-11-2024
Lebih 1,500 Haval H6 HEV Ditempah Kurang Sebulan – Terlaris Di China, Kini Laris Di Malaysia
GWM Malaysia hari ini mengumumkan bahawa model terbarunya, GWM Haval H6 HEV, telah berjaya mengumpulkan lebih 1,500 tempahan dalam tempoh kurang sebulan sejak pelancaran rasminya.
08-11-2024
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat