Deruman Inspirasi Testa Rossa J
Suhana Veru
13-8-2021
Kecil tetapi padu!
Itulah gambaran sebenar kereta "kerdil" yang dinamakan sebagai Testa Rossa J ini.
Biarpun bersaiz kecil seperti kereta mainan namun anda jangan salah sangka, ia sebenarnya bukanlah untuk kanak-kanak sebaliknya khas untuk pengumpul Ferrari!
Menyingkap sejarahnya pada era 50 dan 60-an, Ferrari 250 Testa Rossa pernah dianggap sebagai Ferrari bermakna untuk sepanjang zaman. Ia dikatakan telah memenangi sekurang-kurangnya 18 kemenangan.
Jentera itu telah memegang tiga gelaran juara dan menjadi satu -satunya kenderaan yang menang dalam acara kejohanan 24 Hours of Le Mans sebanyak empat kali.
Kenderaan ini dilihat sebagai watak utama ketika era itu.
Bayangkan, 75 peratus replika Testa Rossa J ini adalah terdiri daripada klasik terkenal. Dijana dengan enjin elektrik tiga bateri namun apa yang menarik hanya 299 unit kenderaan dihasilkan setakat ini.
Sebaliknya disahkan, jentera ini tidak boleh digunakan di atas jalan raya.
Menerusi kerjasama dengan The Little Car Company, Testa Rossa J dihasilkan semula tetapi kali ini ia dikatakan meniru model model 1957. Badannya dari aluminium yang dibentuk dari tangan, manakala, spesifikasi suspensi juga agak tinggi selain trenkuasa elektriknya yang canggih.
Geometri stereng juga dikatakan telah dimodelkan pada yang tulen sekali gus membenarkan pengalaman pemanduannya bersesuaian dengan bahagian luarannya yang kelihatan klasik.
Bercakap mengenai keselamatannya, jentera ini hadir dengan panel logam sisi yang agak kukuh. Pilihan gulungan logam itu boleh ditambat di bahagian casis dan brek cakera Brembo bagi menggantikan sistem dram yang tulen dimana ia dilengkapi dengan brek hidraulik.
Beberapa penyesuaian dapat dilihat dengan jelas pada Testa Rossa J terutamanya dari segi kombinasi warna.
Konfigurasi kereta dalam talian juga membenarkan pelanggannya memilih 14 koleksi jentera bersejarah ini, selain ditawarkan dengan 53 warna dan beberapa ciri tambahan yang disesuaikan pada jentera ini iaitu standing dengan gaya Ferrari.
Jentera ini dikatakan akan dihasilkan selewat-lewatnya hujung tahun ini dengan mendapatkan slot pembinaan dengan deposit sebanyak €20,000 (RM99,967).
Maka, namanya pun Ferrari, jadi sudah pasti harganya bukan murah!
Harga jentera ini bermula dari €93,000 (RM464,847) namun harga itu dijangka meningkat bergantung pada penyesuaian jentera berkenaan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC3086
SELANGOR
BSE4908
JOHOR
JXW6030
PULAU PINANG
PRQ3980
PERAK
ANV4057
PAHANG
CFB6804
KEDAH
KGA4472
NEGERI SEMBILAN
NEF7369
KOTA KINABALU
SJK7643
KUCHING
QAB3180L
Terakhir Kemas Kini 06 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Berkaitan
Ferrari Lesap Dari Car Wash, Polis Tahan 6 Individu
Anak penyanyi antara enam individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan supercar jenis Ferrari di sebuah pusat cuci kenderaan di Hulu Kelang, Ampang.
27-11-2024
Koleksi Puma Motorsport Musim Luruh-Sejuk 2024 Kini Boleh Dibeli – Dari RM185
Jenama pakaian sport terkemuka, Puma memperluaskan barisan produk Puma Motorsport melalui Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2024.
30-08-2024
Ferrari Tubuhkan 'E-Building' Percepat Pengeluaran Supercar Elektrik
Jenama supercar terkenal Itali, Ferrari, telah merasmikan fasiliti pengeluaran 'E-Building' baharu di Maranello, Itali.
27-06-2024
Ferrari Kekalkan V12 Tanpa Pengecas Turbo
Ferrari mendedahkan bahawa kereta supercar terbaharunya, 12Cilindri masih menggunakan evolusi enjin V12 6.5 liter.
18-05-2024
Ferrari F512M Hilang Di Itali, Jumpa Di Jepun
Siapa sangka selepas 28 tahun, sebuah kereta Ferrari F512M yang dicuri, akhirnya ditemui semula.
06-03-2024
SUV Pertama Ferrari, Purosangue, Kini Di Malaysia – Capai 715 HP, Dari RM5 Juta
errari Purosangue kini secara rasminya telah mendarat di Malaysia.
22-11-2023
Koleksi Motorsport AW 2023 Puma Di Pasaran 15 Ogos Ini
Puma mengumumkan koleksi pakaian Motorsports terkini untuk Musim Luruh/Musim Sejuk (AW) 2023.
04-08-2023
Jom Saksi F1 & Himpunan 70 Ferrari Di Pavilion Bukit Jalil Hujung Minggu Ini
Jom penuhkan hujung minggu ini dengan mengunjungi acara F1 Viewing Party & saksi himpunan kereta Ferrari. Ini butirannya...
30-06-2023
Berita Terkini
SAH: GWM Tank 500 HEV Bakal Dilancar Di MAS 2025, Pada 8 Mei Ini
GWM Malaysia mengesahkan GWM TANK 500 HEV akan dilancarkan secara rasminya di MAS 2025.
02-05-2025
Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000
Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).
29-04-2025
Dilancar: Toyota Yaris GR 2025, Transmisi 8AT -RM325,600
UMWT kini menawarkan Toyota Yaris GR 2025 dengan transmisi 8AT.
28-04-2025
Jetour X70 Plus Tukar Nama Kepada Jetour VT9, Ini Sebabnya...
Nama rasmi untuk model baharu Jetour yang sebelum ini dikenali sebagai X70 Plus telah pun disahkan, ia kini dikenali sebagai Jetour VT9.
17-04-2025
Honda e:N1 Dibuka Untuk Tempahan, Boleh Gerak Sejauh 500KM, Bakal Dilancar Suku Kedua 2025
Crossover serba elektrik ini boleh ditempah melalui laman web tempahan rasmi Honda Malaysia.
15-04-2025
Ditayang: GWM Tank 500 HEV, Tempahan Sudah Dibuka, Harga Anggaran RM350K
GWM Malaysia telah membuka tempahan awal untuk GWM TANK 500 HEV, dengan harga anggaran di bawah RM350,000.
15-04-2025
Defender V8 Dilancar, Harga Bermula Dari RM998,000
JLRM melancarkan Defender V8 di pasaran Malaysia, semalam.
15-04-2025
Dilancar: BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre, Hanya 50 Unit Dijual Di Malaysia
BMW Group Malaysia meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik BMW 3 Series dengan memperkenalkan BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre.
14-04-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat