6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif. Dengan lebih 50 juta unit terjual di seluruh dunia, Corolla bukan sekadar sedan biasa tetapi simbol kualiti, ketahanan dan inovasi.
Generasi ke-12 yang berada di pasaran hari ini membuktikan bahawa Toyota masih komited untuk mengekalkan daya tarikan model ini dalam segmen sedan C. Dengan gabungan reka bentuk moden, enjin yang terbukti tahan lasak, kecekapan bahan api yang tinggi, serta teknologi keselamatan terkini, Toyota Corolla kekal sebagai antara pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan sedan yang praktikal dan tahan lama.
Berdasarkan pengalaman kami memandu uji Corolla ini, berikut adalah enam sebab utama kenapa Toyota Corolla berbaloi untuk dimiliki.
1. Rekaan Minimalis yang Evergreen
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Toyota Corolla generasi ke-12 (kod casis: E210) menampilkan pendekatan reka bentuk yang lebih matang dan minimalis berbanding pesaingnya. Jika dibandingkan dengan model lain dalam segmen ini yang cenderung menggunakan garis rekaan yang agresif dan ‘bersegi’, Corolla memilih pendekatan lebih sofistikated dengan garis badan aerodinamik yang ringkas dan tidak keterlaluan.
Rekaan grilnya hadapan yang lebar dan lampu yang tajam memberikan imej moden tanpa kelihatan terlalu garang. Ini menjadikannya sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan golongan pemandu, sama ada mereka yang mahukan sedan harian yang elegan atau pengguna korporat yang mahukan kenderaan bergaya tetapi profesional.
2. Dilengkapi Pelbagai Ciri Moden
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Salah satu kelebihan utama Toyota Corolla ialah kelengkapan teknologi dan ciri-ciri moden yang ditawarkan. Antara yang disediakan ialah sistem infotainmen skrin sentuh 10 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, serta pad pengecas tanpa wayar.
Aura premium terserlah dengan penggunaan upholsteri kulit pada tempat duduk dan stereng. Untuk keselesaan maksimum, tempat duduk pemandu boleh dilaraskan secara automatik.
Dari segi keselamatan pula, Toyota Corolla menampilkan pakej 360-T yang terdiri daripada pelbagai teknologi bantuan pemanduan canggih yang memberikan jentera ini kemampuan pemanduan separa autonomi.
3. Enjin Terbukti Tahan Lasak
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Toyota masih memilih untuk mengekalkan enjin 1.8L 2ZR-FE yang telah digunakan selama tiga generasi. Walaupun tidak 'sekencang' enjin turbo, kelebihan utama enjin ini ialah ketahanannya yang telah terbukti dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.
Dengan 137 hp dan tork 172 Nm, kuasanya cukup untuk membolehkan jentera dengan berat mencecah 1,365 kg ini meluncur laju di lebuh raya. Sistem transmisi CVT yang sama daripada generasi terdahulu juga terbukti lancar dan efisien, hasil talaan pintar Toyota.
4. Jimat Bahan Api
-full.jpg)
Toyota Corolla juga terkenal sebagai antara model dengan tahap kecekapan bahan api yang sangat baik. Berdasarkan sesi pandu uji yang dibuat di kawasan bandar dan lebuh raya dengan pelbagai kelajuan, model ini berjaya mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 6.8 liter/100 km. Kami yakin sekiranya model ini dipandu secara lebih berhemah, boleh mencapai serendah 4.5L/100KM.
Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kecekapan ini ialah kehadiran sistem Eco Assist pada panel instrumen digital 12.3 inci yang memberi maklum balas secara langsung, iaitu sama ada pemanduan dibuat dengan penggunaan bahan api secara optimum atau sebaliknya.
5. Teknologi Keselamatan Terbaik dalam Kelasnya
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Toyota Corolla bukan sahaja menawarkan keselesaan dan efisien, tetapi juga antara sedan paling selamat dalam kelasnya. Seperti yang dinyatakan tadi, model ini hadir dengan pelbagai ciri keselamatan canggih yang membolehkan pemanduan separa autonomi.
Antara ciri yang disematkan pada model ini ialah kawalan jelajah radar dinamik (DRCC), bantuan penjejakan lorong (LTA) dan sistem pra-pelanggaran (PCS).
Kehadiran ciri tambahan seperti perakam video digital (DVR) depan dan belakang, pemantau pandangan 3D (PVM), kawalan bantuan mula mendaki (HAC) dan sistem amaran tekanan tayar meningkatkan lagi keyakinan pemandu.
Selain itu, semua sistem canggih ini dilengkapkan lagi dengan ciri asas penting seperti tujuh beg udara, cagak ISOFIX untuk kerusi keselamatan kanak-kanak, serta casis yang dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS), kawalan cengkaman (TCS) dan kawalan kestabilan kenderaan (VSC).
6. Nilai Jualan Semula Yang Tinggi
-full.jpg)
Salah satu kelebihan terbesar Toyota Corolla ialah nilai jualan semulanya yang sangat stabil. Disebabkan enjin dan transmisinya yang tahan lasak serta kos penyelenggaraan yang rendah, Corolla sering menjadi pilihan utama dalam pasaran kereta terpakai.
Ini bermakna, jika anda bercadang untuk menjual model ini dalam masa beberapa tahun akan datang, tidak mustahil untuk masih mendapatkan harga yang kompetitif berbanding pesaing lain yang mungkin mengalami susut nilai lebih tinggi.
Berbaloi Untuk Dimiliki?
Dengan reka bentuk yang tidak lapuk dek zaman, enjin yang terbukti tahan lama, penggunaan bahan api yang cekap serta tahap keselamatan yang tinggi, Toyota Corolla terbukti sebagai salah satu pilihan terbaik dan cukup berbaloi dalam segmennya. Adakah anda setuju dengan pendapat kami? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah.
Baca: Toyota Corolla Cross Facelift Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, CKD, Dari RM133,800
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPY1081
SELANGOR
BSJ9047
JOHOR
JYK5822
PULAU PINANG
PRV4467
PERAK
APC3190
PAHANG
CFD9715
KEDAH
KGC8518
NEGERI SEMBILAN
NEH5271
KOTA KINABALU
SJN5372
KUCHING
QAB4760M
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
+0.06
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.95
+0.06
EURO 5 B7
RM 3.15
+0.06
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025
Berita Berkaitan
[PANDU UJI] 6 Perkara Menarik Tentang EV Kompak Volvo EX30
Kami berpeluang untuk memandu uji Volvo EX30 dan ini ENAM sebab mengapa Volvo EX30 patut dipertimbangkan...
16-09-2024
[PANDU UJI] 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Hyundai Tucson 1.6T Max
Ini segalanya yang anda perlu tahu tentang Hyundai Tucson 1.6T Max.
04-08-2024
[PANDU UJI] Chery Tiggo 7 Pro: Banyak Ciri Hebat Tapi Harga Marhaen, Ini 6 Kelebihannya...
Ini pendapat jujur kami tentang Chery Tiggo 7 Pro.
15-07-2024
[PANDU UJI] Mercedes-Benz A200 Progressive Line: Prestij Pada Harga Paling Mampu Milik
Ulasan jujur penulis tentang Mercedes-Benz A200 Progressive Line.
27-05-2024
[PANDU UJI] Ioniq 6 Max AWD: Ini Dia 4 Perkara Menarik Tentang EV Paling ‘Stylo’ Di Dunia
Ini pendapat jujur kami tentang varian tertinggi Ioniq 6, Max AWD.
06-11-2023
Tayar Bridgestone Potenza Sport: Kekal Stabil Di Selekoh Pada Kelajuan Tinggi
Aktiviti The Potenza Sport Driving Experience membuktikan keupayaan tayar Potenza Sport.
15-08-2023
[PANDU UJI] Honda Civic e:HEV RS: Hibrid Sporty Ini Lebih Hebat Dari Turbo?
Ini pendapat jujur kami tentang Honda Civic e:HEV RS dan kenapa ini varian Civic terbaik.
08-08-2023
[PANDU UJI] Ini 8 Sebab Kenapa Volvo XC90 Recharge SUV Mewah Terbaik
Ini 8 SEBAB kenapa Volvo XC90 Recharge patut dipertimbangkan sebagai SUV mewah baharu yang patut ada di rumah.
26-06-2023
Berita Terkini
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita
Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.
17-10-2025
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...
Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.
21-09-2025
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!
Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.
22-08-2025
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13
Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.
31-07-2025
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty
Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...
30-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat
