Perbandingan Antara Empat Varian Honda City!
Honda City RS dikatakan baru sahaja menembusi pasaran Malaysia dan sudah pastinya telah menarik perhatian ramai pihak.
Hadir bersama ciri-ciri terbaik dalam kelasnya, sememangnya berbaloi dengan harga yang anda bayar!

Ketiga-tiga varian petrol (S, E dan V) dilengkapi dengan enjin 1.5 liter DOHC, aspirasi semulajadi dan hadir dengan kapasiti enjin empat silinder.
Bagaimanapun, varian RS ialah hibrid dan dilengkapi dengan enjin 1.5 liter kitaran Atkinson DOHC i-VTEC bersama enjin empat silinder yang juga hadir bersama motor elektrik.
Bagi varian S, ia dipadankan dengan rim aloi 15 inci, lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang kombi, kemasukan kunci pintar dengan butang penghidup enjin, butang ECON.
Ia juga dilengkapi dengan kluster instrumen digital dan analog selain ventalasi penghawa dingin, kawalan audio stereng dan cermin sisi kereta yang boleh dilaraskan secara elektronik.

Dari aspek keselamatan, Honda City S dilengkapi dengan empat beg udara selain ISOFIX dan Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD).
Ia juga hadir dengan Bantuan Brek (BA), Bantuan Daki-Mula (HSA), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) dan dua sensor undur dan penggera keselamatan dengan pelumpuh enjin (immobiliser).
Sementara itu, varian E pula hadir dengan beberapa ciri tertentu yang tiada pada varian biasa.
Antaranya adalah penghidup enjin kawalan jauh, kawalan jelajah, pendingin hawa tunggal, paparan audio lapan inci, dua port pengecas USB tambahan termasuk kamera undur pelbagai arah.
Bagi varian V pula, ia memiliki beberapa ciri yang didapati pada varian E tetapi ditambah dengan lampu utama LED, lampu kabus hadapan, enam speaker, enam beg udara, Honda Lanewatch Camera (LWC) dan rim aloi bersaiz 16 inci.
Berbeza pula dengan varian tertinggi RS memandangkan ia hadir dengan enjin hibrid dan dipadankan dengan pembakaran dalaman 1.5 liter Sports i-MMD e:HEV, panel meter tujuh inci.
Selain itu, terdapat paparan spesifik hibrid , rim aloi dua tona warna bersaiz 16 inci manakala, ruang butnya adalah seluas 409 liter.



Tidak ketinggalan, ia juga dikatakan hadir dengan Pemegang Brek Automatik (ABH).
Sebaliknya, ciri penting yang paling utama adalah Honda Sensing yang merangkumi beberapa ciri tambahan seperti Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Sistem Brek Pengurangan Pelanggaran (CMBS) dan Amaran Pelepasan Laluan (LDW).
Malah, ia juga meliputi Sistem Bantu Kekal Laluan (LKAS), Pengurangan Pelepasan Laluan (RDM), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Bantuan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).
Berikut merupakan jadual berdasarkan dari spesifikasi ciri keselamatan dan aksesori tambahan lain yang ditawarkan setiap varian:


Hakikatnya, Honda telah membuktikan bahawa Honda City RS merupakan antara kenderaan yang canggih dan berbaloi untuk dimiliki.
Apakah pendapat anda tentang Honda City RS? Kongsi pendapat anda di bawah ruangan komen di bawah ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU7184
SELANGOR
BSU5201
JOHOR
JG1465J
PULAU PINANG
PSG6018
PERAK
APM3984
PAHANG
CFJ1773
KEDAH
KGJ5296
NEGERI SEMBILAN
NEM3489
KOTA KINABALU
SJU6323
KUCHING
QAB7901P
Terakhir Kemas Kini 21 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k
Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?
12-06-2026
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini
Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.
11-02-2026
Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?
Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.
11-02-2026
Berita Terkini
Proton S70: Ingatkan Sedan Murah Biasa-Biasa, Sekali Mak-Mak Pun Jatuh Hati
Sedan Besar, Harga Bawah RM60,000! Ini Pengalaman Sebenar Pandu Uji Proton S70 Rahmah
14-10-2026
Gaji RM1,700 Kereta Apa Yang Boleh Dibeli? Ini Senarai & Kiraannya
Kereta Apa Yang Boleh Dibeli Dengan Gaji RM1,700.
28-09-2026
SUV RM80K Paling Masuk Akal? Tengok Dulu Kos Maintenance Sebelum Sign Loan
Dalam harga RM80,000 Untuk SUV Sebegini? Ini Pengalaman Saya Bersama Perodua Traz.
25-09-2026
BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki
SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.
31-03-2026
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..
Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.
17-12-2025
Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"
Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.
01-12-2025
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu
Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).
04-11-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

